@ Ubat Nyamuk

Friday, August 6, 2010

Sebulan kebelakangan ni banyak nyamuk kat rumah. Mungkin sebab selalu hujan. Nak kata ada air bertakung, kat rumah Ibu takde, tak tau la sebab kat sini banyak construction kan. Bila nyamuk ni yang kesiannya Ammarla. Asyik kena gigit. Tak taula kenapa nyamuk suka betul kat Ammar. Dahla malam Ammar tak nak pakai selimut, seluar pula terselak sampai betis (tak tahu kenapa asal tidur selalu mesti Ammar tarik sampai ke atas betis). Nasib baik la kat rumah bukan nyamuk aedes - Ibu belek kakinya tak belang-belang. Huhu.

Ibu dah cuba bermacam jenis ubat nyamuk. Tapi tak berkesan la.

Ubat nyamuk atau racun nyamuk merujuk kepada racun serangga yang khusus digunakan bagi membunuh nyamuk. Antara jenis ubat nyamuk yang popular adalah lingkaran ubat nyamuk yang dibakar, tetapi ubat semburan nyamuk dalam tin dan ubat nyamuk elektrik turut popular. Kebanyakan ubat nyamuk bertujuan membunuh nyamuk, tetapi sesetengah daripadanya cuma menjauhkan nyamuk. - Wikipedia

Ibu cuba yang spray - sekejap je nanti nyamuk datang balik..


Guna yang macam kipas ni lagi takde kesan.



Nak guna macam ni takut bahaya pula Ammar main. Jenis ni elektrik pun ada.




Ibu beli jenis cecair elektrik. Tapi ada juga nyamuknya. huhu.



Korang pakai ubat nyamuk jenis apa ye? Jenama apa? Berkesan tak? Kalau ada idea boleh la share kat sini. Tak tahan tengok kaki Ammar asyik bengkak. Dahla kulit Ammar sensitif. Nanti kena gigit terus bengkak.

Buat masa ni, solution yang Ibu ada ialah pakaikan Ammar ubat nyamuk yang Pureen Rekito (untuk baby).  Berkesan la juga kot, sebab bila pakaikan (sapu kat kaki dan baju die) nyamuk kurang gigit. Tapi Ibu cuak juga sebab sapu kat badan Ammar - yelah kulit Ammar kan sensitif. Satu lagi takut die garu pastu tonyoh mata. Lagi la satu hal nanti.Tapi nak buat macam mana, buat masa ni, ini je yang nampak berkesan.




Oh ya ,minggu ni Pureen sales. Bolehla pergi beli lagi. Kalau ada sesiapa tahu solution lain bagitaula ye.

P/s: Gambar dari Mr. google

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

geeda said...

Salam ibu...

kalau nyamuk ni, kita spray memang dia akan datang balik. Kat umah saya pun banyak nyamuk, kami pakai kelambu. Bila maghrib kita spray...pastu tutup kelambu elok2...tidur malam insya'allah x kena gigit nyamuk dah...

balqis said...

salam..

cuba klik kat http://adhatine2.blogspot.com/. ada produk basic h yg boleh mengelakkan serangan nyamuk.salah satu produk dr shaklee.cubala..

kinna said...

umah sy tinggi..nyamuk tak larat terbang..hehe..tp kekadang ada gak nyamuk yg sayap pjg tu sanggup singgah..so far tak pernah pakai ubat nyamuk lg kt umh sendiri..blk kg je pakai ubt nyamuk letrik..kalo yg asap tu anak2 tak tahan

nanonano said...

salam kenal ibu,
sy pun ada mslh yg sama,
tp bebaru ni sy ade beli gelang tuk baby
ANTI MOSQUITO band bugslock,
try tgk dlm mudah byk ade jual mende ni,
try la..bley pkai kat tgn or kaki..
=)

Zulaikha Mohamad said...

try CNI nye.. go-go rasenye.. good tuk nyamuk n lipas skali..berkesan~ n tak berbau..

Anonymous said...

Guna Mortein liquid,ini berkesan

Jamahizan (JAY) said...

salam ibu.. kita org guna perangkap nyamuk yg di panggil itrap.. itrap nie bebas dari bahan kimia n mesra alam tanpa mengeluarkan bau. eletrik baru sebulan rm3 kalau kita pasang tiap2 hari. tentu berbaloi kan. ibu masuk blog nie.. http://etilena4u.blogspot.com. disitu ada penerangan ringkas berkenaan perangkap nyamuk nie..

Anonymous said...

Puan, penyelesaian paling berkesan ialah dengan memasang Jaring Nyamuk untuk seluruh rumah. Saya telah menggunakannya, dan saya juga menjual jaring ini. Boleh rujuk facebook https://www.facebook.com/pages/Jaring-Nyamuk-DIY/456467634488704?ref=hl.
Sejak 3 tahun jaring ini dipasang, saya tidak lagi perlukan semburan racun nyamuk, ubat nyamuk elektrik. Di rumah saya sangat sukar untuk menjumpai nyamuk sejak 3 tahun lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop