@ Borong kasut di Leno Warehouse Sales

Monday, December 6, 2010

Di atas kesibukan minggu lepas, Ibu tak perasan pun ada Leno Warehouse Sales ni. Last sekali die buat ibu pergi tapi time tu ramai orang betul (entri review hari tu). Semalam lepas pergi market beli barang dapur, nampak banner die. Terus ajak Ayah singgah. Selamba pergi warehouse sales dengan tak mandi pagi dan pakai baju tidur. Hehe. Kali ni selesa sikit sebab orang tak ramai lagi. Meh kita tengok apa ada di sana.

 Khemah dan susunan barang sama macam tahun lepas


Orang ramai tapi acceptable lagi. Agaknya sebab bumbung rendah kot, sebab tu bila ramai orang jadi serabut. Kali ni masuk cuci mata dengan adik Ibu. Banyak la sikit tengok.

 Handbeg murah-murah. Adik ibu beli beg coklat tu RM14 je.


Paling banyak kasut. Elok-elok juga kasut Leno ni. Berkualiti dan lebih sedap pakai daripada Vincci. Paling best sebab harga murah giler. Start RM9 sampai RM20. Mula-mula takde niat pun nak beli kasut. Tapi sebab murah sangat dan kasut pun berbaloi nak beli. Ibu pun borong. Hehe.



Ammar yang tensen menunggu Ibu di luar. Kat situ ada jual magnetic board. Ramai la yang beli. Ammar pun sibuk la nak mainan katanya. Tapi kat rumah dah ada. Ibu pun belikan la stoking Mickey Mouse sebagai ganti. Kalau tak beli pape mau meraung sebab tensen tengok kakak dan abang dok main magnetic board kat sebelah die. Meh tengok hasil borongan:



Kasut untuk Ibu, Maksu dan Tok Mama. Harga semua tak sampai RM60. Berbaloi kan.? Leno Comfort tu sedap macam Bata punya comfort. Okla tu dengan harga macam tu. Lepas balik semalam nak update tapi tak boleh sebab ada problem kat Internet di rumah. Takpelah next time sales Ibu inform kay. Till then.

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

eRiNsZ said...

tetiber jer raser nk pindah kl .. huhuhu bnyak warehouse bule terjahhh

CatlinaFly said...

waaa..nape kat kluang tak ada????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop