Ramai tanya macam mana Ibu compile gambar cantik-cantik. Mereka ingat Ibu guna Adobe Photoshop. Em walaupun Ibu ni budak IT tapi Ibu tak pandai guna Adobe Photoshop tau - keke - malas nak explore sebenarnya. Kalau dulu Ibu guna Paint je. Tapi sekarang dah mudah - guna Photoscape.
Apa benda Photoscape ni? Photoscape ni software yang kita boleh guna untuk edit gambar. Sangat mudah. Drag and drop je. Nak letak tulisan kat gambar boleh, nak letak gambar banyak-banyak dalam satu page boleh, nak edit kasi cerah ke kasi hitam putih pun boleh - pendek kata macam-macam bolehla. Pendek kata, kalau sekadar keperluan untuk berblog - sudah cukup lengkap.
Ok tak mau hurai panjang-panjang. meh kita belajar compile gambar.
Ini muka depan die. Boleh pilih function apa kita nak guna - print screen ke nak edit gambar ke - untuk kali ni kita klik Page.
Kemudian akan keluar page ni. Nampak tak belah kanan tu ada banyak template. So pilih satu yang berkenan - bergantung nak letak gambar berapa- dua ke 4 ke 10 ke.
Kemudian, pergi menu belah kiri untuk pilih folder yang kita simpan gambar. Bila klik dia akan buka semua gambar yang ada dalam folder tu. So kita just perlu drag and drop saje.
Selepas drag and drop semua gambar. Anda boleh pilih nak letak frame.Ada banyak pilihan frame. Ibu pilih ala-ala photo gambar. Then Ibu tambah tulisan (pilih menu object). Kemudian jangan lupa save.
Taraa. Dah siap. Cantik tak? Mudah saje kan? Siapa nak guna just pergi laman web die dan download. Free aje - KLIK SINI!!
P/s: Alang-alang tu jemputlah ke BabyIbuShoppe ye - :)


















9 kawan BabyIbu berkata-kata..:
me pun guna gak :)
teringin nak belajar adobe photoshop..
sbb kalau nak join contest nuff, memang nak kena ada editing skills yg cun! photoscape sgt basic..
senang kan. tapi yelah kalau nak yang double layer ke atau canggih2 adobe photoshop still the best!! eh MZ bila viva ye? Good luck!!
bagus nih,,saya memang guna photoscape tapi reti yang asas je.. dapat belajar benda baru jugak nih.
Latest Entri :
Iklan Nuffnang Mencantikkan Blog
mmg senang n mudah dgn photoscape.. sy pon guna jgk..
Tq yeah... br jer donlod. nak try lak pasnih :)
macih2 babyibu..sudah di donlod pun =) hehe..sangat suka edit mengedit pic ni..ade lagi share lagi eh..thnx;)
eily pun skang tengah membijakkan diri dalam potoscape ni..hehe/
budak barui belajar ler katakan
photoscape+ picasa memang mudah...kalau setakat utk berblog, guna photoscape memang menjimatkan masa!
lisa pn guna photoscape ni..hemm..simple n senang gunanya...huhuh
Post a Comment