@ Alkisah Nak Sambung? - Part 1

Tuesday, October 19, 2010

Nampaknya dah ada yang menegur Ibu sekarang jarang bercerita ya. Ya memang sekarang kurang nak bercerita. Bukan sebab takde idea. Banyak bahan yang tak publish lagi; review sponsors, cerita pergi Terengganu, cerita pergi Sydney tahun lepas, cerita jalan-jalan cari makan, cerita pasal Ammar, erkk cerita raya pun belum buat. Tapi sebab pasal masa tak mengizinkan. 

Macam korang tahu, nak berblog ni pun umpama nak menulis. Kena ada mood nak rentakkan cerita, kena pilih gambar nak hias cerita. Ohh sungguh tak sempat sekarang. Kenapa? Meh Ibu cerita pasal kenapa. Sebabnya sekarang Ibu dalam study mode. 

Sebut study ni, mula-mula nak cerita pasal sambung belajar lagi. Ramai tanya Ibu pasal sambung belajar ni. Em ya, sekarang memang banyak peluang nak sambung, banyak universiti tawar sama ada masters atau phd, part time atau full time. Banyak juga universiti tawar biasiswa, kalau kat UM boleh minta Skim Biasiswa UM atau Skim Latihan Akademik IPTA. Dan ya, kalau nak ubah taraf hidup dan jadi lebih maju, sambung belajar adalah satu option yang baik. Kalau tak amik masters atau phd boleh juga ambil sijil profesional.

Tapi ada satu kena ingat. Kalau nak sambung ni, haruslah datang dengan niat sendiri. Maksudnya? Maksudnya diri sendiri yang willing nak sambung belajar. Bukan paksaan dari pasangan atau ibu bapa atau orang sekeliling. Er paksaan dari fakulti (bagi yang dah pegang jawatan tu) tak dapet den nak menolong. Huhu.


Kenapa willingness itu penting? Sebab bila anda sambung belajar ni, banyak dugaan yang mendatang. Dugaan dari belajar itu sendiri (tajuk susah nak faham, terlampau teknikal atau tak jumpa sumber bahan nak buat research), dugaan dari fakulti seperti penyelia, orang admin dan universiti (macam kena publish paper ISI), dugaan keluarga (suami, anak dan keluarga) dan dugaan paling berat ialah dari diri sendiri (motivasi, semangat, kerajinan, fokus, urus masa). 

Jadi sekiranya anda memang benar-benar nak sambung belajar, semua dugaan yang Ibu senaraikan di atas akan anda hadapi dengan semangat waja. Walaupun berat, tapi akan anda gagahi sebab matlamat anda adalah untuk mendapatkan segulung ijazah itu. Sekiranya anda sambung bukan atas kehendak anda, makanya bermulalah pelbagai masalah yang akan menyebabkan masalah seperti tak habis belajar atau belajar tak habis-habis. Ok setelah niat, apa seterusnya? Next entri ya. Tungguuuu....

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

rynas said...

pernah teringin nak sambung master..tapi bila fikirkan kemampuan masa, dan tenaga...huhuhuhu..terus terbantut hasrat tuh. tabik pada isteri atau ibu yg sambung belajar

ummuabdullahsyaakir said...

Salam,kak...saya setuju...klu kt yg ada cita2 tu..apa2 dugaan pun kt akn snggup hadapi...semuanya demi masa depan.

mef*sh said...

Salam Ibu Ammar,

Saya yg sudah bergelar ibu ini gak teringin nak sambung study..keinginan mmg dah ada sjk dari dulu.Cuma sampai skg masih tercari2 opsyen yg sesuai & terbaik,terutama dari segi tanggungan yuran pengajian...sbb klu nk hrpkan wit sendiri mmg tak mampu bgt,huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop