@ Puasa: Ganti Puasa dan Bayar Fidyah

Friday, August 20, 2010

Dapat info dari Mirah, thanks Mirah. Mari kita berkongsi ilmu.

Hukum puasa ketika mengandung atau menyusukan anak adalah wajib puasa tapi harus (tidak salah) berbuka.

  • Jika berbuka kerana fikirkan diri maka hanya wajib ganti puasa, tidak wajib fidyah.
  • Jika berbuka kerana fikirkan anak maka wajib ganti dan bayar fidyah.

Kadar Fidyah ialah sehari tinggal puasa bersamaan secupak beras. Boleh rujuk sini untuk pengiraan fidyah. Boleh bayar menggunakan duit di pusat pungutan zakat - kawan Ibu bayar di kaunter yang diorang sediakan.



Contoh 1:
Tinggal puasa 10 hari kerana risaukan kesihatan anak (bagi ibu mengandung atau menyusu)
maka
wajib ganti puasa 10 hari puasa dan fidyah 10 cupak beras.

Contoh 2:
Tinggal puasa 10 hari (bg ibu mengandung) bukan kerana risaukan anak tapi risaukan diri sendiri
maka 
wajib ganti puasa 10 hari puasa dan tidak perlu bayar fidyah.

Contoh 3:
Ibu mengandung tinggal puasa 10 hari pertama ramadhan kerana risaukan anak. melahirkan pada 11 ramadhan dan terpaksa tinggal puasa kerana nifas
maka


Tahun pertama: 30 hari tinggal puasa. maka wajib ganti puasa 30 hari dan bayar 10 cupak beras. Tahun pertama wajib bayar 10 cupak sahaja, tinggal puasa kerana nifas tidak dikenakan fidyah.

Tahun kedua: jumlah fidyah menjadi 40 cupak, kerana asal fidyah 10 cupak digandakan menjadi 20 cupak (tinggal puasa kerana anak). Tambahan 20 cupak lagi kerana tidak ganti puasa 20 hari kerana nifas. Andai suami tolong membayar fidyah sahaja pada tahun itu sebanyak 40 cupak, tapi isteri belum ganti puasa, maka tahun seterusnya isteri kena ganti puasa 30 hari dan fidyah 30 cupak beras.

YANG BERGANDA CUMA BERAS, BUKAN BILANGAN HARI...
FIDYAH TIDAK LAGI DIKIRA SELEPAS PUASA DIGANTI...
SELAGI BELUM GANTI PUASA, FIDYAH BERGANDA...
GANTI PUASA ADALAH WAJIB, FIDYAH PUN WAJIB DIBAYAR..

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Atia Adina said...

eh eh...kalo tak ganti puasa tahun tu...tahun berikutnya puasa yang perlu diganti tu tak perlu diganda eh???selama ni...saya fikir....perlu berganda..silap pahaman lah yerk...

myneverendingstory said...

salam...thanks sbb share..sgt berfaedah..bermakna kalu tinggal puasa sbb fikirkan anak dlm kandungan wajib ganti dan bayar fidyah sehari = secupak..
slame ni salah faham la..igtkan ganti je..

PUTUBAMBU said...

tq ibu..very informative

Oyis said...

3 hari sblm posa hari tu baru langsai posa ganti and byr fidyah masa posa 2008 hehehe. mmg konfius awal nya, tp Alhamdulillah last2 paham jgk :P

BabyIbu said...

atia - dulu yana pn ingat macam tu - huhu

to all: sama2 la kita berkongsi info

Nad @ MamaZN said...

thanks sbb share info ni..

Cahaya Kita said...

baru tahu pasal nie..

//sharing is caring//

eza miza said...

Oooo...camtu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop