@ Padang Besar, Perlis

Wednesday, August 18, 2010

Hari Jumaat lepas pergi ke padang besar. Tak plan pun sebenarnya. Maklumlah bulan puasa. Tak larat nak tawaf rasanya. Pagi tu, adik nak pergi beli baju, pastu tanya Ayah nak pergi ke tak. Sekali Ayah cakap nak ikut. So chalo mere beta.

Sampai dalam pukul 10 pagi. Tak ramai orang pun, yelah bulan puasa. Tunggu la dekat nak raya. Berpusu-pusu orang. Time macam ni best sikit sebab boleh tawar-menawar. Kalau ramai orang tak dapet de nak menawar. Gambar sempat ambil sikit saje sebab dok sibuk jaga Ammar yang lari kesana sini.

Kawasan dalam - lengang kan? Kalau tak penuh orang kat bawah ni

Ada apa kat Padang Besar ni. Banyak barang macam baju (baju, seluar, baju tidur, blouse - pendek kata semua ada), beg, toto, cadar, jam dan aksesori macam gelang, makanan (kacang gajus paling feveret), beras pulut, kuali periuk, cenderahati untuk kenduri kahwin, eh pendek kata macam-macam la ada. Harga? Kalau waktu macam ni harga memang agak murah sebab boleh tawar. Kalau pergi ramai orang selalu harganya up sikit. Tapi sekarang ni takla semurah dulu. Mungkin sebab dah ramai sangat orang kot datang shopping sini. Oklah jom tengok apa gambar yang ada.

Beg - replica AAA - harga boleh tahan tapi sebab takde orang dapat murah sikit hari ni. My sis beli beg nak pergi kuliah.

Kasut-kasut

Baju macam-macam fesyen ada

Jersi memang agak murah di sini - My bro borong banyak - kawan die pesan

Ammar pun sibuk shopping - belek sana-sini. Setiap kedai baju Ammar singgah, cari baju 'men' katanya

So setelah berpusing 2,3 round, kami pun balikla. Kalau tak puasa leh juga makan-makan kat luar tu. Ini dah lembik - nafsu shopping pun kurang. Apa yang Ibu beli? Untuk Ayah beli jersi 3 dan seluar 3 suku, untuk Ammar baju Ultraman 2 pasang dan satu torchlight mainan (yang keesokannya hancur), untuk MIL kuali besar dan toto yang duduk depan tv tu dan untuk Ibu hanya kacang gajus dan senduk gulai. Takde mood nak belek baju bagai. Jadi kalau korang sampai ke Perlis tu singgahla ye. Tapi elakkan lah time ramai orang - tapi kalau terpaksa pergi juga kan. 

P/s; Paling best kalau dapat shopping kat dalam sempadan tu. Lagi murah tapi tak pernah ada kesempatan nak pergi lagi.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

siti nurkhijah said...

ct pun p jugak seminggu sebelum posa.. time tu ramai org lagik..
beli jgk baju carter, zara made in thailand...hehehe

Sidratul Muntaha said...

teringin na pergi tpi ongkosnya belum ade..
ade makcik org kelantan
tiap2 thun ajak gi sempadan..
adeh..nak pergi lagilah skunk tak dapek jugak..
anak2 "ngondenli" jer 24 jam.

Mama Sohayl said...

Hai..Acik org Perlis..Tiap2 tahun time raya tak lupa singgah sini..Tapi biasalaa, time cuti raya tu harganya melangit tingginya..susah sangat nak tawar menawar..Peniaga tu pun pandai tengok plate keta smua org jauh2..Tp mahal2 pun orang tetap penuh. Penah pi beli baju sama kat kedai yg sama tapi waktu berlainan sebab ada member pesan, harga dia dua kali ganda..Huhuhu!! Tapi still, raya ni pasti pegi lagi..Saja nak feeling2 shopping..

Atia Adina said...

huhuh...tak pernah lagi sampai situ.....teringin nak gi....


-ad-

BIONIC WOMEN said...

tempat ni macam rantau panjang kat klantan...tapi kat rantau panjang tu ag pening kalau org ramai, panas lak tu..
Esok nak balik klantan ni..kalau ad rezeki kesana leh ler post entry gak..hehe

Drama Mama said...

tak pernah gi padang besar algik. selalu plan tka tak menjadi. huhuhu. tapi my mom pegi aritu borong soft toys untuk si kenit nih. hiks

http://twinkywinkystars.blogspot.com

advertising company said...

Child is also want to buy something special from here..

Ma...ma..... said...

cam rindu plak ngan pdg besar...time dok perlis dulu selalu le g...mostly cuci mata jer...kalu nk cari designer hbag replica AAA gred mmg byk n sgt murah...ada satu kedai kt luar bazar, byk pilihan...yg kt dlm bazar cam out dated skit...tp, x penah plak tepikir nk beli satu coz rasa cam makcik2 plak bila pakai designer handbag pastu bila tgk org pakai, mula la pikir "musti beli kt pdg besar tu"...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop