@ Tambah ASB melalui Cimbclicks

Monday, October 4, 2010

Hari tu dah cerita macam mana nak masukkan duit Tabung Haji dari Cimbclicks kan. Kali ni tutorial untuk masukkan duit ke ASB pula. Untuk sesiapa yang malas nak beratur masukkan duit tu. Charge RM1 je. Mula-mula log in http://www.cimbclicks.com.my/. Kemudian:

1. Klik ke tab Manage My Wealth (Oh kekayaanku - keke).

2. Pilih ASNB.


3. Add Favourite Account - masukkan nama, ic dan no ahli ASB anda. Setelah submit, perlu tunggu sehari dua untuk mereka approvekan permohonan kita. Boleh check status di View Account Status (Lihat gambar atas bahagian kiri - klik panel bawah Add Favourite Account tu).



4. Setelah permohonan anda diluluskan. Bolehla mula masukkan duit. Klik Subscribe.

Pilih account mana nak masuk (akaun sendiri ke anak ke)

Isi jumlah dan no telefon - jangan lupa klik agreement kat bawah tu ye. Then Submit. Juga ambil masa sehari dua untuk diluluskan. Boleh check status permohonon di View Subscription Status.



Dah buat beberapa kali. Siap pergi bawa buku ASB update untuk check (yelah walau orang IT tapi kena yakinkan diri juga - kot silap no akaun ke apa kan..huhu). Maklumat lanjut KLIK SINI!! Selamat menabung!!

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

mommyosh said...

klu dr maybanku2 takleh ke nk masukkan ke ASB ek..mmg mls nk pi bank :P

akmafaizal said...

wah..terima kasihle bagitau..bukan maslah malas nk beratur ke apa kat bank tu, bengang kadang2 sbb takde parking n system down je..huhu boleh cuba sat lagi ni.thanks again..:)

SEO Training kanpur said...

Hi,
This post is really a helpful sharing with have good advice.This article is really nice.

Ida_Iara said...

tqfor the info.dah cuba dah..via cimbclicks mudah juga nak menambah pelaburan ASB rupanya.. setakat kena caj rm1 tu ape sgt la klu nak dibandingkan kena byr parking dn minyak kete..tambah2 nak kena beratur pjg klu melalui kaunter.

SEO Training kanpur said...

keep it up this nice sharing.

Anonymous said...

Saya punya beberapa kebijaksanaan indah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop