@ Senaman Petang

Wednesday, October 27, 2010

Depan rumah MIL ada tasik. Tiap-tiap petang MIL atau Ayah akan bawa Ammar jalan-jalan situ. Ibu? Hehe. Ibu layan Ammar dalam rumah je. Outdoor tak minat. Huhu. Berbalik pada Ammar, bila jalan-jalan petang tu. Ammar selalu senaman guna alat yang ada kat situ. Boleh tahan kuat juga tangan budak ni. 


Lepas la 10 kali dia angkat badan


Sempat posing tu

Kadang-kadang, ada budak-budak remaja suka lepak situ. Diorang menari ala-ala break dance la or apa ke namanya tarian budak-budak sekarang yang glamer tu. Ammar pun biasala. Mengikut. Sekali Ammar pun buat depan budak-budak tu. Tensen diorang. Hehe.


Abang pun nak buat camtu


Iyahhh


Tara. Abis ditunjuk kat semua orang. 

Tapi Ibu tak bagi buat. Takut tergeliat ke terbalik ke.  Anak bujang sorang ni leh masuk kelas gimnastik gamaknya.Huhu.

P/s: Tapi petang ni tak senaman. Ammar deman. Doakan Ammar cepat baik ye auntie2 semua.

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop