@ Nak Anak Bijak?

Saturday, January 22, 2011

 Entri Melekat. Sila ke bawah untuk entri terbaru.

Pejam celik pejam celik Ammar dah masuk 3 tahun. Semakin hari semakin banyak akalnya. Walaupun Ibu sibuk, Ibu tetap luangkan sebanyak masa yang boleh untuk mengajar Ammar. Contohnya Ibu selalu nasihat Ammar supaya kena hormat buka dan tak boleh pijak buku. Tapi biasalah budak-budak ni kan. Tapi ada sekali tu pergi rumah kawan Ibu. Budak tu pijak dan gigit buku. Ammar siap cekak pinggang dan cakap, “No, jangan. Tak bulih pijak buku!!” – dengan garangnya. Hmm faham rupanya selama ni. 

Satu lagi, bila gelap kan, kita mesti cakap “eh gelap ni buka lampu. Nanti sakit mata”. Satu malam tu, kami dah nak tidur. Lampu semua dah tutup. Tapi Ammar masih nak main. Ibu pun cakapla. Ammar tidurla – kan gelap ni. Ammar pun kata “oo gelap –buka lampulah”. Terus pergi tekan suis lampu tidur. Pastu Ammar kata “Dah tak gelap dah Ibu, Abang dah buka lampu”. Huhu. Karenah-karenah Ammar ni buat Ibu teringat yang Ibu pernah terbaca dulu yang masa anak-anak kita kecil nila kita perlu maksimakan penggunaan otak. Dah tua macam Ibu ni lambat dah. Huhu.

Bila Ibu Google pasal ni barulah Ibu tahu yang rupa-rupanya penggunaan otak ataupun hubungan antara sel otak (brain cell connection) adalah perkara yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran anak kita. Pembesaran otak bermula dari ketika kandungan, tetapi masa dilahirkan hubungan antara sel otak tu hanya sikit. Sebab tula masa bayi tak banyak reaction yang mereka tunjukkan. Mereka just menangis. Jap Ibu tunjuk gambarnya.


Lihat perbezaan sel otak kanak-kanak. Ibu baca satu artikel daripada Ruth Liew – katanya mengenai brain cell ni:

A child is born with 100 billion brain cells. But the number of brain cells does not determine learning ability. Connections do. Interconnected pathways between cells allow a child to connect one thing to another, enabling him to make sense of the world around him.

Sekarang barulah Ibu faham – sebagai Ibu kita kena merangsang hubungan sel otak ni untuk anak kita mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan kreatif. Bila fikir-fikir betul juga. Macam Ammar sekarang kan dalam proses belajar benda baru – jadi kita perlulah tingkatkan brain cell connection ni agar Ammar boleh adapt dengan dunia sekeliling. Contohnya macam dulu Ammar pernah guna baldi untuk panjat pagar masuk bilik Ibu. Maknanya dia boleh connect antara penggunaan baldi as tangga untuk panjat pagar tu.


Macam mana nak tingkatkan brain cell connection ni? Benda ni melibatkan dua benda. Satu adalah rangsangan daripada pembelajaran yang berterusan dan satu lagi adalah daripada pemakanan. Nutrient yang membantu meningkatkan brain cell connection ni ialah Gangliosides. Gangliosides ni membantu meningkatkan hubungan sel otak di mana ia akan mempercepatkan pembelajaran.

Oh ya lagi banyak sel yang dihubungkan lagi cepat pembelajaran berlaku. Sel-sel otak yang tak dihubungkan lama-lama akan hilang. Rugila macam tu kan. Ibu akan cuba find out lagi pasal brain cell connection ni untuk Ammar. Yelah kita bukan nak anak kita pandai secara hafal je – Book Smart tapi kita nak anak kita pandai gunakan ilmunya dalam kehidupannya – Street Smart. Tak gitu?

16 kawan BabyIbu berkata-kata..:

YAYA AZURA said...

kena banyak berkomunikasi dgn anak kan ?? tu lah yg merangsang otak..

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

wah info yg baik utk para ibu..tq kak...anak2 mmg cepat blaja bila cukup rncgnnya...hehehe...anak lisa pn sama...aktif jer..nk marah xlh sbb dia tgh blaja bnda baru kn...

Sharinginfoz said...

encourage anak untuk berfikir bagus juga

AshAnas said...

best info ni yana, thanks for sharing...

ibu MZW @ farah idayu said...

good info..suka..suka =)

sarah kalam said...

hye ibu,salam..
susu fm yg ank kite ambil bole mbntu ke..for ex,anmum kn with gangliosida..
ibu,nti da tau share ok..tq..

Nurul Aziyana@Ummu Husna said...

"lagi banyak sel yang dihubungkan lagi cepat pembelajaran berlaku. Sel-sel otak yang tak dihubungkan lama-lama akan hilang"
hehehe ayat mcm dlm iklan susu kt tv ar ibu...erm topik yg menarik!

Nora said...

saya practice gak cara ni, communicate dgn dia, tunjuk brg dan bagitau apa dia, ransang imaginasi dia... skang no 1 dah masuk 6 tahun, his way of communicating macam orang tua ( kata tokmak dialah) ... :)

BabyIbu said...

Yaya Azura - itu salah satu cara. Kita kena banyak expose anak kita dengan benda baru.

MamaRaisya - tenkiu. Yup sekarang dioarang mmg tgh dalam proses belajar benda baru dan explore persekitaran. So kita kn support.

Sharinginfoz - yup that is a very good idea

Ashanas & farah idayu- sama2 kasih

Sarah Kalam - gangliosida ni ada dalam susu ibu dan juga fm. mcm yana bgtau ada dua cara -dari segi rangsang aktiviti dan juga nutrient. Jadi fm yang ada banyak gangliosida memang salah satu caranya kita nak merangsang brain cell connection ni.

nurul aziyana - ha betul2. macam dalam iklan tu la.

*∽ IZAN ∽* said...

setuju pendapat tu.. budak2 bukan saje kena book smart.. tapi street smart pun penting gak nak survive hidup di masa akan datang.

Anyway bagus info ni.. bila anak dah makin besar dan makin bertambah dah makin lupa nak baca semual info2 cam ni huhu

Huda said...

2 way communication bagus supaya anak x confuse..and mesti tunjuk bfore kite boleh arahkan mereka :)

Mama Zharfan said...

thanks for this informative entry :) semua ibu ingin the best for their kids kan :) kena ada effort even if our kids are gfited or talented pun :)

yantz-yeem said...

bagusnya info nie...ibu2 patut peka kan pasal hal2 gini...

MamaAiman said...

saya suke entry ni, thanks for sharing..kene mula dari awal ni :)

AyuArjuna BiGoshh said...

informasi yang bagus ni

Slimmingbeauti said...

Ibu-ibu kalian, boleh juga 'check out' produk untuk meningkatkan daya ingatan anak-anak puan di sini. http://slimmingbeauti.mikross.com/product.php?id_product=25
Semoga perkongisan ini boleh memberkati anak-anak kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop