@ Cinta dan pokok

Thursday, December 30, 2010

Cinta ni ibaratkan pokok. Perlu dijaga, dibelai dan dimanja agar ia tumbuh dengan subur. Andai kata pokok dibiarkan tanpa perhatian dan jagaan, nescaya lama-kelamaan ia akan kering, layu dan mati. Begitu juga dengan cinta ni.


Jatuh cinta memang bukan kawalan kita. Kita akan jatuh cinta dengan seseorang tu tanpa paksaan. Takdir dan jodoh penentuan Allah. Bila kita dah jatuh cinta, hati kita akan menjadi milik orang itu - sehingga ada juga yang tak tahu kenapala dia cinta sangat pada seseorang tu. Sebab tulah, contohnya kalau kes suami kaki pukul, penagih dadah atau kes bini garang dan queen control, orang lain akan terdetik - kenapalah sayang sangat kat orang tu kalau begitu sekali perangainya. Jawapannya? Tentulah sebab cinta. Bak kata lagu Sephia - kekasih sejatimu takkan sanggup untuk meninggalkanmu. (eceh siap ada lirik lagu)

Tetapi, bila kita dah bersama dalam tempoh yang lama, cinta tu haruslah dijaga. Bukanlah kata cinta tu bermaksud, si lelaki kena beli barangan berharga kat si perempuan. Tetapi sedikit tindakan yang menunjukkan yang kita beri perhatian kepada pasangan tu yang penting. Ibu bagi contoh suami isteri la. 

Sebagai seorang isteri, kerja di ofis, balik buat pula kerja rumah. Hanya Allah je tahu badan penat macam mana. Andai kata sesekali suami pulang bawa makanan kesukaan atau pun bila suami peluk atau kiss (untuk berkahwin saja tau) time nak tidur atau bila sesekali suami puji isteri cantik ke masak sedap ke - confirm hati isteri berbunga. Hilang penat buat kerja. Hilang tensen melayan karenah anak.

Sebagai seorang suami, kerja kat ofis penat dan banyak tanggungjawab nak tanggung. Andai kata isteri buat benda yang suami suka - contohnya kalau suami suka rumah kemas - usahakanlah vacume dan mop rumah tu kerap-kerap sikit atau suami suka isteri pakai cantik-cantik - kat rumah tu bersiaplah cantik supaya hatinya senang.

Benda-benda yang remeh ini umpama pokok yang disiram dan dibaja hari-hari. Ia akan menjadikan hubungan percintaan tu makin erat. Ada juga kata - kadang-kadang ada yang sanggup tahankan hati bersama pasangan walaupun pasangan tu garang ke tak bertanggungjawab ke. Semua tu sebab apa? Ya pastilah sebab anak-anak kan. Janganlah kita jadi begitu ye. Marilah kita ajak pasangan kita meraikan cinta setiap hari. tak banyak pun sikit. Tanpa cinta, hidup kita tidak bermakna.

Sekian entri jiwang di hari ini- heh.

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

mamawafiQ said...

suka la entry ni...yelah..kadang2 lupa nak baja pokok itu :) kui2

BIONIC WOMEN said...

wahh..sukerlahhhh..
entry jiwang tapi penuh pesanan..
betul aper ibu kata tu..saya setuju 100%

*azni* said...

suke la baca entry ni..menarik tertarik..

Fana Flora said...

jagalah cinta itu dengan sebaiknya jangan kotorinya. :D


kerana cinta, manusia bisa menjadi lemah. kerana cinta juga, manusia juga bisa menjadi kuat.

eceh~

Oyis said...

kdg2 lupa / malas nak bajai cinta, sbb penat, tp bila ingt cuba merajin2 kan diri kembali hehe

PS: teringat pokok kesum kat luar yg dah mati la plak kena frost hari tu adeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop