@ Wanita cantik selalu curang?

Sunday, December 19, 2010


Selalu kes curang ni terjadi bila satu pihak tu rasa pasangannya kurang beri belaian/nafkah (apa-apa keperluan atau kehendak) yang diperlukannya. Maka bila ada individu ketiga yang menawarkan apa yang pasangannya tiada, maka kalau kurang iman dan akal maka terjadilah kes curang ni.

Bagi Ibu dalam hubungan ni, kesetiaan dan kepercayaan itu penting. Masa mula-muka kenal Ayah dulu pun, Ibu pernah bagitau, Ibu sanggup bertolak ansur dalam semua perkara kecuali satu. Apa dia? Paham-paham jelah kan. Sensitif no. 

Em berbalik pada wanita cantik curang tadi.  Bagi Ibu curang ni takde melibatkan cantik ke tak cantik. Semua sama saje. Cuma mungkin ramai tengok artis sebagai contoh atau mungkin juga wanita cantik lebih berpeluang untuk curang sebab banyak choice? Hehe. 

Kalau lelaki pula macam mana ye? Rasanya lelaki yang tak handsome lagi banyak kes curang dari yang handsome - ni berdasarkan sekeliling Ibu masa zaman bujang dulu la. Sebab banyak kes perasan handsome lepas tu nak awek cun macam Siti Nurhaliza. Huhu. Apa komen anda?

12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

pearl said...

bile dah kahwin, perempuan cantik Allah uji akan datang lelaki lain dalam hidupnye. perempuan biasa-biasa Allah uji pula akan datang perempuan lain nak jadi madunye. uhuks. yang pastinya dua-dua Allah uji, doakan Allah tabahkan hati kita menghadapi setiap dugaan yang diberikan.

ytekecik said...

salam

betul apa yg paper tu ckp.. tp ada juga wnita kurang cntik curang juga.. lelaki ke permpuan sme je..
saya selalu berdoa agar kami dapat mengecapi kebahagian dunia & akhirat.. dihidari dari sifat curang.... & sifat2 yang boleh meruntuhkan rumahtangga..

Am said...

sama2 kena jaga kepercayaan masing2..mgkn la kut ekk..kalo cantik byk pilihan n slalu jadi tumpuan..kalo lelaki, x semestinya hensem..kalo poket tebal slalu org kejar huhu

Atia Adina said...

kalo iman kuat...tau apa yang dibuat tu berdosa...Insyallah...seorang pompuan tu tak kan curang....selalu kes curang ni...kes tak ikut perintah agama...pikir seronok dunia jer

MamaYatie said...

bak kata ibu, tak semestinya yg cantik tu curang kan! yg penting dlm hubungan kena ada persefahaman yg jitu,kepercayan pada psngn, komunikasi yg kerap & toleransi sesama kita..

mamafarhan said...

alahai....x semua yer mcm tu.

Ayin Masliza said...

tak setuju dengan tajuk artikel... wanita cantik memang selalu digoda.... bermacam cara.. terpulang pada individu itu sendiri... kengkadang kita tengok yang tak cantik pun ada curang kan...:P

ytekecik said...

tak kira la cantik @ tak yang penting hati kena jujur 7 ikhlas
kan kan kan.....

Drama Mama said...

hmmm...tak tahu lah..mungkin ya kot sebab bila dia cantik...ramai yang nak berdampingan even though tahu dia dah berkahwin.

tapi i pun rasa betoi la laki yang tak hensem ni banyak yang curang! wakakakka!

Fana Flora said...

kalau wanita cantik selalu curang, apekah lelaki kacak setia orangnya?

sebenarnya,sama je semua orang. sama ada nak curang atau nak setia. yang penting hati dia. kalau betul die sayang psgn dia, tntu dia xnk sakitkan hati orang yang dia sayang. ;)

lagipun kat dunia ni Allah bayar cash. what you give, you will get MORE back. kan?

CatlinaFly said...

gender bias statement?huhu kalau dah nak curang, cantik ke tidak bukan ukurannye kot..

رضا رمضان said...

شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة رش مبيدات بالدمام
شركة نقل اثاث بالدمام
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف بالاحساء

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop