@ Invitation to Peter Pan the Musical

Tuesday, November 30, 2010

Ibu dapat email last week berkenaan dengan jemputan ke Peter Pan the Musical. Wah sangat teruja. Maklumlah tak pernah pergi tengok musical. Excited nak bawa Ammar ke sunway Lagoon sebenarnya. Ibu pernah tulis entri berkenaaan dengan Peter Pan the musical DISINI. Musical ni akan berlangsung sehingga 2 januari 2011. Jadi bolehla bawa anak anda mengalamai pengalaman musical ni sempena cuti sekolah.


Em tapi malangnya. Tiba-tiba petang tu around pukul 5, Ibu dapat call. Ada hal keluarga yang perlu diuruskan. Makanya terpaksala cancel. Ralat sangat, nasib baik tak siap-siap lagi. Tapi nak buat macam mana kan. Family first. Rasanya ada a few bloggers yang pergi seperti AyuArjuna dan SecondTimeParenthood. Bolehla terjah mereka nak tengok gambar live di sana ya. Till then.

@ Dan pemenangnya..

Monday, November 29, 2010

Ramai tunggu ni. Inilah keputusan akhir daripada para juri yang dihormati. Tahniah pada pemenang!! Sila email nama, alamat dan no tel anda kepada babyibu@gmail.com.  Kepada peserta lain, tahun depan cuba lagi. Kita buat gempak lagi - kena cari ajk lebih ramai tahun depan. hehe. Terimalah pemenangnya...

Kategori Boys

Kategori Girls

 
Hadiah Misteri



P/s: Nak pergi meeting. Maklumat lanjut klik Azzamorro. Tahniah semua!!

@ Sekejap lagi...

Maaf hari ni kat ofis sibuk sikit..sekejap lagi akan diumumkan pemenangnya ya. Tengah tunggu keputusan akhir daripada juri. Tungguu!!!

P/s: Ramai dah email tanya ni tu yang kena buat pengumuman

@ Cuci gambar online dengan eoeonline

Saturday, November 27, 2010

Sejak zaman gambar digital ni memang liat betul nak cuci gambar. Tapi tulah, kalau gambar dalam lap top ni lama-lama lupa. Nasib tak baik laptop rosak terus gambar hilang. Huhu. Lagipun Tok Mama dan Grandma Ammar asyik suruh Ibu cuci gambar Ammar. Nak letak kat frame kata mereka. Maklumlah cucu sorang kesayangan.

Selalu Ibu akan cuci guna eoeonline. Ini entri Ibu pasal cuci gambar menggunakan eoeonline. So far servis die memang puas hati. Cepat dan kualitinya tip top. Sebelum ni pernah juga hantar kedai gambar Zoom ke apa. Sebab nak cepat la konon. Tapi gambarnya cerah sangat. Diorang edit la kononya. Huhu. 


Sejak tu memang Ibu guna eoeonline je. Murah pun murah. Harga hanya RM0.30untuk 4R dan RM0.50 untuk 5R. Kalau order lebih RM35 dapat free delivery. Kan senang. Selalu dalam 3-4 hari (hari bekerja) dah boleh dapat. 


Satu lagi kelebihan eoeonline ni ialah software Photo Express. Ibu kan sibuk plus Internet yang kadang-kadang sangat slow, nak upload gambar pun rasa nak menangis. Tapi dengan software Photo Express lebih mudah sebab boleh resize gambar online dan upload gambar banyak-banyak sekali. Jimat masa. Satu lagi kita boleh juga upload gambar di online photo album service. Jadi kalau jadi apa-apa kat lap top ke apa, ada jugala simpanan gambar-gambar kenangan anak-anak kita. 


Inilah interfacenya. Oklah korang. tengah pilih gambar raya tahun ni untuk dicuci. Khas untuk Tok Mama dan Grandma Ammar. Till then.

P/s: Nak cuci gambar juga? KLIK SINI!!!

@ " Abang Ade"

Friday, November 26, 2010

Selepas Ammar demam teruk sebelum Raya Aidiladha tu, Ammar dah petah bercakap. Demam nak dapat mulut kata orang tua. Tapi memang pot pet pot pet la bercakap. Selagi tak jawab atau iyakan memang Ammar akan ulang tanya. Memang comel budak-budak baru belajar cakap ni - dengan pelatnya, dengan ayat tunggang terbalik macam ayat omputih. Tapi time tengah tensen tu, bolehla menahan tak larat nak menjawab. Huhu.

Kalau malam weekend Ayah selalu keluar main bola. Bila Ammar tanya, Ibu cakaplah Ayah pergi work. Kalau mood tak baik Ammar akan menangis sebab nak ikut. Yelah selalu pagi Ayah pergi work Ammar ikut pergi rumah Grandmanya. Kalau Ammar dah cembeng, Ibu pun buat-buat la menangis. Ibu cakap nanti kesian Ibu tinggal toyang-toyang (sorang-sorang). Ammar nanti akan senyap. Kemudian die peluk Ibu sambil cakap "Abang ade, abang ade". Maksudnya jangan menangis, abang kan ada. Hmm sangat touching. Memang ada bakat nak ada adik dah ni. Hehe.


Anak Ayah

P/s: Ammar sebut 'a' jadi 'e'. Bukan e-emak tapi e-ekor. Makanya ada jadi ade, mana jadi mane, lupa jadi lupe. Tok cakap macam orang Perak pula dah. Hehe.

@ Top 20 Gaya Si Comel Berhari Raya

Seperti yang dijanjikan hari ni ialah keputusan Top 20. Tahniah!! Semua memang comel-comel belaka jadi sangat sukar juri buat pilihan. Jadi pemilihan more to 'gaya berhari raya'.  Sila semak ye...



BOYS









GIRLS









@ Hadiah dari ToteBoutique

Wednesday, November 24, 2010

Pengumuman:  Top 20 akan diumumkan pada hari Jumaat ni dan Pemenang akan diumumkan Isnin depan. Kepada yang tak tersenarai, sila tinggalkan link anda di entri senarai peserta tadi ya.

Sesiapa yang selalu baca BabyIbu mesti familiar dengan ToteBoutique ni. Ibu adalah peminat setia produk keluaran Kak As ni. Produknya kemas jahitannya dan cantik-cantik belaka. ToteBoutique juga adalah sponsor contest Gaya Si Comel Di Hari Raya. Hadiahnya dah sampai. Meh kita jengok sikit. 


Comel-comel hadiahnya. Maaf ambil gambar pakai handset sahaja. Kelabu asap sikit. 

Berbalik pada ToteBoutique ni, mari kita jengah apa produk terbaru rekaan Kak As ni. (Ibu cibet mesti korang tak boleh tahan punya - hehe). Berminat? KLIK SINI.

 Uncang


 Wallet (Ini Ibu geram ni)

 Wallet kecil
 Wristlet
Passport Cover

@ Senarai Peserta Gaya Si Comel Berhari Raya

Inilah senarai peserta Gaya Si Comel Berhari Raya. Harap semua boleh semak dan sekirannya tertinggal sila komen ya. Credit to Azzamoro.

Boys


















Girls 
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop