@ Bila anak comot

Wednesday, September 29, 2010

Masa zaman anak dara dulu, kalau tengok baby/budak comot. Mesti terdetik dalam hati. "Mak budak ni tak perasan ke anak die comot ni, tak pandai jaga anak ke?". Rasa rimas tengok budak comot, yelah kadang-kadang dengan hidung berlengas, mulut comot or baju comot. Rasa macam nak lap-lap je muka, kasi mandi dan tukar baju budak tu. Huhu.

Tapi itu dulu la. Sejak dah jadi mak budak ni. Barula faham kenapa. Kenapa anak boleh comot?

  • Kadang-kadang baru mandikan tak sampai sejam dah busuk masam sebab berlari dan bermain tak berhenti.
  • Bila makan tak payah cakapla. Nak makan sendiri tak nak orang suap. Jadinya makanan bukan setakat ke mulut malah ke seluruh badan dan juga baju.
  • Bila selsema tu, tak sempat kita nak lap. Dilap sendiri makanya habis muka dan baju comot.
  • Bila muka dah berlengas dengan peluh itu ini, tak bagi pula kita lap-lap
  • Kadang-kadang bila anak dah masam dan comot, terpaksa biarkan je, biar main puas-puas, kang mandikan elok-elok terus tidur or tak boleh main dah.


Hmm tapi disebabkan Ibu ada perasaan tak suka tengok budak comot. Still try my best to keep Ammar as tak comot as can. But kadang-kadang tu comot juga. tapi comot-comot, tetap paling sayang kan.


Anak comot Ibu


5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Lin said...

kita dah jadi cm arwah mak,lepas mandi tak boley makan dah, tak boleh main dah.hehehe..dah terbiasa dari kecik camtu so mmg kat anak skrg pun wat gitu..so make sure dia makan sekenyangnya dan main sepuasnya.huhu..jenuh gak nak tukar 5-6kali baju dia.hehehe

MamaYatie said...

nak wat camner ibu kan..mmg tu fitrah anak2..paling tension bila ayahnya balik keja & tanya knapa comot2 walhal br bbrp 2nd lap/basuh muka anak..huhu

MuniQazrina said...

ermm, bg sy mmg tk suka tgk anak comot. Bg makan siap2, pastu baru mandi,pas mandi tk bg dh main.takut baju kotor lah,konon.Sbb ape,tk nak bg org pandang negatif pd parents. Mak ayah bkn main lg pakai branded, cantik2. Anak???comot semacam jer..malu jer nnt!!konon, tk pandai plak kita jga anak...huhuk

BIONIC WOMEN said...

anak pompuan len skit kot dari anak lelaki,macam dhiya dia xleh kalau baju kotor skit, kalau tertumpah air mesti nak tukar, dia geli nak pakai, kalau dia poo poo dia memang xnak pakai dah sluar tu melainkan kalau kita sembur perfume...mungkin jugak sebb terlalu terap kena bersih sokmo mentallity anak tu dah jd gitu..hehe

Oyis said...

aisyah my daughter pon mcm anak Bionic Women. Mungkin sbb perempuan kot. Kalo ada hingus je, cpt2 mintak tisu, dia nak lap hidung dia. even kalo mkn pon, kuah kecah kat tgn dia, minta tisu dia nak lap (tgh2 mkn tu). tp ada jg masa nya dia comot. kalo x comot, dah bkn bdak nama nya hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop