@ Warehouse Sales

Friday, December 3, 2010

Bila hujung tahun ni banyak betul warehouse sales ya. Last two weeks, Pureen warehouse sales. Ibu tak pergi sebab ada hal. Tapi sempat pesan kat kawan minta tolong beli. Beli berus gigi, ubat gigi dan bekas air je. Dulu masa Ammar baby memang kemaruk sikit pergi warehouse sales. Sekarang dah kurang. Ammar pulak slim, baju setahun lebih pun muat lagi cuma singkat sikitla. Jimat-jimat.

Poney warehouse sales pun last week kalau tak salah. Pun tak pergi sebab bila baca review, ramai komen baju hanya banyak untuk budak 4 tahun ke atas. Lagipun hari tu baru belikan Ammar 3 helai baju Poney time sales kat Metrojaya.Ibu memang suka baju poney sebab kain die lembut dan sejuk tapi bila selalu beli dah takde design la pulak. Macam sama je. Huhu. Kena cari  brand lain la pulak pas ni. Brand apa ye yang kain elok dan harga pun tak mahal sangat ye? Kalau baju branded memang kain elok tapi harga mengalahkan baju Ibu. Sayang nak belikan, Ammar kecil lagi dan dengan keaktifannya, kesucian baju itu takkan bertahan lama. Huhu. 

Mydear warehouse sales pun baru lepas. Ibu tak pergi la since takde apa nak beli. Kalau pergi kang mesti beli punyalah. Tangan ni gatal sikit. Bukan boleh masuk kedai. Expo parenthood pula Ibu lupa nak pergi. Terlupa tarikhnya so melepas. Selalu suka je pergi tengok kot2 ada promosi pape. Kawan Ibu cakap MamyPoko jual RM20 je sepeket. Rugi-rugi tak pergi.

Next warehouse sales ialah Anakku Warehouse Sales dan Hytex Warehouse Sales. Dua-dua warehouse baju. Kemungkinan besar tak pergi juga kot. Tapi pada yang sedang menunggu kelahiran atau ada anak kecil (wah macam Ammar ah besar pulak ye) bolehla terjah. setahu Ibu, Anakku memang berbaloi pergi. Sebab murah-murah. Bermula hari ni sampai 5 Disember 2010.


Hytex pula Ibu tak pernah pergi jadi tak tahu sangat. Hytex warehouse selalu lama (dari 2 hingga 11 Disember 2010). Korang bolehla baca review kat SNSSales. Then decide nak pergi ke tak. Apapun kena berbelanja dengan bijak. Walaupun namanya warehouse sales tapi kena tengok dan bandingkan harga juga tau. Kalau rasa berbaloi baru beli. Sebab kadang-kadang times sales biasa pun boleh juga dapat harga yang sama jadi tak perlu la kita nak bersesak ramai-ramai. Kalau berbaloi, maka jomlah kita menerjah menyinsing lengan. Haha. Selamat bershopping!!


1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

iswatie "colours of life" said...

mcm menarik jer anakku warehouse tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop