@ TAHNIAH Kelantan TAKZIAH Rakyat Malaysia

Sunday, October 31, 2010

Tahniah kepada Kelantan kerana pertama kali memenangi Piala Malaysia. Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan ialah 2-1. Ibu jarang tengok perlawanan bola, dulu rajin juga masa Kedah masuk final, sekarang dah kurang. Selalu teman Ayah tengok Arsenal lawan je. Ni pun layan sebab Ayah kan orang Nogori. 

Tapi Ibu bukan nak komen pasal perlawanan, err walaupun hairan dengan tindakan pemain Negeri Sembilan asyik outkan bola bila pemain Kelantan injured :P. Cuma Ibu sedih dan terkilan tengok peminat bola Malaysia. Ada ke patut dok baling botol air mineral ke padang. Adehh. Kalau kena kepala silap-silap boleh mati tau. Sungguh tak bermoral. Kesian pemain asyik kena tolong amik buang botol ke tepi. yelah kang tergolek pula kalau terpijak.

Walaupun akan ada yang kata itu hanya segelintir orang yang buat. Tapi kalau Ibu orang asing dan tengok perlawanan tu, Ibu akan kata teruknya rakyat Malaysia. Huhu. Tak tau la nak kata apa. Harap selepas ni buatla peraturan, sapa baling barang ke padang kena denda ke penjara ke. Bolehke camtu?



@ Car Seat Untuk dijual!!!

Saturday, October 30, 2010

Kawan Ibu, Zue nak let go car seat. Baru lagi car seat die. Anak die tak nak duduk dalam tu. Jadi dari rosak tak pakai baik jual. Ni gambarnya:



Brand: Britax
Selling price: RM 600
Retail price: RM 1199
Condition: new
Newborn up to 4 yrs

Kalau berminat, bolehla email lilyadiluz.gmail.com atau pergi ke blognya KLIK SINI!!

@ Berjangkit Dah

Ammar mula demam sejak hari Selasa. Jadi Ibu dengan sibuk nak present dengan jaga Ammar. Memang tunggang terbalik juga. Ammar biasala bila demam, merengek saje. Nak dukung dan berkepit 24 jam. Alhamdullilah Allah kuatkan semangat Ibu. Walaupun tak cukup tidur dan sebagainya masih mampu nak berfikir siapkan bahan untuk presentation.

Hari Rabu bawa pergi Klinik Chua. Dr. kata sekarang memang musim. Udara tak elok. Lepas tu Dr suruh bagi Ammar tidur awal dalam pukul 9 macam tu. Kata Dr. Chua, bila tidur lambat sistem pertahanan badan Ammar tak kuat. Selalu Ammar tidur pukul 11 malam nampaknya kena awalkan. Boleh tahan berperang juga la nak tidurkan die. Huhu.

Ammar di Klinik Dr. Chua (muka masam takut jumpa Dr.)

Oh ya hari ni Ammar dah mula ok sikit. Dah kebah. Tapi..Ibu pula berjangkit. Sakit kepala, sakit tekak, selsema semua dah ada ni. Adeh nasib baik keje penting semua dah siap. So weekend ni nampak gaya bergolek di rumah sajalah. Till then.

@ Berita Baik!!!

Friday, October 29, 2010





Berita baik untuk Ibu

Saje nak share dengan korang. Semalam Ibu present reseach progress. Alhamdullillah berjalan lancar. Komen yang diterima mengatakan yang research Ibu sudah jelas problem dan solutionnya. Jadi sekarang Ibu boleh mulakan development system. Rasa lega sangat-sangat. Tinggal writing je ala-ala lembab sikit. 

Satu lagi untuk tahun ni satu jurnal dan 2 conference paper sudah accepted. Tercapaila KPI Ibu tahun ni. Alhamdullilah sekali lagi. Dan ya akhirnya, urusan untuk biasiswa juga sudah selesai. Harap duit boleh masuk sebelum raya Haji. Aminn.

Berita baik untuk korang pula

Ada 3 berita baik:
  • Atas sambutan yang menggalakkan, Gaya Si Comel Berbaju Raya akan dilanjutkan sehingga 8 November 2010.
  • Keputusan  BabyIbu Giveaway: Weego Bottles akan diumumkan Isnin depan.
  • Kepada sesiapa yang boleh capture bila Follower Ibu masuk no 1000. Akan ada hadiah menarik menanti. Akan diumumkan kemudian. Till then....

@ Bugslock - Gelang Ubat Nyamuk

Thursday, October 28, 2010

Ingat tak entri pasal ubat nyamuk dulu? Kisah nyamuk yang asyik gigit Ammar sampai bengkak badan Ammar. Salah seorang reader cadangkan Bugslock. Apa tu Bugslock?. Mula-mula Ibu pun tak tahu. Rupa-rupanya gelang ubat nyamuk. Ibu pun search la. Jumpa kat blog MyAvenue888. Macam ni rupanya.


Ala-ala gelang boleh pakai kat tangan atau kaki untuk jauhkan nyamuk. Macam Ammar kulit sensitif, Ibu letak la hujung kaki. Bau macam serai wangi. Berkesan tak? Alhamdullillah ada nampak beza la. Bila pasang tu kurangla nyamuk gigit Ammar.Cuma lepas guna tu kena terus simpan dalam plastik die balik. Kalau tak nanti hilang bau tak berkesan. Harga die satu RM15 tapi sekarang promosi beli 5 dapat free 1. Nak tau lebih lanjut KLIK SINI.

Jadi aksesori pun bolehhhh

Selain Bugslock, ada beberapa lagi barang yang menarik kat MyAvenue888 ni antaranya ialah:





Untuk pengetahuan, MyAvenue888 antara penaja bagi Contest Gaya Si Comel Berbaju Raya so pemenang nanti dapatla beli barang-barang diatas tu ha.

@ Menyusukan Suami?

Semalam buka Nuffnang, sekali Ibu tengok bahagian keywords ada queri pasal ni. Emm rasanya tak pernah buka topik menyusukan suami ni, menyusukan anak adalah. Hehe.


Tapi dah alang-alang ada yang mencari meh kita tengok sikit hukum hakam berkenaan perkara ni. Ada beberapa pendapat:


Seorang suami boleh menyusu dengan isterinya dan itu tidak menjadi sebab keharaman atas mereka. 


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang seorang suami yang suka bercumbu dengan istrinya sehingga ia biasa menghisap payudara isterinya, apakah ia (isterinya) menjadi haram atasnya?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjawab, "Menyusunya (suami kepada isterinya) tidak menjadikan isterinya haram atasnya kerana sebab persusuan. (Ibnu Taimiyyah, vol. 3 hal. 162).

Haram (untuk bernikah antara ibu susuan dan anaknya) sebab penyusuan ialah bila anak susuan kurang 2 tahun dan minum melebihi 5 titis susu (hingga kenyang).

Dalam kitab Al-Mughni disebutkan bahwa dari syarat berlakunya hukum keharaman (untuk nikah) lantaran sebab persusuan adalah pada masa "haulani", yakni kurang dari dua tahun. (Ibnu Qudamah, vol. 1
hal. 319). Ini adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu, semisal shahabat `Umar, `Ali, Ibnu `Umar, Ibnu `Abbas, Ibnu Mas`ud, dan Abu Hurairah, serta sederetan dari istri-istri Nabi saw kecuali `Aisyah ra. Dalam riwayat Malik dikatakan, "Hukumnya sama meskipun lebih satu atau dua bulan dari batasan waktu `haulani' (dua
tahun). Ibnul qashim meriwayatkan dari Malik bahwa ia berkata, "Persusuan itu (waktunya) pada dua tahun atau dua bulan selanjutnya." (Al-Qurthubi, vol. 3 hal. 162).

Ada juga pendapat lain mengatakan:

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. 
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
Kesimpulannya: Boleh tapi jangan over-over. Hehe. No komen bab ni. Hal dalam selimut adalah rahsia. :)

@ Senaman Petang

Wednesday, October 27, 2010

Depan rumah MIL ada tasik. Tiap-tiap petang MIL atau Ayah akan bawa Ammar jalan-jalan situ. Ibu? Hehe. Ibu layan Ammar dalam rumah je. Outdoor tak minat. Huhu. Berbalik pada Ammar, bila jalan-jalan petang tu. Ammar selalu senaman guna alat yang ada kat situ. Boleh tahan kuat juga tangan budak ni. 


Lepas la 10 kali dia angkat badan


Sempat posing tu

Kadang-kadang, ada budak-budak remaja suka lepak situ. Diorang menari ala-ala break dance la or apa ke namanya tarian budak-budak sekarang yang glamer tu. Ammar pun biasala. Mengikut. Sekali Ammar pun buat depan budak-budak tu. Tensen diorang. Hehe.


Abang pun nak buat camtu


Iyahhh


Tara. Abis ditunjuk kat semua orang. 

Tapi Ibu tak bagi buat. Takut tergeliat ke terbalik ke.  Anak bujang sorang ni leh masuk kelas gimnastik gamaknya.Huhu.

P/s: Tapi petang ni tak senaman. Ammar deman. Doakan Ammar cepat baik ye auntie2 semua.

@ Rezeki Terpijak di Drypers Event

Tuesday, October 26, 2010

Sambung cerita semalam ye. Ok lepas buat cermin mata kat Focus Point, Ibu pun lalu kat Drypers Event tu. Jengok-jengoklah apa ada. Oo siapa yang tukar diapers kat situ akan dapat satu goodie beg Drypers. Ala-ala recycle la camtu. Macam Ibu cakap semalam tiba-tiba nampak Eja atas pentas, lepas tu nampak pula Sari Yanti dan Aisyah Siclair. 

 Gambar diambil masa baru sampai. Tengah start bertanding.

 Eja menang round pertama.

Lepas Ibu ambil gambar diorang (boleh tengok kat entri ni), Ibu pun balik ke Ammar. Rupanya Eja tadi bertanding round pertama pertandingan tukar diapers, diorang nak mulakan round kedua pula. Round kedua, Aisyah Sinclair dan Sari Yanti pula.




Sempat Ibu snap satu gambar masa semua tengah get ready. Tiba-tiba diorang announce, nak satu penyertaan lagi. Nampak ada kosong kat belah kanan tu. Dua kali announce, pengacara siap kat tempat penonton lagi. Pengacara panggil Ibu, Ibu cakap tapi baby saya dah besar ni. Yelah malu pulak yang lain baby bawah setahun kan. Tapi kesian pula terpanggil-panggil Ibu pun joinla. Sporting la kononnya tapi malu juga sebab Ammar dah besar. Hehe.

 Ammar tak nak baring, so pakai la sambil berdiri

 Ibu tukar sekejap je. Pastu angkat tangan. Rupanya kena pakai seluar balik. Adeh tak tau la pulak.Dahla butang seluar ketat.


Taraa dah siap. Ammar sporting walaupun takut kat maskot Drypers tepi pentas tu.

Ok dah habis Ammar. Nampak die peluk kuat-kuat sebab cuak ada banyak kamera bagai.

 Macam mana tak cuak. Orang ramai. Huhu.

Walaubagaimanapun, dah rezeki Ammar. Dapat no 2. Jadila kan. Tak pasal-pasal dapat Drypers free satu peket. Yang Drypantz lak tu.  Memmang Ibu guna untuk pergi jalan-jalan pun sebab mudah boleh pakai macam seluar.  Alhamdullilah ni namanya rezeki disebalik dugaan spek patah. Amin.

@ Jumpa Eja, Aisyah Sinclair dan Sari Yanti

Monday, October 25, 2010

Seperti yang korang tahu, spek Ibu kan patah. So petang semalam pergila buat cermin mata baru kat The Curve. Maafla tak ambil gambar pula kat situ. Ibu ni kira tak termasuk blogger tegar. Memanjang lupa ambil gambar. Hehe.

Ok berbalik pada tajuk di atas, lepas buat cermin mata tu. Ibu pun turun ke tingkat satu. Sekali tengok Drypers ada buat fuction. Ibu lalu jelah. Sekali tengok-tengok ada beberapa muka dikenali (eceh macam kawan pula). Terus Ibu snap. Tapi blur-blur sebab orang ramai. Oklah layannnnn.


Eja dan anaknya - muka tak nampak pula. Nampakla muka suami Eja. Tapi tak boleh snap sebab ramai sangat orang. Semua orang berdiri jadi susah la sikit.


Sari Yanti dan Aisyah Sinclair serta anak mereka. Aisyah Sinclair make up very light. Sangat cantik. Yelah Pan Asian.


Kawasan celebriti duduk - semua sibuk dengan anak 


Gambar last sebelum semua beredar. Semua macam sibuk so malas nak pergi tangkap gambar one by one. Plus Ibu pun sibuk dengan Ammar dan stroller bagai. Ni pun minta Ayah ambil. Err cerita pasal Drypers ni tak habis lagi tau. Tunggu kesinambungannya..hehe..

@ Bila si rabun tiada cermin mata

Sunday, October 24, 2010

Bila orang rabun tiada cermin mata apa jadi? Jadi apa lagi..blurlah dunia. Huhu. Inilah terjadi pada Ibu hari ni. Bulan 2 lepas beli spek baru, bukan murah harganya. Dekat RM500++ juga. Untuk pengatahuan semua,  cermin mata Ibu tu bukanlah bingkai mahal pun apatah lagi berjenama. Cuma disebabkan power Ibu yang teramat tinggi ini maka kena beli lens yang mahal sikit, yang high indeks kata orang focus point. Lens sahaja RM400++. Hukhuk. Itulah akibat suka study guna lampu koridor kat asrama dulu. Huk huk lagi.

Berbalik pada cermin mata Ibu tu, memang problem sikit. Ibu beli yang frameless. Kalau fesyen dulu, frameless pakai skru. Tapi yang baru ni pakai macam pin macam tu je. So disebabkan power mata Ibu tinggi (yang menyebabkan kanta tebal), pin tu tak mampu nak tampung. Salah Ibu juga, sebab tak check betul2 (tapi mana la Ibu tau boleh jadi camtu, selalu ok je) dan salah amoi jual cermin mata juga tak habaq kata lens tebal tak sesuai (nak juga salahkan die - hehe). Disebabkan pin tu, dah 5-6 kali pergi baiki. Yelah buat mahal-mahal kena la pakai juga walau macam longgar semacam je.

Dan akhirnya pagi tadi, lepas bangun tidur, nak basuh muka. Alih-alih boleh tercabut terus pemegang cermin mata tu dari lens tu. Aduhai. Dahla takde cermin mata back up. Ni terpaksa pakai contact lens kat rumah. Ibu tak suka sangat pakai lama-lama. Nanti sakit mata dan juga sakit kepala. So Ayah oh Ayah jom pergi beli cermin mata. Emergency ni. Huhu.


Dah patah. tengah pomen nak sambung guna selotep ni. Huhu.

P/s: Kalau tak pakai cermin mata nampak tak? Err nampak bentuk, bayang tapi kabur. Pendek kata nampak muka tapi hidung mata semua ke mana-mana. Huhu. Macam nak pergi buat LASIK pula tapi takutttt. Power mata berapa? Haishhh rahsia. :)

@ Thermos Flask Warna Warni Untuk Anak

Friday, October 22, 2010

Baru-baru ni Ibu ada beli satu thermos flask comel. Thermos ni boleh letak air panas ke sejuk ke. Kadang-kadang Ibu letak bubur nasi Ammar dalam tu. Tahan panas sikit. Ammar suka sebab Thermos ni cantik.  Oh ya Ammar punya warna biru. Meh Ibu tunjuk sikit.

Plastic thermos flask


Ada 4 warna semuanya: Hijau; Ungu, Biru dan Oren




Description: Plastic thermos flusk for hot/ cold drinks. Cap can be used as cup for drinking. Easy to open and colorful. Saiz: 120X110X180MM.



 Harga: RM 15 sahaja (tak termasuk pos)

Satu lagi ialah JUG & 6 CUPS SET




Description: A set of 6 colorful party cups and a jug suitable for party or playtime with friends.  Saiz: JUG : 180 x 180x 130mm ( 1.25litre) CUP :  09x 80mm ( 290ml/cup ) Material: Plastic


Harga: RM 15 sahaja (tak termasuk pos)



Berminat? Email babyibu@gmail.com untuk maklumat lanjut.

@ Framework, Model, Architecture?

Minggu ni Ibu sibuk refine balik semua diagram dalam thesis Ibu. Minggu depan nak kena present. Itu pasal la tak sempat nak berblog sangat. Diagram apa? Em macam-macam, theoretical framework la, conceptual framework la, architecture system la, tu tak termasuk DFD and ERD lagi. Haa mesti korang pening kan dengar nama-namanya. Takpe abaikan je. Ibu pun pening.

Mula-mula confuse juga sebab bila tengok contoh-contoh tesis lain macam-macam jenis diorang buat. So terpaksa la back to basic. Cari definitions setiap satu diagram supaya tahu purposenya. Ok sekarang baru betul-betul faham. Theoretical framework tu nak terangkan teori-teori yang kita guna dalam tesis kita (yang ni Ibu still tak expert lagi - fail betul bab teori ni) dan  kalau conceptual framework tu adalah framework keseluruhan thesis kita dan bagaimana setiap konstruk (stakeholder, problem, domain, outcome) berhubungkait antara satu sama lain.



Wah seminggu dok termenung nak fikir macam mana nak buat. Maklumlah Ibu ni kureng sikit bab nak imagine lukis diagram. Sebab tu tak pernah nak guna mind map ke atau apa2 yang abstrak. Ibu ni jenis list out ala2 senarai things to do je. But berkat kesabaran dan ketekunan (eceh). Berjaya juga buat. Tersengih sorang-sorang bila tengok framework Ibu tu. Hehe. Tapi tak boleh la nak tempek kat sini kan. Kena tunjuk SV dulu. Hehe. 

Bab architecture diagram tu mudah sebab as long as kita faham process die makanya senang aja. DFD pula favourite Ibu. So objektif bulan ni dah tercapai separuh. Tinggal nak tambah lit review sikit. Bulan depan kena start development dah. Takutttt. Huhu. Oklah nak siap pergi UM ni. Mesti korang boring baca pasal study di pagi Jumaat ini. Oklah Till Then.

P/s: Doakanlah study Ibu berjalan lancar ye. Aminnnnn.

@ Anda suka letak laptop atas riba?

Thursday, October 21, 2010

Anda suka letak laptop atas riba? Ibu baca pasal kesan letak laptop atas riba ni. Meh Ibu tempek sikit:

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya. Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP


Erk jadi pada sesiapa yang suka letak better kurangkan. Mungkin anda boleh cari pelapik laptop kat IKEA macam ni:


Lagi selamat rasanya. Harga pun takle mahal sangat. Err sekali lagi Ibu bukannya ditaja oleh IKEA. Hanya iklan khidmat masyarakat. hehe. Ibu? Ibu letak atas meja je. Jarang buat keje depan TV.

@ lensaMama's Cutest Baby in Diapers

Wednesday, October 20, 2010

Join contest lagi. Chayokk...Kali ni anjuran lensamama..


Gambar yang dipertaruhkan ialah:

Nama
Mohd Ammar bin Mukhlis
Tarikh Lahir
23/4/2008

 Muka control

 Muka nak nangis (berlakon je tu)


Posing belakang pula

Muka geram

 Kenapa pilih diaper ni
Saya pilih diapers ini (Drypers) kerana harganya yang ekonomi, keselesaan bila Ammar pakai dan yang penting tidak mudah bocor


Anjuran dan Tajaan 

@ Aksi Raya Ammar

Tahun ni banyak boleh join contest raya. Sebab Ammar dah pandai posing. Kalau tak, huhu senyum pun tak nak. Cuma kena sebut peace la (kenkadang peacenya sampai tutup muka). Tapi kali ni pula, gambar Ibu pula tadak. Penat tau i pakai baju merelip merelap takda sapa nak amik gambaq. Huhu. Lain kali Ibu post gambar raya tahun ni. Kali ni nak letak gambar Ammar je - di mana separuh korang dah tengok masa Ibu join contest. Oklah nak masak nasi ni dah pukul 1. Layannnn.

 Muka blur
 Peace
 Muka YB
 Tu ha tukang ajar posing
 Apa motip la
 Ni baru best..men moss...
 Merdeka ke apa
 Yeayyy dapat duit raya
 Dah penat
 Posing pegang dagu
 Dah melepek
 Dahla cukupla..Abang penat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop