@ Vitamin Untuk Anak

Friday, September 3, 2010

Sejak melaksanakan projek Ko Yang, Ammar kurang makan. Susu botol pun tak nak (Mogok agaknya). Sedih sangat Ibu tengok badan Ammar yang makin cekeding. Last week masa jumpa Dr. Chua (Ammar selsema), Ibu tanyalah macam mana nak kasi selera Ammar naik balik. Dr. Chua suggest kasi makan vitamin. Vitamin jenis kunyah punya (so Ammar ingat itu adalah gula-gula, kalau yang cecair confirm die ingat ubat). Dr. Chua cadangkan jenama Appeton.

Ibu pun pergilah cari. Masa pergi hari tu, Ibu beli Appeton Vitamin C Perisa Anggur. Baru perasan sebenarnya salah. Huhu. Sepatutnya beli Multivitamin. Ibu tengok yang mana jenis kunyah dan untuk umur 2 tahun. Dah teruja tengok kartun kat kotak Vitamin. Ammar pilih satu. Kitaorang pun bayar. Tak perasan kata itu yang Vitamin C saje.

Tapi takpelah walau salah beli pun Ammar boleh makan juga. Vitamin C ni untuk kuatkan badan daripada serangan penyakit. Alhamdullilah Ammar suka. Makan pagi satu dan malam satu. 



Lepas ni kena beli yang Multivitamin punya. Ini untuk tambah nutrien-nutrien yang Ammar tak nak makan tu. Ini rupa botolnya:



P/s: Petang ni kita pergi beli ye Ayah.
P/ss: Lain kali baca label tu detail-detail sikit ye (pesanan untuk diri sendiri-huhu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop