@ Mimpi Ngeri

Saturday, January 8, 2011

Pagi tadi Ibu mimpi ngeri. Antara mimpi paling menakutkan Ibu pernah mimpi. Ibu mimpi Ibu gaduh dengan Ayah. Ayah time tu macam takde perasaan je kat Ibu. Ibu pun tanyala kenapa. Gaduh punya gaduh - tak ingat pula details. Ayah cakap Ayah tak sayang Ibu lagi. Ayah kata bila Ayah cakap "ayah sayang ibu" pun rasa macam nak mati. Ya Allah hancurnya hati.


Kemudian Ayah packed baju - macam nak keluar rumah. Ibu dah menangis-nangis. Ibu tanya Ayah, Ayah ada perempuan lain ke. Ayah angguk. Kemudian Ayah keluar rumah. Huhu. Serious macam real. Siap dalam mimpi tu boleh terfikir, harap-harap ini mimpi. Kemudian Ibu terjaga.

Oh nasib baik mimpi. Ibu terus kejut Ayah cerita. Hug Ayah sambil nangis-nangis - oh memang drama queen kan? Huhu. Ayah gelakkan je. Ayah siap tanya - time tu anak ada berapa? Ibu cakap ada dua. Ada baby sorang. Pastu ayah tanya pula. Baby tu boy ke girl. Ibu kata tengah gaduh mana perasan. Pastu boleh pula tanya time tu Ayah kerja company mana? Tah-tah ayah packed sebab kena outstation. Huhu. Boleh pulak ye.

Hmm takutla mimpi camtu. Ayah kata tula tidur tak basuh kaki. Ayah janji tak buat macam tu. Ammar sampai terjagala akibat drama di pagi hari ni. Huhu. Ya Allah jauhkanlah perkara begitu dari keluarga kami. Amin. 

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

amataresu said...

Org kata mimpi selalunya akan terbalik dgn realiti...
Klu mimpi gaduh maknanye akan bertambah eratla kasih syg...
ayah pack barang tu sbb nk bwk famili p makan angin gamaknye >_<

kinna said...

memang mimpi ngeri..

Mama Zharfan said...

mainan tidur ajer tu :) no worries ok :)

Qaseh said...

hmm..mimpi oh mimpi...

tp kalo xmimpi xbest pulak kan

Awok's Kiter (SyaAz) said...

Salam Yana,
~huuuu saya pon baru jer termimpi yang sama. siap mr hubby halau keluar lagi...dengan anak2 yang terpaksa dikendong... xciter pon kat hubby takot kna marah. selalu dia akan kata 'tu lah duk pk yg bukan2 lagi...'. makan hari jugak asyik duk takut nak tdo takut2 mp yang sama lagi.

semalam (jumaat) kat wanita hari ini ada ustaz tu kata. kalau kita mimpi n mimpi tu buat kiter terjaga tengah malam cepat2 amik wuduk n amik tafsir quran. sambil tutup mata, bukan n tunjuk kat mana2 bahagian tafsir tu. buka mata tgk ayat ,mana n baca tafsiran ayat tersebut. InsyaAllah tu lah petunjuk dariNYA...

saya skarang dah jarang tdo mlm sbb kerja. 'siapkan tempahan customer'...

AyuArjuna BiGoshh said...

hehe..tido kena basuh kaki...

nurulazham said...

huhu...mcm real gitu!
nurul pun penah mimpi hubby nak kawen lain n hubby pon penah mimpi sy kawen lain..hehehee...

CatlinaFly said...

ni mesti bgn terkujat..mimpi sy lak, selalu mimpi bgn pagi kul 8pagi!giler lmbt nak gi keje!pastu bgn je terkejut, tgk2 baru kul 6 pagi huhhuhuhuh

Le Chevalier said...

ayah nk tau samada time tu dah join company iperintis ke belum....huahuahuahua

BabyIbu said...

Le Chevalier - haha. kalau join korang bersatu semula lah ye. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop