@ Anda suka letak laptop atas riba?

Thursday, October 21, 2010

Anda suka letak laptop atas riba? Ibu baca pasal kesan letak laptop atas riba ni. Meh Ibu tempek sikit:

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya. Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP


Erk jadi pada sesiapa yang suka letak better kurangkan. Mungkin anda boleh cari pelapik laptop kat IKEA macam ni:


Lagi selamat rasanya. Harga pun takle mahal sangat. Err sekali lagi Ibu bukannya ditaja oleh IKEA. Hanya iklan khidmat masyarakat. hehe. Ibu? Ibu letak atas meja je. Jarang buat keje depan TV.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

♥MAMA♥ said...

mama plak mmg x penah2 nk letak lappy atas riba,ntah la,kekok semacam je,dh la berat je rasanya,lgpun mmg dh biasa wat apa2 keje kat meja ni ;-) apapun thanx for sharing ;-)

Hezesuze said...

tak pernah pun letak lappy atas riba sebab tak selesa ler uols...

CatlinaFly said...

biasanye letak laptop atas riba juga sebab penat nak duduk tegak kalau letak atas meja....

tapi sy lapik laptop tu dgn bantal..sebab mmg panas pun kalau lama2 letak atas riba...tapi budak tu letak tanpa lapik kan?kalau kita pakai alas kain atau seluar tak ketara kot kesannye

Mama_Voque said...

aku lak?x letak ats meja or riba..letak atas sofa smbil2 dok tgk tv...he3

mamavoque0308.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop