@ Alkisah Banjir

Wednesday, November 3, 2010

Jitra banjir besar lagi. Last sekali banjir besar adalah pada bulan Disember 2005. Alhamdullilah kawasan rumah Ibu tak naik air. Tapi kawasan yang rendah dan tepi sungai memang air naik rumah la. Ini ada gambar Ibu ambil di FB Ariff Ahmad.



Sekolah Ibu dulu

Takutnya tengok. Hari-hari call Mama update. Yelah takut naik air pula. Dahla Mama dan Abah dua orang je kat rumah. Rumah pula setingkat. Kata Mama jalan ke UUM dah tutup. Nasib baik tak terperangkan masa balik dari UUM kelmarin dulu. Jalan Changlun tak boleh lalu, tapi Abah balik ikut jalan Kodiang. Nasib baik boleh lalu lagi. Tu pun banjir la juga Kelisa tu. Nasib auto, kalau manual sangkut dah.

Bila tengok gambar banjir ni teringat banjir 2005 dulu. Masa tu bulan 12. Ibu nak kena register Master kat UKM. Memang sehari sebelum banjir besar tu, kami sekeluarga dah packing. Nak naik KL jalan-jalan pastu hantar Ibu kat UKM. Sekali esoknya banjir. Hujan tak lebat sangat masa tu, tapi dengar khabar empangan Thailand pecah. Empangan Kedah dan Perlis pun terpaksa dibuka. Tu yang semua air sungai naik dengan lajunya. Taman-taman yang tepi sungai habis tenggelam rumahnya. 

Memang berdebar-debar. Takut rumah naik air. Habis barang elektronik macam tv, pc dan lap top angkat naik store kat bumbung. Kalau air naik tinggi kami pasrah jelah. Kemudian ada pula kawan Abah orang Indonesia tumpang tidur rumah. Peti ais dahla sudah dikosongkan sebab nak pergi bercuti. Memang jenuh juga cari makanan time tu. Ada telur dan sardin jelah. Elektrik pun terputus, beli lilin. Bila nak beli lagi sekali, lilin lak habis, kena la beli lilin merah cina tu (sampai sekarang ada lagi kat rumah).

Lepas 2 hari, hujan dah berhenti. Air pun dah tak naik dan ok sikit. Kami pun tawakal nak bertolak juga. Sebab takut tunggu makin lama. Makin banyak jalan ditutup. Time tu jalan ke alor setar boleh redah lagi. So petang pukul 6.30 macam tu, lepas Abah hantar kawan Abah tu, kami pun bertolak. Air naik tapi boleh redah lagi cuma bila sampai kat area anak bukit tu agak takut. 

Masa tu dah pukul 8 malam (haha jauh tak dr rumah ke anak bukit dekat sejam lebih) - kena bawa slow-slow sebab kereta banyak dan jalan air naik. Kami lalu kat jalan anak bukit tu, air dari jalan sebelah mengalir laju macam sungai. Nasib baik kawasan perumahan belah kiri tu rendah, so air mengalir ke situ. Jalan sebelah kanan dah tak boleh lalu, tapi jalan kami air baru naik separuh tayar. Abah kata, ada kancil kat depan masih bergerak, so kereta kami mesti lepas. Memang semua senyap dan berdoa supaya lepas (Time tu kami semua 4 beradik ada). Takut sangat. 

Alhamdullillah dalam 100 meter lepas tu dah takde air. Abah call PLUS cakap highway boleh lalu. Abah pun memacu laju. Dengar berita malam tu PLUS pula ditutup sebab air mula naik kat Alor Setar pula. Memang kalau kami stay satu malam lagi, alamat tak berdaftar la Ibu. Huhu. Sebab tu kalau dengar banjir ni Ibu agak takut sikit. Phobia2. Semoga banjir di Utara cepat surut. Aminnn.

P/s: Kesian budak-budak UUM tengah konvo, banjir pula.

12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

nieda said...

teruknya banjir. harap2 cepat surutnya

Mama Zharfan said...

kat kelantan pun adik me kata dh start banjir...

BIONIC WOMEN said...

kami baru merancang nak balik kelantan arini, tapi ada kata ujan jer,so kena batalkan..takut ler x lepas balik kesini plak..lagipun ujan2 x best balik kg

Shahiran said...

Hmm.. teruknya banjir. Hujan baru mula je kan? Mesti kes longkang tak bersih semua nih.

kinna said...

dahsyat,kan..adik sy kt perlis pon hampir terperangkap.mujo dia blk penang awal.kalo tak stranded kt hostel.
ye ke klate banjir?br plan nk blk esok..huhu

mylittlerayqall said...

hye..jitra kat mana?kami pun nak balik kedah sangkut..dah beli tiket burn coz airport dah tutup..

Hezesuze said...

mmg teruk banjir kalinie...lagipun ujung tahun kan..nak2 pulak hujan..so weols harap kepada mangsa banjir supaya bersabo ye...dugaan ALLAH swt

Oyis said...

hubby ex-UUM, so bila dia tgk gmbr2 member post kat UUM masa banjir ni, mmg sayu dia kejap...

Aleyn said...

Rumah parents I 2 kali banjir...sampai rega umah kat situ pun turun dgn mendadaknyer...huhu...

BTW, sudi2lah join contest I yer

Na_i[K]siNaZ said...

akak,
kat perlis pun superb tinggi !
kami teperangkap tnpa mkanan!
seb bek JPA betindak awl...first time nih jumpe bnjir..
huhu

Dalin said...

isk.. iskk.. sekolah ku.. tenggelam terukk..

Dalin said...

katanya nak ada 2nd wave, sebb air di empangan penuh sgt.. nak dilepaskan adalah empangan pedu.. dan 2 empangan tak igt nama.. dan air di hatnyai pun nak dilepaskan.. sebab di hatyai dah 2 minggu banjir sampai ke tingkat dua hotel~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop