@ Memang Berkesan Untuk Anak yang Tak Selera Makan

Monday, September 6, 2010

Ibu kan baru cerita pasal vitamin untuk tingkatkan selera makan anak. So petang Jumaat hari tu, Ibu pergila beli. Ibu beli yang Appeton Multivitamin Lysine yang chewable. Harga lepas sale 20% dalam RM25. Satu botol ada 60 tablets so 1 hari bagi satu je.


Review selepas penggunaan: Ammar suka makan sebab rasanya sedap. Bagi satu nak lagi sampai kena pujuk. Takut bagi banyak kang terlebih pulak. Huhu. Selepas bagi 2 kali, nampak ada perbezaan dalam selera makannya. Ammar makan lebih banyak daripada biasa (ini yang buat Ibu tersenyum - lega rasanya). Paling tak tahan, malam pertama tu, Ammar boleh minum 6 botol susu 8 oz pada satu malam.  Ayah sampai komplen la tak larat bangun buat susu. Huhu. Kesimpulannya, memang multivitamin ni berkesan untuk tingkatkan selera makan.

P/s: Untuk baby, ada jenis syrup punya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop