@ Akhirnya siap juga..

Friday, December 10, 2010

Kali ni merupakan pengalaman paling getir uruskan contest. Masa yang sangat tak mengizinkan. Dengan hal-hal study dan sebagainya. Nasib baik ada bantuan Azzamoro. Kalau tak mau tumbang or kena sumpah seranah dengan korang sebab lambat. Huhu. Mula-mula ingat tak nak buat dah dulu, tapi mengenangkan ramai yang tanya maka Ibu buat juga. Tradisi BabyIbu.

Banyak hal nak urus bila contest selesai. Pertama, nak uruskan hal dengan sponsor (kali ni pula sponsor banyak). Nak buat review dan email details pemenang. Yelah mereka dah keluar duit. Kenalah bagi layanan sebaiknya. Itupun ada lagi review belum buat. Tak sempat. Maaf sangat-sangat.

Kedua, hal pemenang. Nak kumpulkan semua alamat pun agak sukar. Macam sekarang still ada 3-4 pemenang lagi yang belum email alamat. Sebab ada sponsors nak semua details. Jadi kalau hadiah lambat dapat janganlah marah penganjur ye, penganjur kena tunggu semua bagi then bagi kat sponsors. Ketiga, hal hadiah. Kali ni hadiah banyak, jadi dalam sebulan ni, Ibu kena contact sponsors dan uruskan penghantaran hadiah. Ada yang Ibu kena pergi ambil, ada pos dan kalau voucher through email. Haa bukan mudah tau buat contest ni.

Itu kalau semua yang terlibat jenis tak banyak hal dan bertolak ansur kira okla. Kalau ada yang agak details tu ada lagi hal kena urus. Ini pun baru selesai sortkan hadiah ikut pemenang dan bungkus barang. Email dalam hujung minggu ni ye. Sebab tgh kumpulkan voucher. Harap semua sabar ye. 


Hadiah untuk anda - akan dipos secara berperingkat sebab tukang pos naik motor. Tak muat bawa semua. hehe.

Mungkin ada yang kata, kenapa nak buat juga kan? Rasa macam tradisi dan Ibu sangat suka boleh kasi hadiah kat orang. hehe. Hadiah best2 - Ibu tengok pun teringin. Apa-apa pun banyak pengajaran yang diperolehi. So untuk tahun ni, takde lagi lah contest besar. Contest kecil akan datang ya. Contest yang senang dan mudah untuk Ibu handle. Tunggu ya.

P/s: Thanks untuk semua sponsors yang terlibat dan juga pada semua peserta yang sentiasa menyokong BabyIbu. Muah2.

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop