@ Projek Hari Minggu

Sunday, August 1, 2010

Minggu lepas Ayah ajak buat projek bercucuk tanam. Walaupun tanah sekangkang kera cuma, tapi teringin la juga kan. Hehe. Ini gambar sebelum mula.


Pokok betik tu dibuang. Kata orang pkok betik tak elok tanam dekat dengan simen. Nanti akar die boleh rosakkan tiles. Jadi kami pun cabutla buang. Tinggal pokok mempelam je. 

Pagi-pagi tu, kami pergi ke tapak semaian. Cari pokok dan bunga. Nanti Ibu buat entri lain pasal tapak semaian ni. Gambar di hp Ayah pula. Balik pada membeli-belah (eceh), kami pun memulakan operasi. Pukul 12 tengah hari pula tu. Memang agak gigih la. Hehe.

Kami tanam pokok Eugene - tak pasti ejaan macam mana. Memang sengaja beli pokok yang berimbun supaya boleh halang matahari direct ke rumah. Pokok ni RM30 sepokok. Boleh la tu. 


Rumput tu pun beli. RM1.50 sepetak. Tanah kat rumah tak elok sangat sebab dah bercampur dengan konkrit. Kena gembur lain dan tambah tanah dan baja.


Ini pula bunganya. Entah apa nama pun tak tahu. Main beli je. 4 pokok RM 10. Nak beli orkid, tak cukup ilmu nak jaga. Hehe. Takpelah janji nampak ada warna-warna.




Taraa..inilah halaman baru kami. Nampakla hidup sikit. Harap-harap pokok-pokok ni bertahan. Maklumlah Ibu ni kurang skill pasal berkebun ni. Harap Ayah la rajin tolong siram pokok dan letak baja. Lepas ni nak tanam pokok macam daun kari, pandan dan cili pula. Senang nak guna masak. Kononnyelah. Oklah selamat hari minggu semua. Till then.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

BIONIC WOMEN said...

ibu...saya ni pun amat ler kurang ilmu berkebun...tangan pun panas kata org tua..dah 2 kali asenya amik anak pokok kunyit, lada, serai, pandan kat kampung..tapi tanam2 mampus..huhu

ibu 2AZ said...

i pun baru nak muler sket2..wah cam murah lak u beli pokok2 tuh..hehehe..
tempat i beli nih leh tahan gak hagenyer...

Zulaikha Mohamad said...

yana, kiteorg still lg rumput yg asal.. haha.. taktau la bile nk berkebun.. elok2 dh cabut semua rumput, tak letak jgk rumput baru.. last2 tumbuh balik.. adeehh.. mmg takle buat klau sorang2..

Ain said...

kata mak, nak tengok pokok tanamlah waktu awal pagi atau ketika matahari terbenam...

elakkan dari menyiram pokok waktu tengahari....

insyaallah pokok yang baru kita tanam takkan layu dan mati...

Oyis said...

i don't have green fingers. alangkan tanam daun kesum pon failed! but good luck to u. bagus utk environment nih :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Mana pulak nk tanam pokok kari?kat pasu pulak ke?

BabyIbu said...

bionic women - huhu, dengar juga pasal tangan panas/sejuk tu..

ibu2azz - ha ah murah juga sini..nnti yana post entri, gambo tak amik2

ju - haha - harap mukhlis rajin, yana suam2 kuku je rajinnya

ain - oo ye ke. kitaorg tanam tgh hr buta. siram petang2 la lepas blik keje.

oyis - saje cba2 - kesian tgk halaman kring kontang

babymamaaman - kat pasu la nmpak gaya - huhu - tu projek lepas raya la kot..

Nad @ MamaZN said...

kite tak rajin...
hubby yg rajin berkebun ni,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop