@ Hanya Mak Yang Tahu

Monday, September 20, 2010

Bila kita nampak
Ada anak seseorang menangis dan meraung-raung
Maknya pula pujuk dengan muka resah
Kita tanpa sedar akan beritahu maknya

"Dia lapar kot, cuba bagi susu" atau
"Dia sakit perut kot, cuba letak minyak" atau
"Dia tak cukup tidur kot, cuba kasi tidur"

Kadang-kadang tanpa sedar juga
Kita menegur mengguna nada yang tak sesuai
Buat maknya merasa tensen dan bertambah resah

Bila anak kita menangis
Kita mestilah tensen terutama kalau susu dah bagi minyak dah sapu
Ada pula orang dok cadangkan itu ini

Umpama kita ni tak pandai nak jaga anak
Umpama kita ni tak pandai nak pujuk anak

Sebenarnya paling baik
Abaikan je komen orang-orang tu
Mana boleh kita amalkan kita buat
Kalau komen tu buat panas telinga
Buat tak dengar je
Hanya kita je faham perangai anak kita

Anak ni perangainya lain-lain
Pe'el pun lain-lain
Hanya kita sebagai mak je tahu bagaimana nak menghadapinya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop