@ Samsung Galaxy Tab

Wednesday, December 29, 2010

Hari tu kan Ibu dah tunjuk my new baby tapi tak cakap apa die kan. So inilah die. Samsung Galaxy Tab nama die. 


Apa benda ni? Err Ibu pun tak pandai sangat nak terang bab gadget ni - Ibu dapat dari sini.

Galaxy tab yang bersaiz skrin 7 inci (1024x600 WSVGA) ini menawarkan pelbagai ciri yang menarik. Dilengkapi dengan versi Android terbaru Froyo 2.2 dengan TouchWiz 3.0 dan sumber kuasa dari pemproses Cortex A8 berkuasa sehingga 1GHz dan RAM 512MBdengan kemampuan pemprosesan video dari pemproses PowerVR SGX540 dijangkakan dapat menyokong kebolehan pemprosesan aplikasi dan permainan 3D dengan sempurna. Di tawarkan dengan memori dalaman pilihan 16GB atau 32GB dan kebolehan tambahan memori melalui kad memori microSD sehingga 32GB, ia turut dilengkapi dengan kamera autofokus 3 Megapiksel dengan lampu denyar dan kamera pendua untuk kegunaan panggilan video. Selain daripada itu ia juga berkebolehan memainkan semula video bersaiz Full HD.Turut dinyatakan ialah alat ini menyokong aplikasi Flash 10.1 dari Adobe. Ciri-ciri biasa peralatan Android seperti Gyroscope sensor,Geo-magnetic sensor,Accelerometer dan sensor cahaya turut termuat didalam alat ini.

Ibu dah lama minta handphone yang Ibu boleh update blog secara live - demand lebih guna bukan reti sangat pun. Hehe. So baru-baru ni bila Maxis buat promosi, Ayah pun belikan kat Ibu - Thank to kawan Ibu - L**!! - sebab tolong belikan. Saiz die adalah macam ni:

Samsung Galaxy Tab yang tengah tu - sumber

Kemudian Ayah belikan cover Samsung Galaxy Tab - dalam RM50 - so kalau orang nampak ala-ala diari la sikit. Hehe.


So far baru guna gitu-gitu je sebab tak sempat nak belek. Apa yang best? Antara aplikasi yang Ibu suka guna ialah:



Jorte - ala-ala organizer gitu. Siap boleh sync dengan Google calendar lagi. Ibu memang suka bab-bab organizer ni. Satu hari habis dok belek benda ni je. Dok menyusun jadual kerja konon. Hehe. Tapi keje tak siap-siap juga - huhu.




Color note - Ibu buat list pasal kerja, pasal entri blog dan juga shopping list. Selalu Ibu merata-rata - asal dapat idea conteng kat buku - lama-lama lupa. Guna ni ok skit. Heh.


Documents To Go - Boleh baca dan edit mic office. Ibu boleh access file kat Google Document - tempat Ibu selalu backup keje2 Ibu. Senang kan?


Last sekali Blogaway. Ni untuk blog. Tapi tak cekap lagi guna. Andai kata entri Ibu tunggang terbalik tu - maknanya Ibu pos dari sini la. Hehe. Sambil tu tengah cari juga application best untuk post entri dari Samsung Galaxy Tab ni. Err panggil tab jelah kan senang?

Oklah nak siap-siap. ada janji ngan kawan nak kuar jap. Nanti Ibu try post entri dari Tab ye. Till then.

13 kawan BabyIbu berkata-kata..:

eT said...

eT pon ngah berangan2 samsung galaxy tab nih...
sok cuti2 ngan asben leh bodek2 beli seketul..hehe
maxis ke celcom yg ok?

BabyIbu said...

masa yana beli tu maxis promosi

tapi last check - celcom punya pn murah juga promosi die

liza said...

menariknya...berkenan gak:)..terus nak google lagi pasal tab ni

eT said...

tu la...ngah compare antara maxis ngan celcom nih..hehe

Anasfadilah said...

platform android memang best!try tengok Appbrain,banyak apps free!

BIONIC WOMEN said...

huhuhu..dah lama berminat, tapi lum berkesempatan nak beli..huhu

ibu_Arifa said...

chantiknyer..me pun tgh nak survey hp jgk nih.. asben nk kasi buat hadiah anibeseri aritu.

Mama Zharfan said...

part boleh berblogging tu yg paling beshhh hehehhe

AyuArjuna BiGoshh said...

nice nyer

LilYofDaPond said...

wow..smart n nice!!

Zuhaini said...

oh.. dia ni macam ipad ye..?

saya dah ada iphone.. so far saya rasa sangat bagus sebab saiz dia kecik dan boleh update blog dengan senang.. plus fb dan twitter setiap masa... sangat handy lah gadget2 ni! :)

Seowebtrick said...

I think samsung is a best product launcher platform with best features...

umiliza989 said...

harga berapa sis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop