@ Perhatian kepada semua peserta 'Gaya Si Comel Berhari Raya'!!

Thursday, September 30, 2010

Mula-mula sekali Ibu nak ucapkan terima kasih di atas sambutan yang sangat menggalakkan dari anda semua. Harap lagi ramai yang sertai k. Sepertimana yang anda tahu, contest kali ini agak mengejut. Jadi terdapat sedikit lagi perubahan. Terdapat beberapa pengumuman penting terutama kepada peserta yang telah menghantar penyertaan.

Pertama
Diharap dapat menukat banner baru seperti yang disertakan di bawah ini


Kedua
Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda

Ketiga
Diharap juga menambah dua lagi sponsor di dalam entri anda iaitu:

Weego Bottle dan MySuperkids

Keempat
Terdapat beberapa pertanyaan:

Nak letak gambar anak buah? - Boleh
Nak letak kat wall FB? Boleh (asal ikut syarat yg ditetapkan)
Nak letak gambar raya tahun lepas? Boleh, yang penting pakai baju melayu/baju kurung

Sebarang pertanyaan boleh email terus ke babyibu@gmail.com. Ibu tak sempat nak check komen di blog sebab ada jurnal kena siapkan. Harap memahami ya.

Kelima
Harap semua peserta yang dah hantar penyertaan boleh update entri anda. Semak link yang ditinggalkan di entri contest betul ke tidak kerana juri-juri akan menerjah blog anda bila-bila masa. Juga pastikan entri anda memenuhi syarat. Tak cukup syarat nanti penyertaan akan dibatalkan.

Keenam
Hadiah akan diumumkan secepat mungkin. Tengah finalize dengan 2 lagi sponsor.

Maaf atas segala kesulitan. Tapi jangan risau dijamin berbaloi. Hadiah yang ditaja setakat ini sudah melebihi RM1k. Banyak tu. So apa lagi. Jom sertai!! KLIK SINI!!

@ Hadiah untuk 'lucky draw'

Wednesday, September 29, 2010

Belum sempat nak berlucky draw untuk sesiapa yang tinggalkan komen buat poll tu. Insyallah esok atau lusa Ibu umumkan. Agak sibuk sekarang sebab tengah siapkan 2 conference papers dan satu jurnal. Sibuk juga finalize hadiah dengan sponsor pertandingan 'Gaya si Comel Berhari Raya'. 

So malam ni Ibu tunjuk hadiah dulu ye. Hadiahnya ialah Bugslock bernilai RM15 yang ditaja Ibu sendiri. Hehe. Apa tu Bugslock? Gelang halau nyamuk. Nanti entri lain Ibu review Bugslock ni ye. 



P/s: Satu je? Satu jelah nanti lain kali kita buat lucky draw kecil-kecil macam ni lagi ye.

@ Bila anak comot

Masa zaman anak dara dulu, kalau tengok baby/budak comot. Mesti terdetik dalam hati. "Mak budak ni tak perasan ke anak die comot ni, tak pandai jaga anak ke?". Rasa rimas tengok budak comot, yelah kadang-kadang dengan hidung berlengas, mulut comot or baju comot. Rasa macam nak lap-lap je muka, kasi mandi dan tukar baju budak tu. Huhu.

Tapi itu dulu la. Sejak dah jadi mak budak ni. Barula faham kenapa. Kenapa anak boleh comot?

  • Kadang-kadang baru mandikan tak sampai sejam dah busuk masam sebab berlari dan bermain tak berhenti.
  • Bila makan tak payah cakapla. Nak makan sendiri tak nak orang suap. Jadinya makanan bukan setakat ke mulut malah ke seluruh badan dan juga baju.
  • Bila selsema tu, tak sempat kita nak lap. Dilap sendiri makanya habis muka dan baju comot.
  • Bila muka dah berlengas dengan peluh itu ini, tak bagi pula kita lap-lap
  • Kadang-kadang bila anak dah masam dan comot, terpaksa biarkan je, biar main puas-puas, kang mandikan elok-elok terus tidur or tak boleh main dah.


Hmm tapi disebabkan Ibu ada perasaan tak suka tengok budak comot. Still try my best to keep Ammar as tak comot as can. But kadang-kadang tu comot juga. tapi comot-comot, tetap paling sayang kan.


Anak comot Ibu


@ 888

Tuesday, September 28, 2010

Orang kata 888 ong. So hari tu Ibu sempat snap time Follower 888. Sekarang Follower BabyIbu dah 911. Terima kasih pada semua yang sudi jadi Follower. Nanti untuk Follower ke 1000. Ibu kasi hadiah siapa dapat capture. Hehe. 


P/s: Esok malam Ibu akan buat lucky draw untuk siapa yang tinggalkan komen selepas buat poll. So sesiapa yang belum tinggalkan komen dan juga buat poll. Cepat!! Sempat lagi ni. KLIK SINI!!

@ Mari-mari!! Clearance Sales!!

Pertama kali Weego buat clearance sales. Nak clearkan stok untuk ambil stok baru. Botol Weego ini dijual sebab tuan punyanya order tapi tiba-tiba menghilangkan diri atau cancel order. Diharap di masa depan janganlah buat macam tu ye, sebab Ibu hanya ambil stok based on order. Kadang-kadang kita bertimbang rasa bila orang cakap nak bayar time gaji la apa la. Tapi bila jadi kes macam ni, susah la kan. Huhu. Takpelah pengalaman berniaga.

Harga biasa ialah RM69. Kos pos RM6. Jadi selalunya harganya ialah RM75. So untuk clearkan stok, Ibu kasi harga murah punya. Botol yang nak diclear adalah:


9oz Ocean - RM62 (termasuk pos)

SOLD


9oz Pink - RM62 (termasuk pos)

SOLD



9oz Sky - RM62 (termasuk pos)

SOLD




4oz Yellow - RM45 (termasuk pos)

SOLD



4oz Rasberry - RM45 (termasuk pos) 

SOLD

Sesiapa berminat just email weegodealer@gmail.com 

Kalau sesiapa nak buat order baru dengan warna lain. Promosi Hari Raya masih berjalan (free postage). Just email weegodealer@gmail.com untuk order. Siapa nak free boleh sertai contest weego yang berlangsung sampai 15 Oktober 2010. Thank you.


P/s: Oh ya pengedar juga diperlukan. Tak perlu modal. Just ambil stok ikut order yang dapat. Thanks again.

@ Alkisah Dapat Adik

Monday, September 27, 2010

Ini bukan kisah Ibu
Bukan lagi setakat ini la
Tapi nak tanya pendapat sebagai pedoman
Alkisah bila dapat anak kedua.
Alkisah bila dapat anak kedua dan anak pertama masih kecil



Bila yang sulung tu dapat adik
Ada yang bertambah manja mengharap perhatian
Bertambah manja dari sebelumnya
Ada yang marahkan adik
Puk adiknya
Juga sebab untuk mengharap perhatian
Ada yang cemburu
Cemburu sebab Ibu peluk dengan adik lebih
Cemburu sebab Ayah main dengan adik lebih

Bila perangai dah macam-macam
Si Ibu mestila tensen nak marahkan si sulung
Tapi bila si Ibu fikir-fikir
Kesian pula sebab yang sulung tu pun kecil lagi
Mana la faham bahasa apa tah lagi nak berkongsi kasih

Bagi yang dah ada pengalaman
Ada anak 2,3 dan lebih
Apa petuanya ya
Apa petuanya nak kasi si sulung terima adiknya dengan baik?

@ Sponsors: Gaya Si Comel Berhari Raya

Sunday, September 26, 2010



Maaf lambat announce. Hari ini sangat sibuk dengan kenduri dan juga open house. Semua dah kepenatan. Ok berbalik pada contest Gaya Si Comel Berhari Raya. Senarai sponsor yang sudi menaja hadiah untuk pertandingan kali ni ialah (mengikut turutan abjad):


Ha banyak kan. Ibu tak keluarkan senarai hadiah lagi sebab ada yang tak finalize lagi. Maaf sebab lambat sebab masa takde mood hari tu ingat tak jadi nak anjur. Tapi tiba-tiba minggu lepas ada mood balik. Itu yang lambat sikit, yelah nak finalizekan hadiah and agreement semua tu takes time. Insyaallah minggu depan Ibu announce ye senarai hadiahnya.

Jadi dengan itu, semua dah boleh hantar penyertaan. Pada yang dah hantar, sila update link sponsor ya. Terima kasih.

@ Tupperware Raya

Friday, September 24, 2010

Sekarang ni tengah mood raya, mula la alasan nak beli Tupperware. Sebelum raya dah tinjau-tinjau. Kali ni beli dengan kawan Ibu, mie dari JB. Beli online di SINI. Kawan Ibu ni takdela jual directly tapi under one Tupperware group. Kiranya lebih kepada nak tarik ramai ahli di samping membeli barang Tupperware secara online. 

Mudah sahaja kalau berminat nak beli just KLIK SINI. Apa kelebihannya:

  • FREE delivery kalau lebih RM100
  • Kalau kurang RM100 bayaran penghantaran cuma RM5
  • Kalau jadi ahli, dapat 20% diskaun dan bila jadi ahli dapat link macam kawan Ibu juga. So boleh promote kat blog anda. Kalau ada ahli masuk bawah anda dan beli, ada la lagi kelebihan die.

Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI k. Ok berbalik pada apa Ibu beli, jom tengok.


Satu kotak ye :P


Set hidang air dan hidang kuih

Nak letak kuih raya

Hehe. Cantik sangat bersusun dalam kabinetku. Oklah selamat membeli. Till then.

@ Anda tengah renovate rumah?

Adakah anda tengah renovate rumah? Tak kisah la rumah baru ke, tak berapa baru ke, or rumah lama nak dibarukan ke. Bolehla serbu ke HOMEDEC 2010 yang dah pun bermula semalam. 


Ibu pernah pergi HOMEDEC 2009. Ibu dapatkan kabinet dari Incube Kitchen, lantai kayu dari Floor Depot dan juga hood, hob dan oven dari Rinnai. Semuanya dengan harga yang jauh lebih murah dari harga luar. Kalau korang tak nak buat dalam masa terdekat pun takpe. Just pergi, survey harga yang paling best dan kemudian bayar deposit sikit untuk 'lock harga'. Maknanya, just bayar RM100 contohnya untuk 'lock harga', kemudian kalau hujung tahun baru nak buat just pergi kedai terbabit dan kita boleh dapatkan harga macam masa di HOMEDEC.

Kali ni HOMEDEC ada dua bahagian yang dibuat pada tarikh yang berbeza. So kena la check dulu korang nak survey apa baru pergi.


Oh ya, bulan November HOMEDEC akan diadakan di Pennag pula. Maklumat lanjut KLIK SINI.

P/s: Teringin nak pergi tapi budget untuk deko-deko belum ada. Tunggu tahun depan la ye.

@ Gaya Si Comel Berbaju Raya

Thursday, September 23, 2010



Tempoh

25 September 2010 - 31 Oktober 2010

Cara Penyertaan

  • Pertandingan boleh disertai melalu blog atau Facebook
  • Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls).
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
  • Semua keputusan adalah muktamad.


Syarat Penyertaan


  • Letak banner di sidebar blog/FB anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda atau di wall FaceBook anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, boleh upload satu (1) gambar untuk setiap anak.
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu dan Azzamoro dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.


Hadiah

Bagi Kategori A dan B: RUJUK SINI
  • Tempat Pertama
  • Tempat Kedua
  • Tempat Ketiga
  • 5 Hadiah Saguhati


Senarai Penaja (ikut susunan abjad)
 

    @ Good news untuk korang!!

    Wednesday, September 22, 2010

    Berita Baik Pertama

    Disebabkan cuti sebelum raya, cuti raya dan cuti selepas raya yang berpanjangan, Ibu akan lanjutkan  BabyIbu Giveaway: Weego Bottles kepada 15 Oktober 2010. Jadi meh sertai ramai-ramai. Bukan senang nak dapat botol free ni.




    Berita Baik Kedua


    Yang ini korang kena sabar sikit,. Esok akan diumumkan. Projek bersama BabyIbu dan Azzamoro. Tapi confirm best punya. Tungggguuuu!!!!

    @ Mana yang korang suka?

    Setelah sebulan lebih mencuba IntenseDebate. Ibu nak tanya pendapat korang. Platform komen mana yang korang lebih selesa dan suka?. Platform komen yang lama tu (standard komen dari blogspot) atau IntenseDebate (yang Ibu guna baru-baru ni).  Harap sudi yang buat poll kat sebelah k. Any komen or suggestion pun dialu-alukan.



    Berita baik: Siapa yang buat poll sila tinggal komen kat sini. Seorang pemenang bertuah akan dapat hadiah special dari BabyIbu.

    @ LCD TV Murah

    Tuesday, September 21, 2010

    Setelah 3 tahun melayan TV 14 inci, akhirnya kami beli TV baru. Ayah la rajin survey sebab Ibu tak minat sangat nak survey pasal TV ni. Ibu hanya suka tengok TV je. Hehe. Mula-mula nak beli 40 inci, tapi ruang tamu kami tak besar sangat, takut kang mata terpaksa bergerak ke kanan ke kiri sebab skrin besar sangat. Nak beli LED (teknologi terkini) macam overdose pula. Bukan nak buat mini pawagam pun kan. Nak tengok drama cerekarama dan 'men mos' Ammar je pun. 

    So akhirnya, kami beli LCD TV 32 inci jenama Sharp. Kenapa Sharp?  Sebab panel LCD Sharp made in Japan, yang lain dari Korea (ni menurut Ayahla). Kami beli di Jintex. Boleh beli online tau kat http://jintexelectronics.com/. Ayah dapat tahu dari forum. Setelah survey, kat sini harga paling murah. Ermm kami tak beli la online, kami pergi terus ke kedai dia dekat Sea Park. Tapi kena bayar cash la.


    Ini ha kedainya. Patut la murah. Kurang kos untuk display. Just pergi dan beritahu nak brand apa. Terus die keluarkan dan test.

    Barang elektronik lain pun ada


    So tara. Inilah LCD TV baru kami. Oh ya, seminggu lepas beli tu. LCD ni rosak kena panah petir (Time tu ada masalah sikit dengan suis kat rumah, selalu kena petir, bukan tv je, wireless semua terbakar - sekarang dah ok). Sedih tau. Tapi nasib baik warranty Sharp ni bagus. Untuk setahun pertama, dia cover untuk semua termasuk kalau hilang kena curi. So lepas call, technician datang tukar part dan yeehaa boleh tengok tv balik. So itulah alkisah LCD tv baru rumah kami.

    Ini alamat kedai:
    Store Name : JintexElectronics.com
    Company Name : Jintex Kredit (Sunway) Sdn Bhd 
    Address : 4, Jalan 21/12, Sea Park, Petaling Jaya, Selangor.
    Country : Malaysia
    Phone : 603-78740328
    Mobile : 017-6658189 Kevin or 017-6108189 Christine
    Fax : 603-78748328

    @ Cake Beday To You

    Hari ini adalah hari lahir Aiman. Aiman aka Pak Lang Ammar adalah adik Ibu. Hari tu Pak Lang datang singgah rumah sekejap otw ke Melaka. Masa balik menangis-nangis Ammar. " Nak ikut alang" katanya. Huhu. Gambar yang ditangkap ni adalah masa bulan puasa hari tu. Dah semua berkumpul alang-alang celebrate sekali.

    Sebenarnya Ammar yang terlebih excited. "Cake Beday To You" nyanyi Ammar. Ini gara-gara pergi ke birthday party anak kawan Pak Longnya. Terus pandai nyanyi dan sibuk nak kek beday to u.

    Tiup lilin.

    Sesi potong-memotong (dah konfius besday sape dah)

    Nyum-nyum. "Sedap cake beday to u" kata Ammar

    Kepada Aiman: Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Study rajin-rajin dan buat Abah Mama bangga. Luv u. Muah2.

    @ Hanya Mak Yang Tahu

    Monday, September 20, 2010

    Bila kita nampak
    Ada anak seseorang menangis dan meraung-raung
    Maknya pula pujuk dengan muka resah
    Kita tanpa sedar akan beritahu maknya

    "Dia lapar kot, cuba bagi susu" atau
    "Dia sakit perut kot, cuba letak minyak" atau
    "Dia tak cukup tidur kot, cuba kasi tidur"

    Kadang-kadang tanpa sedar juga
    Kita menegur mengguna nada yang tak sesuai
    Buat maknya merasa tensen dan bertambah resah

    Bila anak kita menangis
    Kita mestilah tensen terutama kalau susu dah bagi minyak dah sapu
    Ada pula orang dok cadangkan itu ini

    Umpama kita ni tak pandai nak jaga anak
    Umpama kita ni tak pandai nak pujuk anak

    Sebenarnya paling baik
    Abaikan je komen orang-orang tu
    Mana boleh kita amalkan kita buat
    Kalau komen tu buat panas telinga
    Buat tak dengar je
    Hanya kita je faham perangai anak kita

    Anak ni perangainya lain-lain
    Pe'el pun lain-lain
    Hanya kita sebagai mak je tahu bagaimana nak menghadapinya..

    @ Akhirnya Tercapai Sudah

    Tahun ni raya di Kuala Pilah. Menunya adalah lemang dan nasi himpit. Ibu ni pula hantu ketupat palas. So agak weng la bila takde ketupat palas di pagi raya. Di samping sedih teringat family di pagi raya, sedih juga terkenang ketupat palas di meja makan. Keke. Over kan macam budak-budak. Takpe Ibu, next raya balik Kedah. Hehe. 

    Em hari Khamis lepas, adik Ibu singgah rumah on the way balik ke Melaka. So Mama kirimkan ketupat palas.Yeayy..thanks Mama. Sayang Mama. Akhirnya tercapai juga mengidam yang mengalah orang mengandung ni. 

    Ketupat palas yang di panaskan balik guna periuk kukus yang dibeli di Padang Besar (baru first time guna ni)

    Inilah dia ketupat palas dari Kedah

    Cicah dengan gulai ayam - nyum-nyum

    @ Preview Dulu Ye

    Thursday, September 16, 2010

    Inilah gambar kami bagi raya tahun 2010 ni. Kasi dua keping dulu ye. Nanti ada masa will upload banyak lagi. Hmm belek punya belek rupanya hanya ada sekeping je gambar kami bertiga. Itupun tak cantik. Sob sob. Makanya terpaksa la Ibu letak gambar yang ada saje ye.

    Ya..warna tema ialah err merun ke or ala merah ungu. hehe.

    Anak bujang Ibu yang dah pandai posing

    Sekali lagi, selamat hari raya pada semua. Maaf andai ada salah dan silap. 

    @ Bila takde mood

    Wednesday, September 15, 2010

    Kalau selalu
    24 hours on laptop
    Tapi bila takde mood
    Nak buka laptop pun malas

    Kalau selalu
    Ada idea mencurah-curah
    Tapi bila takde mood
    Idea pun datang ala-ala merangkak

    Kalau selalu
    Sikit-sikit nak update, sehari mau 2-3 kali
    Tapi bila takde mood
    Nak login blogger pun tak daya..huhu

    Pendek kata mood dah hilang sejak dari sebelum raya. Sampai hari ni tak mai-mai. Agaknya die suruh study kot. Huhu. Nak berblog kena ada mood baru jalan. Copy paste cerita? Em not my style. Setiap entri kena datang dari hati barulah umphhh. Nak tunggu datang dari hati, kena ada mood. Nak tunggu ada mood? Hmm tungguuuu..

    @ Dari Jemapoh ke Kota Damansara

    Monday, September 13, 2010

    Alhamdullilah kami dah selamat sampai di rumah. 4 hari Ibu terputus hubungan dengan komunikasi. Bukan sahaja Internet (bawa balik Broadband Celcom tapi takde coverage), malah HP pun bateri kong (charger tertinggal). Huhu. Dapat call family jelah guna HP Ayah. 

    Oh ya tadi kami balik guna LEKAS Highway (Lebuhraya Kajang Seremban). Sebab jalan di Bukit Putus tu jammed malam tadi dan berita kat radio pun cakap highway Seremban bergerak perlahan, kami pun try guna LEKAS. Wah memang lekaslah. Sejam je dah sampai. Cantik jalannya. Lampu terang benderang - kalau balik Kedah tu banyak je kawasan tadak lampu. Huhu.


    Oklah tak nak celoteh banyak. Nanti esok sambung cerita pasal raya ye. Ni nak unpack dan tidurrrrrrr. Till then.

    @ Balik Raya

    Wednesday, September 8, 2010

    Dah dua hari tak berupdate. Sibuk dan juga lebih kepada takde mood. Mood beraya je tinggal. Hehe. Dah pilih baju raya dan packing. Cadangnya balik pagi esok tapi last minute driver (abang ipar) ajak balik malam ni. So, Kuala Pilah, here we come.

    Di kesempatan ini, BabyIbu ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Ingat nak edit kad sendiri tapi takde mood dan juga masa nak buat. So kad ini pun jadilah ye.


    Dikesempatan ini juga BabyIbu nak...


    Di kampung tak pasti dapat bersiaran ke tidak. Semoga bergembira di hari raya di samping oarang tersayang dan hati-hatilah semasa memandu. Kita jumpa lagi selepas raya.

    @ Iklan TV3 Untuk Raya?

    Monday, September 6, 2010

    Emm Ibu dapat dari FB semalam. Iklan TV3 untuk raya tahun 2010. Agak tak sesuai iklannya. Konsep 1 Malaysia agaknya tapi kurang sensitif dari segi isu agama dan budaya. Tak nak komen banyak-banyak. Tengok sendiri dan nilai sendiri k. Rasanya dah ditarik balik iklan ni (sori berita terkini blur sikit sebab tv asyik layan playhouse disney-huhu). Schedule entri sebab hari ni sibukkkkkkk.


    @ Memang Berkesan Untuk Anak yang Tak Selera Makan

    Ibu kan baru cerita pasal vitamin untuk tingkatkan selera makan anak. So petang Jumaat hari tu, Ibu pergila beli. Ibu beli yang Appeton Multivitamin Lysine yang chewable. Harga lepas sale 20% dalam RM25. Satu botol ada 60 tablets so 1 hari bagi satu je.


    Review selepas penggunaan: Ammar suka makan sebab rasanya sedap. Bagi satu nak lagi sampai kena pujuk. Takut bagi banyak kang terlebih pulak. Huhu. Selepas bagi 2 kali, nampak ada perbezaan dalam selera makannya. Ammar makan lebih banyak daripada biasa (ini yang buat Ibu tersenyum - lega rasanya). Paling tak tahan, malam pertama tu, Ammar boleh minum 6 botol susu 8 oz pada satu malam.  Ayah sampai komplen la tak larat bangun buat susu. Huhu. Kesimpulannya, memang multivitamin ni berkesan untuk tingkatkan selera makan.

    P/s: Untuk baby, ada jenis syrup punya.

    @ Vitamin Untuk Anak

    Friday, September 3, 2010

    Sejak melaksanakan projek Ko Yang, Ammar kurang makan. Susu botol pun tak nak (Mogok agaknya). Sedih sangat Ibu tengok badan Ammar yang makin cekeding. Last week masa jumpa Dr. Chua (Ammar selsema), Ibu tanyalah macam mana nak kasi selera Ammar naik balik. Dr. Chua suggest kasi makan vitamin. Vitamin jenis kunyah punya (so Ammar ingat itu adalah gula-gula, kalau yang cecair confirm die ingat ubat). Dr. Chua cadangkan jenama Appeton.

    Ibu pun pergilah cari. Masa pergi hari tu, Ibu beli Appeton Vitamin C Perisa Anggur. Baru perasan sebenarnya salah. Huhu. Sepatutnya beli Multivitamin. Ibu tengok yang mana jenis kunyah dan untuk umur 2 tahun. Dah teruja tengok kartun kat kotak Vitamin. Ammar pilih satu. Kitaorang pun bayar. Tak perasan kata itu yang Vitamin C saje.

    Tapi takpelah walau salah beli pun Ammar boleh makan juga. Vitamin C ni untuk kuatkan badan daripada serangan penyakit. Alhamdullilah Ammar suka. Makan pagi satu dan malam satu. 



    Lepas ni kena beli yang Multivitamin punya. Ini untuk tambah nutrien-nutrien yang Ammar tak nak makan tu. Ini rupa botolnya:



    P/s: Petang ni kita pergi beli ye Ayah.
    P/ss: Lain kali baca label tu detail-detail sikit ye (pesanan untuk diri sendiri-huhu)

    @ Manik Lagi

    Thursday, September 2, 2010

    Nampak gaya tahun ni raya kelip-kelip la Ibu. Hari tu dah tunjuk korang baju Ibu yang kelip-kelip warna ungu. Kali ni kelip-kelip warna merah pulak ya.

    Nama jahit manik ni manik tabur

    Cantikkan? Kalau berminat (bukan baju raya je eh, baju pergi kerja pun boleh sangat-sangat) boleh contact Zila.

    @ Shopping di Timberland Warehouse Sales

    Hari ni start Timberland Warehouse Sales. Tengok review macam ok so Ibu pun pergila sekejap. Ayah drop Ibu kat situ. Maklumat lanjut pasal warehouse ni KLIK SINI.





    Sampai pukul 9.30 pagi tapi tengokla, dah panjang barisannya.Banyak lelaki la sebab Timberland pun memang banyak untuk lelaki. Kalau perempuan banyak Chinese.


    Pukul 10 pagi baru boleh masuk. Okla juga tempat die. Ada ruang untuk bergerak. Orang yang pergi memang ramai tapi takla seramai kat Pureen tu. Kira okla.


    Masuk-masuk je sampai kat kawasan kasut budak. Tak banyak pilihan. Ada 2-3 pilihan je. Ibu ambil satu. Harga kasut budak RM89 (Harga asal RM219) Agak-agak je saiz berdasarkan pandangan bapak-bapak orang yang dok pilih kasut juga. Harap-harap muatla.

    Kasut Raya Ammar

    Bahagian perempuan banyak kasut. Dari sandal ke sport shoes. Mula-mula ingat nak beli sport shoes tapi teringat kasut kat rumah yang rosak sebab tak terpakai maka kensel la. Nak beli kasut sarung tapi yang Ibu berkenan semua takde saiz. Saiz kecil banyak la (saiz 6 ke bawah). 


    Kawasan kasut perempuan. Sori gambar blur maklumlah tangan sebelah pegang kamera, sebelah lagi dok capai kasut. Lagipun ramai auntie-auntie borong sakan sampai nak mecelah pun susah. Huhu. Last-last Ibu ambil sandal. Konon kasut raya la. Harga RM149 (Harga asal RM339). 



    Bahagian lelaki paling meriah. Ada kasut (RM199), t-shirt (RM60), kemeja (RM89), jeans (RM110). jacket waterproof (RM299) dan jacket bukan waterproof (RM199). Oh ya harganya memang fixed untuk semua barang.

    Kasut lelaki

    T-shirt

     Ibu tanya Ayah, kata Ayah kasut je berbaloi beli sebab kasut Timberland memang bagus dan harga asalnya RM499.  So Ibu pun belikan Ayah kasut kerja sepasang.


    Okla tu. Cukup sorang sepasang. Orang makin ramai. Ibu pun cepat-cepat beratur dan bayar. Kaunter banyak jadi okla takdela lama sangat. Kesimpulannya, oklah puas hati tapi sememangnya Adidas punya warehouse tetap paling best. Hehe.

    @ Alkisah Kerja

    Wednesday, September 1, 2010

    Bila semua harap harap orang lain buat kerja. Macam nilah jadinya. Huhu.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Widget By Devils Workshop