@ Alkisah Kerja

Wednesday, December 15, 2010

Semalam sembang dengan adik Ibu. Semester depan die last belajar. So kami bincang-bincangla die nak kerja apa. Ibu tanya apa keutamaan die. Katanya nak kumpul duit. Haihh budak-budak ni. Tapi yelah, mula-mula kerja mesti semua nampak nak duit je. Ibu pun bagitahula, jangan fikir nak duit je masa kerja. Kena tengok the big picture. Minat ke dengan kerja tu, masa depan kalau kerja tu ok ke dan security. 

Adik Ibu tak minat kerja kerajaan, nak kerja private sebab gaji lebih tinggi. Memang la betul. Tapi Ibu still rasa kerja kerajaan tu lagi selamat. Takdelah kes kena buang kerja ke apa. Walaupun gaji tak banyak mana, tapi lagi bagus. Ibu cakap, apply je SPA. Sambil tunggu tu bolehla kerja private cari pengalaman. Yelah, nak dapat SPA pun bukan mudah. Ikut rezeki juga. 

Die nak ambil Master. Ibu kata kalau kerja nanti ada keperluan then ambil Master. Kalau saja-saja nak ambil tak payah. Sebab ada sesetengah pekerjaan gaji tak beza pun ada Master ke tak. Lain la macam Ibu, memang kena ada PhD untuk jadi lecturer. So susah ke payah ke kena ambil juga.

Ibu pernah bersembang dengan FIL Ibu. FIL Ibu bidang akademik juga. FIL selalu nasihat Ibu. BIla kerja ni jangan kejarkan sangat pangkat dan duit. Yelah, bila kita kerja, kita mestilah nak buat yang terbaik, nak jadi pekerja cemerlang, nak naik pangkat dan gaji - rasanya benda ni akan ada secara semulajadi dalam naluri kita. Tapi kadang-kadang kita tak sedar, dalam mengejar semua tu nanti ada yang kerugian.

Contohnya kalau Pensyarah. Pensyarah sekarang kena mengajar dan buat research. KPI pun nak kena kejar. Kena publish la, kena present la. Lepas tu nak kejar naik pangkat lagi. Pensyarah Senior la Prof Madya la  Prof la. Kita akan sibuk dan masa banyak difokuskan pada kerja. Dan ya, akhirnya kita akan dapat apa yang diidamkan - jadi Prof Madya misalnya. Tapi bila tengok balik belakang, kita tak sedar yang kita mungkin buat kesilapan macam abaikan masa bersama keluarga dan kurang amalan agama.



Jadi akhirnya, walaupun duit banyak tapi tak bahagia. Apa gunanya kan? So nasihat Ibu pada adik Ibu, dalam hidup ni jangan nak kejar kesenangan je. Kita kena seimbangkan. Allah tu Maha Adil. Kalau gaji kita tak banyak mana, keperluan kita pun setakat itu sahaja. Orang kata besar periuk, besarlah keraknya. Lagi banyak gaji, lagi banyak belanjanya. Jadi kita haruslah bersyukur dan menikmati apa yang kita miliki. Insyaallah akan bahagia sentiasa. Aminn.

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

kinna said...

kerja yg paling selamat adalah makan gaji gomen. setuju ngn cdgn yana supaya adik keje private dl br join gomen.

Nieza Ishak said...

betul betul betul ..
walaupun nieza bukan lecture ...;)

Ayin Masliza said...

setuju sangatttt dengan ibu.... besar periuk, besar keraknyer... saya pun berkobar2 nak sambung study.. tapi bila tengok muka anak2.. tak sampai hati.. nak concentrate kat diaorg dulu.. pengorbanan seorang ibu.....

.m.u.n.i.r.a. said...

betul-betul!*angkat tangan*
kena seimbang dunia akhirat...
dan keluarga serta rumahtangga memang perlu di utamakan!

Diyana Zulkifli said...

hmm bila dah kawin,pd aku utk keselamatan..at least,salah sorang kerja gomen.hehe..

Fana Flora said...

persaingan nak cari keja pun bukan senang skrg. dlm byk2, brape kerat je yang kna pgil utk interview slepas di shortlisted kan..tapi tu semua rezeki masing-masing..
tak kesahlah kalau gaji banyak macam mana pun tapi kalau duit tak berkat, tetap rasa tak cukup kan..

~ Nina ~ said...

Salam ibu, nak tanye mcmane ibu bhgnkan mase study n family n house chores coz currently i'm having some difficulty doing it...tak bole nak balance..really need ur advice coz currently i'm also doing my phd :(

Oyis said...

bagus nasihat yana ni. kdg2 dlm mengejar sesuatu tu, kita slalu lose sight of what's more important. peringata utk saya jg

SYaMiLa said...

mmg keje ngn gomen plg selamat..tp tak semua bernasib baik kan..cam sya la...dh byk kali apply..tk dapat2..huhuhu...

apa2pun sya sokong pendapat yana...jgn telalu ghairah mengejar hal2 dunia...sampai lain2 hal yg penting dlm hidup diabaikan...

New Entry "Promosi Hebat Akhir Tahun – Semuanya PERCUMA"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop