Kalau korang perasan dua tiga hari ni post ala suam-suam kuku je kan. Ini adalah kerana Ibu dalam study mode. Aih bukan senang nak dapat mood nak study ni. Sejak kenduri adik hari tu, mood study dah ke mana-mana. Penat nak cari balik. Bila dah dapat ni, Ibu kena la maintain dan fokus betul-betul. Ibu tengah settlekan literature review untuk buat modelling. Lepas siap modelling lega la sikit. Dah boleh develop. Lepas develop boleh la tambah adik Ammar kena buat user testing. Akhirnya, writing. Chewah macam senang je bunyi. Nak buat modelling pun separuh nyawa ni. Keke.
Alhamdullilah Ibu dah dapat SLAB UM (Skim Latihan Akademik Bumiputra). Dulu Ibu dapat Skim Biasiswa UM (SBUM). Apa bezanya? SBUM tak attach dengan UM. Just dapat elaun bulanan dan yuran free tapi kalau SLAB attach dengan UM. Maknanya nanti lepas habis belajar kena kerja dengan UM - Insyaallah.
Disebabkan ada sedikit masalah dalam pertukaran bidang pengajian, kontrak Ibu dapat lambat sikit. Tapi takpelah janji dapat. Ha Ibu baru tau elaun belajar sekarang tinggi betul ya. Lagi banyak dari gaji tutor. So kawan-kawan, meh la ramai-ramai sambung belajar. Selain tambah pengetahuan, duit poket pun dapat. Cuma bab 'pecah kepala' tu yang tak tahan. Agaknya sebab tu la kerajaan bagi elaun banyak. Nak suruh tampung kos 'pecah kepala' - kata orang Permanent Head Damage. Hehe. Klah tah apa-apa dah tulis ni. Otak tengah kerah idea nak siapkan literature review. Till then.
P/s: Lagi satu jam tarikh tutp contest "Warkah untuk BabyIbu" - cepat-cepat mari join ye..
















.jpg)





























