Tahniah kepada Kelantan kerana pertama kali memenangi Piala Malaysia. Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan ialah 2-1. Ibu jarang tengok perlawanan bola, dulu rajin juga masa Kedah masuk final, sekarang dah kurang. Selalu teman Ayah tengok Arsenal lawan je. Ni pun layan sebab Ayah kan orang Nogori.
Tapi Ibu bukan nak komen pasal perlawanan, err walaupun hairan dengan tindakan pemain Negeri Sembilan asyik outkan bola bila pemain Kelantan injured :P. Cuma Ibu sedih dan terkilan tengok peminat bola Malaysia. Ada ke patut dok baling botol air mineral ke padang. Adehh. Kalau kena kepala silap-silap boleh mati tau. Sungguh tak bermoral. Kesian pemain asyik kena tolong amik buang botol ke tepi. yelah kang tergolek pula kalau terpijak.
Walaupun akan ada yang kata itu hanya segelintir orang yang buat. Tapi kalau Ibu orang asing dan tengok perlawanan tu, Ibu akan kata teruknya rakyat Malaysia. Huhu. Tak tau la nak kata apa. Harap selepas ni buatla peraturan, sapa baling barang ke padang kena denda ke penjara ke. Bolehke camtu?


























































