@ TAHNIAH Kelantan TAKZIAH Rakyat Malaysia

Sunday, October 31, 2010

Tahniah kepada Kelantan kerana pertama kali memenangi Piala Malaysia. Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan ialah 2-1. Ibu jarang tengok perlawanan bola, dulu rajin juga masa Kedah masuk final, sekarang dah kurang. Selalu teman Ayah tengok Arsenal lawan je. Ni pun layan sebab Ayah kan orang Nogori. 

Tapi Ibu bukan nak komen pasal perlawanan, err walaupun hairan dengan tindakan pemain Negeri Sembilan asyik outkan bola bila pemain Kelantan injured :P. Cuma Ibu sedih dan terkilan tengok peminat bola Malaysia. Ada ke patut dok baling botol air mineral ke padang. Adehh. Kalau kena kepala silap-silap boleh mati tau. Sungguh tak bermoral. Kesian pemain asyik kena tolong amik buang botol ke tepi. yelah kang tergolek pula kalau terpijak.

Walaupun akan ada yang kata itu hanya segelintir orang yang buat. Tapi kalau Ibu orang asing dan tengok perlawanan tu, Ibu akan kata teruknya rakyat Malaysia. Huhu. Tak tau la nak kata apa. Harap selepas ni buatla peraturan, sapa baling barang ke padang kena denda ke penjara ke. Bolehke camtu?



9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Nigina said...

tulah sikap orang tak bertamadun.. pelik betull.. memang malu sungguh...

e.l.i.z.@ said...

gatal tgn kot..rs nk membaling bila ada benda kt tgn :P

Mama Zharfan said...

lambat lg la msia nak jd mentaliti kelas pertama mcm org2 kat UK ni..*sigh

Nad @ MamaZakwan said...

tak tau la nak kate..
nak kate tak gi skolah
rase2 1 stadium tu mak bpk diorg anto gi skolah..
hemm...

AshAnas said...

betul malu org luar tgk... sape menang piala malaysia takla jd topik hangat sedunia sgt... tp moral penonton malaysia ms tgk perlawanan bola sepak dan bila perlawanan berakhir, itu lah yg akn disampaikan ke seluruh dunia...

deena awanis said...

Mmg memalukan!!

peah @ peps said...

wah....babyibu..dah ada symptom2 kaki bola neh..

~~*Lady Salwa*~~ said...

tu la... beza sungguh penyokong bola sepak m'sia ngan luar negara...

yang dilarang tu jugak la nak buat... taksub sangat, tu yang payah tu...

Imaan09 said...

ibu..pada masa y sama dgn perlawanan piala mesia, astro sport pun siarkan 2 lg game live..bila tukar2 channel, SGT beza.. mmg nampak sgt penyokong malaysian kurang moralnya..isk, sedih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop