@ Review: Fella Design Warehouse Sales

Monday, August 2, 2010

Hari Sabtu lepas kami pergi ke Fella Design Warehouse Sales di Bukit Subang. Kami sampai dalam pukul 11.30 pagi. Tapi oklah, kawasan luas, parking senang dan orang pun takdelah ramai sangat.


Kawasan luar ada banyak kanopi. Kebanyakan barang yang murah berada di kawasan luar. Paling banyak tentulah sofa. Harga lebih kurang masa Ibu pergi tahun lepas juga


Arm chair banyak yang cantik dan murah-murah

Kali ni perabot macam almari atau kabinet kurang sikit. Banyak sofa, katil dan tilam. Meja makan kali ni banyak juga. Ini yang Ibu sempat snap.

Cantik-cantik meja makannya

Tambahan kali ni ada jual cadar dan comforter. Harga ala-ala time Jusco Sales. Ibu beli satu set comforter King size. Harga dalam RM 100. Oklah. Kalau kat Jusco Ibu jarang beli sebab banyak sangat pilihan sampai rambang mata. Pegang sana pegang sini last-last tak beli. Hehe. Ada juga kusyen dan bantal sales dalam 50%.

Kawasan jual cadar dan comforter

Kemudian, pergi area sofa. Banyak sangat pilihan cantik-cantik Ibu lupa lak snap gambar. Sempat ambil gambar area stool je. Macam yang Ibu beli hari tu. Harga sama je.


Then, kawasan yang paling HOT ialah kawasan jual kain. Kalau nak balut sofa ke nak buat langsir wajibla datang sini. Kami masuk juga walau takde niat nak beli. Kali ni memang banyak betul kainnya. Harga lagi murah dari dulu. Dari RM10 semeter sampailah RM20 semeter. Sales lebih 50%. Kain kualiti cantik, corak pun menawan. Rambang mata. Ibu dok pegang2 kain, Ayah kata nak buat apa? Cakap saje je pegang. Yelah langsir kat rumah baru buat. Tunggu la 5 tahun lagi kot baru beli langsir balik. 

Banyak kan?

Cantik2 tapi gambar blur pula..

Lepas tu masuk dalam. Banyak set katil tapi set katil macam beli dulu dah takde. Oh ya, sape nak beli cermin memang murah-murah kali ni. Rm100 lebih pun ada. Tapi tak banyak la. Limited stok.


Siapa nak bawa anak pun ok. Selesa. Duduk je kat dalam bangunan. Sejuk dan boleh test-test sofa Fella. Takde sape nak marah. Kalau baya Ammar lagi sennag, biarkan diorang main kat kawan playground. Tengok Ammar kusyuk tengok train. Lama juga la melayan, dekat 20 minit.


Lepas layan train tu kami pun balik. Kiranya beli comforter dan pelapik kaki  (50%) je. Kang lama-lama kang mula la nak beli itu ini. Huhu. Siapa nak cari langsir dan sofa wajib pergi k. Lambat lagi habis, sampai 8 Ogos 2010. Oklah till then.

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

BIONIC WOMEN said...

ibu...kain langsir tu xleh tempah kat situ ek..

Adyshariz said...

sronok shopping tmpt camni..nk singgah tapi kene pikir dulu...he..he

Rugby rules said...

All designer quality furniture – Sofas, L-Shape Sofas, Wing Chairs, Armchairs, Coffee Table, Cabinets, Dining Sets, Bedroom Sets, & so much more!

Rugby rules said...

Introducing our latest Simplicity Sofa Series, the slipcovers sofa for your apartment, small or restricted space! Prices even lower than before on all designer quality furniture..

Rugby rules said...

I intend to set up a shop, what/which website can I find warehous sales for clothings, buying them in bulk? If possible those warehouse that is located in singapore itself.

BabyIbu said...

bionic - bole. tapi mahal skit sini

adyshariz - seronok mmg seronok. tapi poket yang tak seronok. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop