@ Tangga Serbaguna

Sunday, August 22, 2010

Masa nak pindah hari tu Ayah beli tangga. Senang beli satu untuk kegunaan di rumah. Siling kat kawasan rehat kat tingkat atas agak tinggi. Boleh juga guna untuk panjat masa simpan barang kat kabinet atas. Masa ni survey kat Houz. Ini yang Ayah beli. Multi-Purpose Folable Ladder jenama Winsir. Kat Tesco pun ada rasanya. 

Harganya ehem memang boleh tahan dalam RM300. Kalau sales dapatla RM200++. Masa nak beli tu dok congak-congak jugalah. Tapi Ibu kata kat Ayah, kalau barang tu elok dan praktikal apasalahnya melabur. Memang nak guna pun kan. Jadi Ayah pun beli. Satu kelebihan tangga ni yang mungkin buat die mahal ialah sebab die boleh dilipat jadi senang nak simpan. Ia juga boleh diguna dalam tiga tahap ketinggian

Inilah rupanya

Ini ketinggian tahap satu dan tahap dua. My MIL siap test lagi tahap ketahanan tangga tu. Stabil ke tidak. Lulus ye sebab tu beli.

Ini tahap ketiga ketinggian. Sangat berguna ye. Ini guna masa pasang kuali Astro hari tu.

Berbaloi kan Ayah? Ibu punya konsep memang kalau boleh semua barang yang praktikal nak ada. Contohnya set drill ke set tool box tu ke. Yelah bukan apa, time nak guna senang sebab dah ada. Tak payah nak pinjam kat orang.

P/s: Kat sekolah pun Ibu guna konsep tu. Ibu ada semuala alat macam gunting, gam, stapler, penebuk lubang, klip - pendek kata semua ada dalam satu beg. Ramai panggil beg Doraemon. Hehe.

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Diyana Zulkifli said...

bkn kak sekolah aje ye.kat u pun.hehe.tukang pinjamnye aku la kan.keh keh.ang doralin slim la.hoho

BabyIbu said...

keke - ada ye doralin slim -

Oyis said...

bagus invest benda2 gini, cuma itu lah, nak kena sediakan modalnya huhu.

btw, hrp x terlambat nak mencelah psl projek 'ko yang'. slmt berhentikan penyusuan. mmg sayu ek. kita pon kalo x sbb tinggalkan aisyah seminggu sbb gi barcelona utk kursus hari tu pasti x berenti lg. tp antara tipsnya adalah kena tegas la. no means no. sbb kalo ibu yg berbelah bagi nanti lambat jadinya, and menconfusekan anak2, sbb kejap ok, kejap no. mmg lps balik barcelona tu aisyah ingat2 lg, tp sebelum smpi umah tu kaler kan tetek dgn lipstick, so selak aje, merah! selak aje, merah! takut dia... lama2 dia dah xmintak. hopefully both ammar n ibu tabah ye... it's part of life and growing up. besar dah ammar!

mamaMUHAMMAD said...

tangga tuh..memang bagus..ayah saya pun ada.die beli kat us time dia blaja dulu..smpai sekarang dah 20tahun rasanya tangga tuh..bagus melabur untuk jangla masa panjang

mama zharfan said...

cutenya nama doraemon tu :)

AshAnas said...

Tangga tu mmg best! My mom beli kat tesco. Km pinjam dr die je sbb umah sblh2, hehe...
Yana cite psl doraemon tu, tingat plk, dulu pun kawan2 panggil shira doraemon sbb apa brg yg diorg tanya nk pinjam, sume shira ada... Hehe...

nurulazham said...

hubby pun ada tangga mcm ni..sabtu lepas hubby pasang piring astro sendiri..tapi singnal xdapat..then panggil org astro..
datang budak astro tu dia kata..
'aiya abang..u jangan main2 dgn tangga ni..ada kes tangga terlipat'..
huh..hubby dengar mcm terkujat gak la..coz selama ni mmg tangga tu yang banyak membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop