@ Connected Tots

Monday, January 31, 2011

 Sticky Entry. Ke bawah untuk lihat entri terkini.

Ingat tak entri Ibu pasal kepentingan hubungan antara sel otak (brain cell connection) tu? Brain cell connection ini memainkan peranan yang sangat penting dalam mempercepatkan keupayaaan pembelajaran anak kita. Rupanya nick name untuk brain cell connection bagi anak ni ialah connected tots. Connected tots ni kiranya budak-budak bijak yang Street Smart – yang tahu mengaitkan apa yang dia belajar untuk kegunaan sekeliling dia.

Masa Ibu dok Google pasal connected tots ni, Ibu dapat satu YouTube video yang menarik. Kenapa Ibu kata menarik? Sebab video ni sangat interaktif. Cerita die – ala-ala iklan kat tv tapi kita boleh klik jawapan die. Setiap jawapan yang kita pilih bawa kita le video yang lain. Menarik kan? Cuba korang try tengok.



Berdasarkan pilihan yang dia beri, Ibu suruh Ammar bantu Tania (budak dalam cerita tu) tolong Ibu dia. Ibu dah suruh Ammar buat. Suka die nak buat berkali-kali. Hehe. Siap cuba setiap pilihan sebab nak tengok apa jawapannya. Ammar pun “ooo..ooo” – tak pastila betul-betul paham ke tak. Hehe.


Sekarang tengah explore satu website Ibu jumpa. Tapi ini Ibu sambung entri lain ye. Rajin-rajin jenguklah www.connectedtot.com.my. Banyak info untuk kita sebagai parent dan ada games untuk rangsang brain cell connection anak kita.

@ Ayah Dah Balik!!

Sunday, January 30, 2011

Tadi dapat sms dari Ayah mengatakan Ayah sudah tiba di Airport.


Alhamdullilah Ayah dah balik. Dah dua minggu Ayah outstation. Sejak dari hari lahir Ibu hari sampailah hari ni. Tak sabar nak jumpa Ayah Rabu ni. Em ada sesiapa nak teka Ayah pergi mana? 

Siapa betul dapat hadiah misteri yang Ibu akan announce sekali dengan hadiah misteri vote Ammar. Erk sedara mara dan kawan2 rapat tak boleh masuk ye. Seorang boleh teka satu je tau. Hehe.

Klu? Em bukan dalam Malaysia :) Selamat meneka!!

@ Di Kampung

Saturday, January 29, 2011

Ibu dah kat Jitra sekarang. Biasalah balik raya. Hehe. Bertolak tengah hari semalam selepas solat Jumaat. Nasib baik perjalanan lancar. Alhamdullilah. Ammar pun baik je tidur dalam car seat die.


Kalau on the way to nampak signboard ni - rasa bunga-bunga dalam hati :)

P/s: Akan announce pemenang hadiah vote Ammar tu esok ya ;)

@ Alkisah Salam, A'kum, Semekom dan Bye

Friday, January 28, 2011

Dalam zaman teknologi ni semua nak cepat. Dulu ramai guna ringkasan A'kum bila bermsg/email. Bila dapat tahu tak sesuai digunakan, kita guna perkataan Salam pula. Bila baca email bawah ni barulah Ibu tahu. So nak kongsi dengan korang semua.



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom” bermaksud “Celaka Kamu. ”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

@ Pengumuman Sponsor BabyIbu Giveaway

Thursday, January 27, 2011

Sebab tema giveaway kali ni ialah beg kan makanya tentulah sponsor kali ni ialah




Last contest pun Tote Boutiques sponsor juga. Ni sayang sangat Tote Boutique ni. Oklah mari kita tengok apa hadiah yang disponsor kali ni:

  • 1 voucher RM50
  • 3 voucher RM30
  • 5 voucherRM10

Semuanya berjumlah RM190. Ha banyakkan. Voucher ini digunakan semasa membeli di Tote Boutique. Jadi keseluruhan pemenang untuk BabyIbu Giveaway Birthday ialah 10 orang. Banyakkan?.

Pengumuman Kepada Peserta

Terima kasih di atas sambutan yang sangat menggalakkan. Kepada yang dah hantar entry harap dapat buat sedikit tambahan berkaitan sponsor - sila semak entri BabyIbu Giveaway Birthday. Pastikan juga banner diletakkan ye (pening tau pusing blog cari banner dan check bloglist). Tak payah submit balik - Ibu akan mula semak entri lepas raya Cina. Good luck semua!!!

@ Terima Kasih

Semalam Ibu singgah blog Coffee Mama. Terharu bila ada letak BabyIbu dalam entri. Hehe.


Bila Ibu baca entrinya tu buat Ibu sedar yang dulu Ibu selalu letak info pasal anak kan. Sekarang dah kurang sikit disebabkan kesibukan sebagai pelajar. Insyaallah akan cuba curi masa untuk banyakkan entri berkualiti pasal penjagaan anak ni. Tungguu!!

Apa pun di kesempatan ni nak ucapkan terima kasih kepada semua reader yang sudi baca blog ini. Ibu cuba hasilkan entri yang beri faedah dan menarik untuk semua ya. Insyaallah.

P/s: Oh ya, kepada Coffee Mama. Welcome to blogger world! Semoga menjadi Blogger yang berhemah dan menghasilkan entri yang berkualiti :)

@ BabyIbu Giveaway Birthday

Wednesday, January 26, 2011

Seperti yang dijanjikan, inilah contest sempena birthday Ibu pada bulan ini. Maaf lambat announce. Agak sibuk kebelakangan ini. Oklah tak nak cakap banyak-banyak, meh kita tengok syarat-syaratnya.


Apa?

BabyIbu Giveaway Birthday

Bila?

Contest ni akan berlangsung daripada 26 Januari 2011 sehingga 25 Februari 2011
Dilanjutkan sehingga 5 Mac 2011

Hadiahnya apa?

Organize Anne yang bernilai RM 52 daripada BabyIbu Shoppe
9 voucher bernilai RM190 daripada Tote Boutique

Syarat-syaratnya?

  • Tampal banner di atas di sidebar blog anda dan link ke entri ini
  • Tambah  BabyIbu, BabyIbu Shoppe dan Tote Boutiquedalam bloglist anda
  • Membuat review mengenai contest ini dengan tajuk Win A Free Bag From BabyIbu!!! dan link ke entri ini (copy paste je pun boleh)
  • Dah siap semua, tinggalkan link entri anda dan juga email di sini
  • Boleh hantar banyak penyertaan - satu entri di kira satu penyertaan. Sekiranya anda hantar 2 entri - maka dikira dua penyertaan.
  • 10 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah








Kedai Gambar Kami

@ Untukmu Qistina Balqis Maisara

Ibu telah diundang ke Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara oleh Farah Rahim. Bila Ibu baca - Ya Allah - kesiannya si puteri kecil ini.


Dari apa yang Ibu baca, Qistina Balqis Maisara sekarang berada di HUKM. Ini pula maklumat Ibu dapat dari catatan Ibunya.

SUDAH HAMPIR 3 BULAN USIANYA..BALQIS HANYA MEMBESAR DI HOSPITAL..
Dilahirkan pada 16/10/10...pukul 4.30 ptg...di hospital seri manjung, manjung perak..
masalah kesihatan : jantung berlubang, cleft lips, masalah paru2
sama2 kita doakan utk baby balqis semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat..amin..sayang mama kena kuat macam mama jugak key..luv u sayang..

Ibu harap ibu dan ayah Qistina kuatkan semangat demi puterimu. Diharap kita semua boleh mengambil bahagian dalam usaha membantu keluarga ini. Sampaikan sumbangan ikhlas anda (tak boleh banyak sedikit pun jadila) kepada

AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764

Kepada yang tak mampu membantu dari segi wang ringgit, kita usahakan cara lain. Diharap anda sudi join Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara dan sebarkanlah melalui FB atau blog.

Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga ini dan sembuhkanlah puteri kecil mereka. Amin.

@ Ammar dan Baju Baby Gap

Tuesday, January 25, 2011

Emm Ammar memang ada banyak koleksi Baby Gap ni. Sebab Ibu suka material die yang sejuk dan sedap dipakai dan tambah lagi design yang comel-comel. Ini gambar Ammar pakai baju Baby Gap die. Sila abaikan posing Ammar yang konon-konon ala America's Next Top Model tu ye. Huhu. 

 Pergi jalan-jalan kat the Curve. Pakai dengan jeans pun cantik.

 Ladybird

  Ni Ammar pakai saiz 3T

Ni pulak saiz 2T

Comelkan baju-baju die. Nak pakai jalan malam-malam pun cantik. Sesiapa berminat boleh cuci mata kat bawah ya. Harga ni lagi murah dari masa Ibu beli baju kat Ammar tau. Ada 3 batch - Baby Gap Pyjama, Baby Gap 3pc (untuk baby) dan Baby Gap Skirt - boleh campur untuk dapat harga lebih murah. Berminat just email babyibu at gmail dot com.

Baby Gap Pyjama (Panjang) - Dijangka terima hujung bulan Jan

Harga (tak termasuk pos)
1 set = RM 25
3 set ke atas = RM 23 per set
5 set ke atas = RM21 per set
D121

4T - available

D1252

4T - available


D1257

5T  - available


D1259

18-24month - available
3T - available

D1273

18-24month - available
4T - available

D1295

3T - available


D1232

12-18month - available

D1253

18-24month - available
4T - available

D1230

3T - available


JC252

18-24month - available
2T - available
3T - available


D1291

12-18month - available
4T - available


D12114

12-18month - available
18-24month - available
2T - available

Baby Gap Pyjama (Pendek)

D1278

12-18month - available
18-24month - available
2T - available
4T - available

D1286

12-18month - available
4T -  available

D12109

12-18month - available
3T - available


JD032

18-24month - available
5T  - available

Baby Gap 3pcs (Romper, Pant, Hat) 2way wear - Dijangka terima tengan bulan FEB

Harga (tak termasuk pos)
1 set = RM 28
3 set ke atas = RM 26 per set

DB002

18-24 M - Available

DT002

3-6 M - Available

DT006

6-12 M - Available

DT010

3-6 M - Available

DT011

3-6 M - Available

DT012

3-6 M - Available
6-12 M - Available

DT013

3-6 M - Available
18-24 M - Available


Pre-Order Baby Gap Cantik - - Dijangka terima tengah bulan FEB
Harga (tak termasuk pos)
1 set = rm26
>3 set = rm24 per set
>5 set = rm22 per set


Code: EL001

4T (available)


Code: EL002

18-24month (available)
 4T (available)
5T (available)
6T (available)


Code: EL003

4T (available)
5T (available)



Code: EL004

4T (available)
 
5T (available)


Code: EL005 

18-24month (available)
 3T (available)
4T (available)
5T (available)


Code: EL006

6-12month(available)


3-6month - (available)
12-18month - (available)


Code: EL010

6T (available)

Payment
1. Need to pay 50% deposit while ordering
2. Full settlement, once items ready

@ Tolong 'Like'

Monday, January 24, 2011

 Sticky Mode Sampai Pukul 12 Malam Ni. Sila ke bawah untuk entri Terkini.

Semalam terjumpa laman web Babymanja ni. Ada contest rupanya- klik sini kalau nak join. Tapi hari ni last 25/1. Sape nak masuk sempat lagi. Tapi ramainya masuk. So nak memeriahkan keadaan, Ibu pun join la. Hehe.

Harap korang sudi 'like' gambar Ammar kat link bawah ni ya - Hr ni last nak vote - Tq

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=188444441175383&set=a.187839407902553.48494.152878094732018

P/s: Siapa yang sudi like tu tinggalkan komen kat sini ya. Nanti Ibu buat 'lucky draw' hadiah special.


@ Kat luar tu..

Kat luar tu
Pokok dah mula bergoyang ke kanan dan ke kiri
Kat luar tu
Petir dah mula sambung menyambung
Kat luar tu
Guruh dah mula berdentum-dentum
Kat luar tu
Angin dah kuat
Menderu-deru bunyinya

Itu tandanya apa?
...
...
...
...
..
..
..
.
.
Tanda hari nak hujan lebat!!!

Maka nak kena offkan semua plug ya kawan-kawan. Sebelum tvku rosak macam haritu. Huhu.

P/s: Kenapalah kalau kat sini bila hujan macam bunyi puting beliung pun ada. Takuttt. Bergegar sliding door ni ha. Huhu.

@ Jangan Lupa!!

Jangan lupa sertai BabyIbu Top Commentator dan Top Referrer - Ringkasnya BabyIbu TC&TR bulan Januari.


Hadiahnya ialah:



P/s: Stok sedia ada kelambu moden tinggal 3 biru dan 4 pink sahaja. Nak tempah KLIK SINI!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop