@ Shopping di Timberland Warehouse Sales

Thursday, September 2, 2010

Hari ni start Timberland Warehouse Sales. Tengok review macam ok so Ibu pun pergila sekejap. Ayah drop Ibu kat situ. Maklumat lanjut pasal warehouse ni KLIK SINI.





Sampai pukul 9.30 pagi tapi tengokla, dah panjang barisannya.Banyak lelaki la sebab Timberland pun memang banyak untuk lelaki. Kalau perempuan banyak Chinese.


Pukul 10 pagi baru boleh masuk. Okla juga tempat die. Ada ruang untuk bergerak. Orang yang pergi memang ramai tapi takla seramai kat Pureen tu. Kira okla.


Masuk-masuk je sampai kat kawasan kasut budak. Tak banyak pilihan. Ada 2-3 pilihan je. Ibu ambil satu. Harga kasut budak RM89 (Harga asal RM219) Agak-agak je saiz berdasarkan pandangan bapak-bapak orang yang dok pilih kasut juga. Harap-harap muatla.

Kasut Raya Ammar

Bahagian perempuan banyak kasut. Dari sandal ke sport shoes. Mula-mula ingat nak beli sport shoes tapi teringat kasut kat rumah yang rosak sebab tak terpakai maka kensel la. Nak beli kasut sarung tapi yang Ibu berkenan semua takde saiz. Saiz kecil banyak la (saiz 6 ke bawah). 


Kawasan kasut perempuan. Sori gambar blur maklumlah tangan sebelah pegang kamera, sebelah lagi dok capai kasut. Lagipun ramai auntie-auntie borong sakan sampai nak mecelah pun susah. Huhu. Last-last Ibu ambil sandal. Konon kasut raya la. Harga RM149 (Harga asal RM339). 



Bahagian lelaki paling meriah. Ada kasut (RM199), t-shirt (RM60), kemeja (RM89), jeans (RM110). jacket waterproof (RM299) dan jacket bukan waterproof (RM199). Oh ya harganya memang fixed untuk semua barang.

Kasut lelaki

T-shirt

 Ibu tanya Ayah, kata Ayah kasut je berbaloi beli sebab kasut Timberland memang bagus dan harga asalnya RM499.  So Ibu pun belikan Ayah kasut kerja sepasang.


Okla tu. Cukup sorang sepasang. Orang makin ramai. Ibu pun cepat-cepat beratur dan bayar. Kaunter banyak jadi okla takdela lama sangat. Kesimpulannya, oklah puas hati tapi sememangnya Adidas punya warehouse tetap paling best. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop