@ Peluang Untuk Anda..

Thursday, December 2, 2010

Ramai tanya Ibu, macam mana nak sambung belajar? Apa biasiswa yang ada? Maklumlah, kalau yang tengah bekerja tu, untuk berhenti dan belajar bukanlah perkara mudah. Yelah, mana nak bayar duit kereta, duit rumah itu ini. Peluang untuk dapat bisiswa bukan mudah dan nak buat pinjaman untuk sambung belajar bukanlah satu option yang bijak bagi yang telah berumahtangga dan ada tanggungan, betul tak? 

Alhamdullilah rezeki untuk semua yang berminat nak sambung belajar dan meningkatkan taraf hidup. Kerajaan sekarang menawarkan beberapa peluang dalam program My Brain 15. My Brain 15 adalah Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan Kementerian Pengajian Tinggi di Bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Program ini berkuatkuasa mulai 1 Disember 2010. 



Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini juga adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Menarik bukan? Sekurang-kurangnya yuran akan dibayar. Kalau berminat bolehla cuba minta dan tengok syarat-syaratnya di sini.

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Fana Flora said...

insya Allah nak cuba la apply. ada rezeki mana tau kan..

Anonymous said...

saya nak tanya, kalau pernah jadi research assistant (RA) lps tamat bachelor's degree selama 6 bln, then sambung masters. skng saya dh abes masters, nk apply myphd pulak, tp blom keje lg...so, saya dlm kategori "belum bekerja" (belum pernah bekerja slps tamat pengajian) atau "tidak bekerja" (graduan yg pernah bekerja tp telah berhenti b4 buat permohonan) ye? thx kalo jwb

Yana said...

rasanya belum bekerja lg sesuai kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop