@ Toy Box Untuk Ammar

Friday, December 3, 2010

Ingat tak Ibu cari toy box untuk Ammar kat entri ini? Ibu tak jumpa macam Ibu idamkan dalam entri tu tapi Ibu jumpa solutions lain yang lebihhh murah.  Kotak IKEA yang lama tu pulak Ibu simpan baju Ammar yang dah tak boleh pakai. Mari kita tengok apa ada untuk Ammar. Ibu beli 3 jenis. Dua dah dapat satu on the way. Inilah dua barang yang dah dapat. Kena pasang macam IKEA punya barang.


Meh kita tengok ada apa dalam die. Ini adalah ala-ala tangga kecil. Ibu letak tepi dinding supaya Ammar tak panjat ke mana-mana. Ammar suka duduk konon-konon kerusi la.

Bahagian atas pula Ibu simpan barang Ammar yang kecil-kecil macam kereta dan juga harta karun yang dapat dari McD dan KFC. Selalu letak dalam kotak besar Ammar tak jumpa nak main, so dengan adanya bekas ni Ammar buka je nampak plus lebih kemas. Harga RM89.

Kedua pula ada toy cart. Toy cart ni besar. Muat Ammar punya ultraman besar, gitar, raket badminton dan mainan lain. Aiseh gambar tak snap pula. Ibu letak gambar ni jelah ye. Semua mainan Ammar yang besar ibu letak sini. Harga die RM159. Mahal sikit tapi berbaloi sebab besar dan cantik. Material kayu tau.


Yang ketiga ialah caddy. Ibu beli untuk letak buku. Sangat comel dan sebab semuanya satu set - nampak sangat kiut dan ala-ala tadika. Hehe. Harga ini pulak RM39. Lepas pasang rasa puas sebab comel sangat barang-barang ni. Nanti Ammar besar sikit masukkan dalam bilik die. Baru betul-betul jadi tadika. Heh. Eh lupa pulak, kalau berminat just email babyibu@gmail.com. Ibu beli kat kawan ibu, kalau beli kat orang lain mahal sikit harganya.


12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

mirah said...

wah so tempting. Ini kalau dah pindah rumah sendiri esok baru boleh beli.. hihi

Diyana Zulkifli said...

weh cntiknye!!mcm tingin jg

BabyIbu said...

mirah - hihi - mmg tempting

donat - kalau nak roger awai2 - mgg depan tiqah balik aku pos kat die - jimat duit pos - hehe

lydzar said...

comel toy box ammar..

AppleCrux said...

salam,

mmg best lah semua tuh..mmg tempting..semua pun cute! Kalo order leh pos ke? ke kena pick up?

BabyIbu said...

wsalam

pos boleh cuma kos pos die banyak sikit sebab benda ni kayu. kalau boleh pick up lagi senang.

Mama Zharfan said...

comel!!

ummioked said...

comelnya..tapi rmh ruang agak terhad..so tgk je lah...

~ZuE~ said...

nti aku singgah Umah ko tgk dlu yg mn plg best hehe

Oyis said...

saya paling minat caddy tu la. menarik betul!

CatlinaFly said...

teringin juge nak beli toybox utk simpan mainan e-ein..tapi dia jenis suka panjat2 brg..so tangguhkan dulu huhu

Iela Fazielah said...

salam kenal...sy berkenan kat toy box yg mcm tangga tu.. mcm mana nak bl ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop