@ Alkisah Beli Baju

Saturday, December 18, 2010

Semalam pergi Padang Besar, tak beli apa sangat pun. Saja pergi cari baju ultraman untuk Ammar. Kemudian masuklah kedai baju jual baju wanita. Cantik-cantik bajunya. Err gambar terlupa pula nak ambil sebab sibuk try baju sambil entertain ammar. Ibu beli dua helai baju. Tu pun habis baju dalam kedai Ibu try.



Adik Ibu kan berisi sikit. Selalu komplen kat Ibu pasal susah nak beli baju. Yelah nak cari saiz yang betul tak banyak. Adik Ibu kata jadi Ibu best sebab senang beli baju. Main ambil je sebab semua padan. Tapi kan, sebenarnya tak juga. Masa anak dara dulu memang mudah, maklumlah bolehla nak pakai baju saiz S kan. So memang kalau p kedai boleh amik-amik je - confirm semua muat.

Bila dah kahwin ni, fesyen pun terbatas sikit. Kena la cari baju yang besar-besar dan labuh. Rumah PIL pun sekangkang kera kan. Takkan nak pakai baju zaman glamer dulu. Tapi problem juga bila Ibu yang saiz S ni nak cari baju yang labuh dan besar. Bukan masalah tak jumpa baju, tapi masalah nak cari baju yang labuh dan besar tapi pada masa yang sama still nampak ringkas, moden dan tak nampak terlalu kurus. 

Bila kurus pakai baju besar-besar ni lagi la nampak sekeping. So kena la cari baju yang sesuai sikit. Dulu Ibu cari baju yang kena pakai inner tu. Tapi lama-lama malas pula nak pakai inner. Sekarang banyak beli kemeja labuh - tapi malas iron pula. Sekarang cari blouse yang ringkas dan labuh ala-ala korea. Tapi still susah juga nak cari - nak beli online tak berani sebab tak pasti dengan material dan rupa sebenar bila pakai.



Ingat orang berisi je ke susah cari baju, orang kurus pun susah juga tau. Err ada sesapa tau ubat kasi berisi? Huhu.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

senang jer..mkn byk² kompom cepat berisi lepas tue.

P/s: kina nie x nak berisi bOleh?

Qaseh said...

betul tu ibu...w'pun kurus tp sy tinggi jadi xdpt beli baju saiz s coz nnt nmpk tergantung w'pun muat. kenalah try dulu dan cr yg labuh2 skit.

Mama Zharfan said...

sgt best bila dpt shopping bj ;0

idah said...

tu la pasal kan..baju sekarang ni klu kecik mmg banyak...tp nk cari yang labuh susah...semua singkat nampak pusat..uhhuhu

Fana Flora said...

tak kesahlah orang tu badan dia kurus skit ke berisi ke, same je kesusahan nak cari baju. asal dah jumpa baju yang berkenan, mesti takde size yang sesuai kan..

baju online semua cantik2 kan. kat times square, sg wang byk baju ala2 korea. hehe

mungkin ibu ni orang yang tinggi metabolisme. sebab tu badan tak cepat berisi.

peah @ peps said...

sekapal la kite nampak gayanya...mission 2011..nak tambah berat badan sket..

cuba mkn multivitamin...Cik Peah makan Surbex...pharmacist tu kata..selain provide vitamins..dia top up selera makan..

New Entry: Tempat Makan Best Kat JB

pearl said...

alamak... kalulah boleh transfer lemak-lemak i kat u, memang i kasi free of charge..hehe

CatlinaFly said...

samalah kite..susah gak nak cari baju..kalau tshirt lengan pendek, nak kena pakai inner atau arm sleeves rtu lak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop