@ LCD TV Murah

Tuesday, September 21, 2010

Setelah 3 tahun melayan TV 14 inci, akhirnya kami beli TV baru. Ayah la rajin survey sebab Ibu tak minat sangat nak survey pasal TV ni. Ibu hanya suka tengok TV je. Hehe. Mula-mula nak beli 40 inci, tapi ruang tamu kami tak besar sangat, takut kang mata terpaksa bergerak ke kanan ke kiri sebab skrin besar sangat. Nak beli LED (teknologi terkini) macam overdose pula. Bukan nak buat mini pawagam pun kan. Nak tengok drama cerekarama dan 'men mos' Ammar je pun. 

So akhirnya, kami beli LCD TV 32 inci jenama Sharp. Kenapa Sharp?  Sebab panel LCD Sharp made in Japan, yang lain dari Korea (ni menurut Ayahla). Kami beli di Jintex. Boleh beli online tau kat http://jintexelectronics.com/. Ayah dapat tahu dari forum. Setelah survey, kat sini harga paling murah. Ermm kami tak beli la online, kami pergi terus ke kedai dia dekat Sea Park. Tapi kena bayar cash la.


Ini ha kedainya. Patut la murah. Kurang kos untuk display. Just pergi dan beritahu nak brand apa. Terus die keluarkan dan test.

Barang elektronik lain pun ada


So tara. Inilah LCD TV baru kami. Oh ya, seminggu lepas beli tu. LCD ni rosak kena panah petir (Time tu ada masalah sikit dengan suis kat rumah, selalu kena petir, bukan tv je, wireless semua terbakar - sekarang dah ok). Sedih tau. Tapi nasib baik warranty Sharp ni bagus. Untuk setahun pertama, dia cover untuk semua termasuk kalau hilang kena curi. So lepas call, technician datang tukar part dan yeehaa boleh tengok tv balik. So itulah alkisah LCD tv baru rumah kami.

Ini alamat kedai:
Store Name : JintexElectronics.com
Company Name : Jintex Kredit (Sunway) Sdn Bhd 
Address : 4, Jalan 21/12, Sea Park, Petaling Jaya, Selangor.
Country : Malaysia
Phone : 603-78740328
Mobile : 017-6658189 Kevin or 017-6108189 Christine
Fax : 603-78748328
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop