@ Review Azam Tahun 2010

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru semua. Pejam celik pejam celik dah pun masuk 2011. Umur makin naik, anak pula makin besar. Em oklah tak nak bebel lagi mari kita review azam tahun 2010 Ibu dan lihat apa azam Ibu tahun 2011 ni. 



Keluarga

Tahun 2009 Ibu telah membuat pilihan untuk mementingkan keluarga daripada kerjaya dan alhamdullilah Ibu rasa Ibu membuat keputusan yang betul. Ibu dapat spend masa yang lebih untuk Ammar dan Ayah (No more bibik-bibik). Ibu juga dapat mendidik Ammar dengan lebih baik.
Tahun 2010 Ibu berazam untuk menjadi lebih baik lagi. Ibu kena lebih bijak aturkan hidup dan kena ajar Ammar lebih berdikari dan kurang manja. Ini penting sebagai persediaan Ammar sebagai big brother nanti (err nanti tau bukan sekarang..huhu).

Review Ibu dah belajar nak aturkan hidup. Dah boleh aturkan antara jaga keluarga, pastikan rumah teratur, blogging dan juga belajar. Tapi bab Ammar manja tu belum berjaya lagi la. Huhu.

Tahun 2011 Ibu berazam nak bagi adik baru untuk Ammar. Hehe. Tapi hujung-hujung tahun la sebab nak settlekan PhD dulu. Ibu juga nak jadi isteri dan ibu yang lebih baik - ni azam standard la kan. Heh. 

Kerjaya/Belajar

Tahun 2009 Ibu bekerja dan mula sambung belajar. Atas sebab di atas Ibu telah ambil keputusan berhenti bekerja dan fokus pada belajar. Mula-mula susah juga (yelah takde duit masuk bulan-bulan kan) tapi alhamdullilah Ibu dapat biasiswa skim biasiswa UM dan hidup shopping dapat diteruskan seperi biasa..keke. Pasal study, Ibu masih struggle untuk bahagikan masa kerana sangatla susah untuk belajar di rumah sambil menjaga Ammar yang sangat baik. Huhu.
Tahun 2010 Ibu berazam untuk lebih fokus pada study. Tak boleh main-main sebab Ibu nak habiskan paling lewat pada hujung tahun 2011. Chayokk Ibu!! Oh ya, Ibu juga ada minta Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), harap-harap ada rezeki dapat. Aminn (doakanlah ye).

Review Alhamdullilah. Berkat doa, Ibu dapat SLAB/SLAI. Ini juga bermakna lepas ni Ibu akan attach kat UM. Kira dah terjamin sikit la kerjaya. Pasal belajar, Ibu dah lebih fokus dan alhamdullilah progress study Ibu meyakinkan. Walaupun masih juga struggling nak fokus study, tapi sekarang Ibu dah dapat semangat berkobar-kobar. Oh ya, planning juga penting. Ibu sentiasa planning apa kena buat setiap hari supaya Ibu tak ralit sangat.

Tahun 2011 Ibu kena lebih fokus untuk writing sebab budget tahun ni kena siapkan juga at least 80%. Chayokk!! Oh ya tahun ni budget at least 2 jurnal - yehaaa.

Kewangan

Tahun 2009 banyak duit habis buat rumah. Yelah nak masuk rumah baru (yang sampai sekarang tak masuk-masuk lagi). Petama kali dalam hidup Ibu rasa tak berapa nak ada duit. Maklumlah lepas tu berhenti kerja pula. 
Tahun 2010 kewangan dah kembali stabil (duit biasiswa dah masuk) dan Ibu lepas settle rumah (tinggal beberapa benda sahaja lagi) kembali nak menambah tabunganku di ASB yang sekarang hanya dipenuhi dengan duit Ammar. Huhu.

Review Alhamdullilah tahun ni rezeki murah. Selain duit biasiswa, duit blogging pun Ibu dapat juga. Tahun ni duit blogging daripada Nuffnang, Google Adsense dan iklan mencecah RM2k. Bolehla untuk blog kecil-kecilan macam BabyIbu nikan. Oh ya - kami dah masuk rumah. Alhamdullilah juga semua hutang rumah sudah hampir settle - tinggal sikittt je lagi lepas tu legaa.  Oh ya Ibu juga dah mula bergiat dengan online business kecil-kecilan. Sila la terjah BabyIbu Shoppe kalau sudi ye. Tiba-tiba lak minat tapi tak serious sangat sebab kena fokus study.

Tahun 2011 Saving saving saving. Juga berminat nak kembangkan online business. Dah ada projek kecil-kecilan. Teringin nak jual handbag/wallet dari US (Ibu ni bagholic). Kalau dapat direct tukang beli kat sana kan best? ada sesiapa belajar kat sana berminat nak jadi partner? hehe - kalau sv ku baca mau kena sekeh ni

Blog

Tahun 2009 Ibu agak aktif dengan contest (Giveaway Gin&JacqieGiveaway leanalittleshopNeoGeo GiveawayTop commentator, dan Si Comel Berbaju Raya ) dan berusaha untuk post entri lebih daripada sehari sekali. Alhamdulillah rezeki murah ada dapat duit daripada Nuffnang dan Google Adsense (lepas la nak bayar broadband Celcom tu). Dapat juga hadiah daripada contest-contest anjuran blogger lain (Supermummy AwardDryoers Detik Indah dan AliceWonders).
Tahun 2010 Ibu kena kurangkan skitttt blogging (kononnyelah..hehe) yakni lebihkan kualiti berbanding kuantiti (dan juga nak fokus study) dan Ibu berazam nak blog hoping lebih (hehe). Hehe. Ibu juga nak lebih banyak berinteraksi dengan blogger-blogger lain. Nak ramaikan kenalan.

Review Err part ni tak berapa berjaya. Dah jadi addicted. Kalau tak blog sehari dah serba tak kena. Tapi Ibu sekarang blog benda simple2 je sebab Ibu limitkan sejam sahaja untuk blogging. Sebab tu tahun ni jarang join contest ke event ke. Nanti Ibu akan buat entri lain untuk pencapaian BabyIbu tahun ni.

Tahun 2011 Nak kasi UV BabyIbu sehari 1000. Boleh ke? Hehe. So kalau nak Ibu kenalah tingkatkan lagi kualiti content ye tak? I'll try my best:).

Em itulah alkisah hidup Ibu sepanjang 2010 dan juga azam untuk 2011. Tak kisah apa pun azam kita, yang penting kita sentiasa bergerak maju ke hadapan. Tak banyak, sikit pun jadila. Semoga tahun 2011 ni membawa seribu keberkatan untuk kita semua. Amin.



6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

SYaMiLa said...

chaiyok la yana...semoga apa yg dirancang akan tercapai...insya allah

Mama Zharfan said...

selamat tahun baru yer :) moga berjaya dlm segala azam dan cita2 ..amiin

babyibu said...

Syamila and mamazharfan - tenkiu so much.same goes to you both.

K-Baby said...

Salam dear Mommy,
I'm honored to invite you to join our giveaway in conjunction with the launch of our online baby shop. You could stand a chance to win a cute slogan tee for your beloved lil one. Do drop by our blog. Many thanks ya.
mykedaibaby.blogspot.com

nurulazham said...

wah..tersusun sungguh azam2 kak yana! nak bg ammar xmanja senang je...bg ammar adik!hehehe

CatlinaFly said...

wah...tabiklah kak yana...semoga berjaya mencapai apa yg ditarget! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop