@ Selamat Hari Merdeka!

Tuesday, August 31, 2010

Selamat hari merdeka kawan-kawan. Tapi tahun ni rasa kurang semangatnya. Semangat Merdeka tu sudah makin pudar agaknya dari hati anak Malaysia. Kalau dulu mesti pasang bendera di rumah dan juga di kereta tapi tahun ni bendera pun tak beli. Kenapa agaknya ye? 

Agaknya ramai tidak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Rasuah makin menjadi-jadi - kira sampai semua rakyat dah tahu tapi makin meluas juga. Kes jenayah macam ragut pun makin meluas. Kat depan rumah MIL ada je kes rompak dan ragut. Yang meragutnya anak muda Malaysia. Apalah nak jadi kan. Namun, kita masih perlu bersyukur kerana kehidupan kita di bumi Malaysia ni jauh lebih baik dari kebanyakan orang di tempat lain. 

Sempena menyambut kemerdekaan tahun ini, mari kita doakan semoga negara kita sentiasa aman dan dirahmati Allah. Sayangilah negara kita dan mari kita berusaha dan berharap semoga ada perubahan yang positif di masa depan. Amin.


P/s: Kepada semua rakyat Malaysia, janganlah kita melatah dengan apa yang orang luar buat pada 'bendera' kita. Kerana jika kita balas benda yang sama, umpama kita pun sama 'kurang cerdiknya'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop