@ Ada apa dengan Uniqlo?

Monday, December 27, 2010

Pernah dengar pasal Uniqlo? Uniqlo ni kedai baju dari Tokyo, Japan. masa pembukaan hari tu agak besar-besaran la promosinya. Membuatkan Ibu teruja nak pergi (dasar tak boleh dengar sales kan - huhu). Tapi disebabkan Uniqlo ni jauh letaknya di area Bukit Bintang - kat bangunan Fahrenheit 88. Maka tak jadila plan tu.

Jumaat lepas, bawa abah, mama dan adik-adik jalan KL. Adik nak pergi Uniqlo tu. Dengan bantuan Garminku sayang, sampaila juga. Meh kita jengok ada apa dengan Uniqlo. 


Ammar with Maksu and Pak Lang 

 Inilah kedai Uniqlo tu. 

Ada dalam 3 tingkat rasanya. Banyak baju tebal-tebal. Sesiapa nak cari sweater tebal atau jacket ke memang sesuai la. 


Ni kawasan baju wanita. Harga? Harga die boleh tahan la juga.


Satu yang Ibu suka adalah jeansnya. Jeans die punya cutting cantik. Kualiti pun ok. Harga dalam RM120 ke RM180. Tapi Ibu beli yang sales jelah - dapat la selai dalam RM79. Okla tu kan bagi seluar jeans. Tapi cutting die agak kecil la. Saiz paling besar ada 30 - Ibu pun pakai 26 (patut 27 besar sikit tapi dah habis saiz - hehe).


Stoking pun banyak. Ingat nak beli sebab Ibu memang jenis tak tahan sejuk tapi sebab harganya yang boleh tahan maka tak jadi. Kalau tak salah ada yang sehelai RM35. Last-last beli jacket yang tengah sales - RM39. Boleh pakai p lab ye. Untuk Ammar? Err baju budak-budak punya tak de lagi ye kat Malaysia. Bagus- save duit Ibu. Keke.


Ini pula jeans bahagian lelaki. Harga pun dalam RM170. Tak banyak salesnya. Sweater dan jacket banyakla. Sempatla juga Pak Lang beli sweater dan baju lengan panjang. Untuk yang jenis stylo sikit tu berbaloi la pergi. 

Kesimpulannya? Bagi Ibu kat situ berbaloi beli jeans sahaja.  Oh ya, kalau nak cari baju, sweater dan stoking tebal-tebal pun ok la juga. Kalau sales la, kalau tak macam mahal. Better pergi Jusco je. Boleh tak gitu? Huhu.

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

CatlinaFly said...

ape yang beshnye baju2 uniqlo ye?mcm ade baca dlm paper tu ari..katanye sesuai dgn suhu bdn pemakai ke ape tah..huhu

isabelle said...

sama le kita. tinginnnn sgt nak pegi. tapi sebab tmpt yg jenuh mcm tu, rasa xjadi la.
haihhh..nak cari hadiah apa utk mrhubby nanti ye sempena dating anniversary?

LilYofDaPond said...

waahhh dh g ye.. dgr org cite pon mmg best2..saya lom sempat ar nk g..hukhuk..

Mama Zharfan said...

adess..sungguh mahal harga bj kat msia...risau plak tgk harga brg2--dh dekat nak balik msia ni

peah @ peps said...

uniqlo..bagi Cik Peah sangat simple..lebih kurang..smart casual gitu.

Cik Peah pun dah pergi:
UNIQLO: Version Cik Peah

org kata..skang harga tgh reduce...next year..harga akan up


Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang
Ice Room, Dataran Sunway, Kota Damansara

MamaYatie said...

tak biasa dengar..maklum la...jarang ke KL

Fana Flora said...

dulu masa pergi pavilion, tak bukak pun lagi uniqlo ni. ni tbe2 buat hati dan kaki rasa nak berjalan menerjah uniqlo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop