@ Framework, Model, Architecture?

Friday, October 22, 2010

Minggu ni Ibu sibuk refine balik semua diagram dalam thesis Ibu. Minggu depan nak kena present. Itu pasal la tak sempat nak berblog sangat. Diagram apa? Em macam-macam, theoretical framework la, conceptual framework la, architecture system la, tu tak termasuk DFD and ERD lagi. Haa mesti korang pening kan dengar nama-namanya. Takpe abaikan je. Ibu pun pening.

Mula-mula confuse juga sebab bila tengok contoh-contoh tesis lain macam-macam jenis diorang buat. So terpaksa la back to basic. Cari definitions setiap satu diagram supaya tahu purposenya. Ok sekarang baru betul-betul faham. Theoretical framework tu nak terangkan teori-teori yang kita guna dalam tesis kita (yang ni Ibu still tak expert lagi - fail betul bab teori ni) dan  kalau conceptual framework tu adalah framework keseluruhan thesis kita dan bagaimana setiap konstruk (stakeholder, problem, domain, outcome) berhubungkait antara satu sama lain.



Wah seminggu dok termenung nak fikir macam mana nak buat. Maklumlah Ibu ni kureng sikit bab nak imagine lukis diagram. Sebab tu tak pernah nak guna mind map ke atau apa2 yang abstrak. Ibu ni jenis list out ala2 senarai things to do je. But berkat kesabaran dan ketekunan (eceh). Berjaya juga buat. Tersengih sorang-sorang bila tengok framework Ibu tu. Hehe. Tapi tak boleh la nak tempek kat sini kan. Kena tunjuk SV dulu. Hehe. 

Bab architecture diagram tu mudah sebab as long as kita faham process die makanya senang aja. DFD pula favourite Ibu. So objektif bulan ni dah tercapai separuh. Tinggal nak tambah lit review sikit. Bulan depan kena start development dah. Takutttt. Huhu. Oklah nak siap pergi UM ni. Mesti korang boring baca pasal study di pagi Jumaat ini. Oklah Till Then.

P/s: Doakanlah study Ibu berjalan lancar ye. Aminnnnn.

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Nina said...

Salam...nak tanye...mcmane u start buat conceptual framework dulu...coz my sv dah start suruh buat tapi saya tengah blank2 tak tau nak start dr mana. For mindmapping currently i'm using freemind opensource software..and latest my friend introduce tools ni http://www.sciplore.org/software/sciplore_mindmapping/....best gak software ni...:)

BabyIbu said...

Wsalam

Mindmap yana guna visio je. Utk conceptual ni, first kena senaraikan dulu construct yang terlibat dalam research:

example:
stakeholder: student, teacher
Problem: prob1, prob2
Domain: Learning, Info seeking
Outcomes: ...

so based on construct di atas, lukis diaram yang menunjukkan perkaitan antara mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop