@ Berjangkit Dah

Saturday, October 30, 2010

Ammar mula demam sejak hari Selasa. Jadi Ibu dengan sibuk nak present dengan jaga Ammar. Memang tunggang terbalik juga. Ammar biasala bila demam, merengek saje. Nak dukung dan berkepit 24 jam. Alhamdullilah Allah kuatkan semangat Ibu. Walaupun tak cukup tidur dan sebagainya masih mampu nak berfikir siapkan bahan untuk presentation.

Hari Rabu bawa pergi Klinik Chua. Dr. kata sekarang memang musim. Udara tak elok. Lepas tu Dr suruh bagi Ammar tidur awal dalam pukul 9 macam tu. Kata Dr. Chua, bila tidur lambat sistem pertahanan badan Ammar tak kuat. Selalu Ammar tidur pukul 11 malam nampaknya kena awalkan. Boleh tahan berperang juga la nak tidurkan die. Huhu.

Ammar di Klinik Dr. Chua (muka masam takut jumpa Dr.)

Oh ya hari ni Ammar dah mula ok sikit. Dah kebah. Tapi..Ibu pula berjangkit. Sakit kepala, sakit tekak, selsema semua dah ada ni. Adeh nasib baik keje penting semua dah siap. So weekend ni nampak gaya bergolek di rumah sajalah. Till then.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Sitisifir10 said...

Alahai kesian si ibu huhuhu...mcm tu lah kan dengan anak, kadang2 pernah doa, biarlah umi demam, jangan anak2 umi alih2 bila kita demam huhuhu...apapun yg penting jgn bertangguh so bila diuji dengan kesakitan mcm ni kita taklah risau sangat...have a good rest!! insya ALLAH cepat sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop