@ 1134

Monday, February 28, 2011

Sedar tak sedar dah 1134 entri post dah ye telah Ibu tulis. Alangkah bestnya kalau 1134 tu adalah muka surat thesis Ibu. Huhu.


P/s: Takpe balik Paris pergi lab hari-hari ye Ibu. Bak kata my FIL - pergi jalan-jalan, hati senang so balik nanti buat kerja ya. 

@ Bila orang Malaysia jumpa salji

Ingat tak Ibu cakap nak pergi main salji?. Sebenarnya tak tercapai impian nak sampai ke Chamrousse (ni tempat main ski) tu sebab masa kami ke sana salji amat tebal dan cuaca pun berkabus dan mula gelap. Kami naik separuh jalan je. Tapi merasala nak main salji tu. Hehe. Mari layan gambar kami jakun tengok salji. Keke. 

 Ammar yang tahan sejuk

 Ammar minta Ibu kepalkan salji. Die nak baling-baling. Masalahnya sarung tangan kami jenis kain. Habis melekat kat sarung tangan dan basah. Belasah jelah Ammar kan.

 Ammar dan Ayah

 Ammar dan Ibu

 Kejarrrr - Ammar kejar ayah nak baling snow

 Kawasan persinggahan

 Ibu dan Ayah je posing. Ammar dok nak ambil salji dan baling.

Nampak tak truck tolak salji tu. Time ni dah bergerak pulang sebab kabus makin tebal.

@ Updates Baju Baby Gap

Pertama sekali maaf atas kelewatan tibanya Baju Baby Gap ni. Ini pertama kali Ibu berbisnes dan buat pre-order. Tak sangka pula lambat sebegini.

Good newsnya, Baby Gap Pyjama dan 3pc sudah sampai di tangan partner Ibu hari ni. Dia tengah sort dan check dengan senarai order. Ada beberapa design yang takde dan ditukar sesuka hati oleh supplier (memang insaf berurusan dengan supplier ni - huhu). Oleh itu Ibu akan email untuk details mana yang ada dan mana yang takde dalam minggu ni. Maybe lmbat sikit sebab Ibu kat France lagi jadi susah nak berurusan (Internet limited). Lepas email, Ibu boleh mulakan proses penghantaran.

Bad newsnya, untuk skirt, pertengahan Mac baru sampai barangnya. Menurut supplier, barang-barang ni sangkut kat kastam. Itu yang lambat. Maaf sekali lagi pada semua. Rasa sangat susah hati bila barang lambat sampai ni. Yelah, mesti ada yang marah kan. Harap semua bersabar ye. Lepas ni no more pre-order, Ibu akan jual yang ready stok jelah. Bukan senang nak berbisnes ni rupanya ye. Huhu. Takpelah pengalaman.

@ Kereta Kami

Sunday, February 27, 2011

Ayah ke Grenoble, France kan atas dasar kerja. Maka dapatla kami kereta untuk bergerak ke mana-mana. Itu yang sampai ke Geneva, Switzerland tu. Kalau naik train - memang tak mampulah. Lari budget shopping Ibu. Hehe. Kereta ni nama die Renault Kangoo. Kat sini ramai pakai kereta ni.

 Dari depan

 Dari belakang

Ammar dalam kereta

Nak cakap selesa tu takdelah sebab kereta ni macam kereta angkat barang - hehe nama pun kereta ofis kan. Tapi cukup selesalah kami naik jalan-jalan pusing. Bersyukur ada kereta - kalau tak kena jalan kaki atau naik train jelah.

@ Alahai Sedapnya

Saturday, February 26, 2011

Kawan Ibu kata pastri di France ni adalah yang terbaik. Sangat sedap. Rugi kalau tak cuba. Meh kita tengok.Ini gambar kedai pastri di Grenoble, France.

 Kedai ni memanjang ramai orang. Kalau lalu pun - baunya memang sedaplah.

 Roti dan erk tart telur ke? - haha tak tau - tapi macam sgt sedap je

 Beraneka pilihan roti


 Cookies



 Tak pasti apa benda ni

 Kek - yum yum

 Roti panjang yang keras - roti wajib ada di sini

Errk terliur? Ibu lagilah. Boleh tengok je, tak boleh makan. Sebab takut tak halal. Mencari juga kedai pastri halal tapi tak jumpa. Harap ada jumpa kedai pastri halal di Paris nanti.

@ Serasi Bersama

Friday, February 25, 2011



Bila Ibu tengok cerita serasi bersama, teringat masa Ibu dalam perjalanan dari Jitra ke Terengganu dulu. Sebab perjalanan panjang lepas tu radio pula tiada siaran. Ibu pun borak-borak dengan Ayah tak bagi Ayah mengantuk. Dah habis idea nak borak, Ibu pun main la tanya-tanya soalan.

Ibu pun tanya Ayah soalan pasal Ibu; contohnya apa warna, makanan, perfume, jenama baju, tabiat dan semualah pasal Ibu. Dan dalam diam-diam Ayah berjaya mengejutkan Ibu. Ayah berjaya jawab 99% betul. Ibu terkejut sebab Ayah ni memang jenis tak romantik dan selalu acuh tak acuh bila Ibu cakap apa-apa. Rupanya dalam diam Ayah perhati dan faham semua tabiat Ibu. Ni makin sayang Ayah ni.

Ibu rasa, kalau Ibu pun mungkin tak boleh jawab semua. Sebab Ibu memang jenis tak alert sikit. Dulu kawan baik satu bilik punya jam atau beg pun Ibu tak cam. Huhu. Teruk kan? 

Bagi Ibu, ini satu pengajaran yang walau suami kita ni jenis rileks je dan tak romantik, tak semestinya mereka tak memahami dan mengambil berat pasal kita. Cuma mereka ambil berat dengan cara mereka tersendiri. Tak gitu Ayah?

@ Dari Kuala Lumpur ke Grenoble, France

Thursday, February 24, 2011

Kami bertolak pada pukul 9 pagi dari LCCT, Kuala Lumpur. Naik Air Asia X sebab; pertama ianya direct flight ke Orly, Paris dan kedua mestilah sebab tiketnya murah berbanding yang lain. Masa Ibu beli, tiket harganya dalam RM 2200. Oh ya Ammar pun RM 2200 juga ye. Budak atas 2 tahun dah kira adult. Huhu. (Nota penting: Silalah jalan puas-puas before anak masuk dua tahun ye).

Alhamdullilah takde masalah semasa check in dan sebagainya. Ammar pun behave - masih mengantuk agaknya. Sebenarnya, Ibu agak berdebar. First time naik flight tanpa Ayah, nasib baik ada MIL sekali. Kalau setakat sejam bolehla tahan. Ini 14 jam tau. Ibu dahla mabuk udara.

Dalam pukul 11 malam waktu Malaysia, kami pun sampai di Orly, Paris. Maafla tak banyak gambar diambil (takde gambar dah sebab memory card rosak-huhu). Sebab sibuk dengan barang dan Ammar. Memang sejuk la kat situ. Nasib baik dah pakai siap-siap baju tebal dari dalam plane.

ihsan en. google

Daripada Airport Orly kami naik train OrlyVal ke station Anthony. Dari station Anthony kena ambil train lain pula ke station Chatelet-Les Halles (guna RER A). Ala-ala naik LRT Putra kena tukar naik star la ni. Time ni skill naik LRT tu dulu sangat berguna ya. Huhu.



Station train di Chatelet-Les Halles sangat besar dan bersimpang-siur. Dengan beg berat dan juga stroller (plus Ammar ya) memang agak terkial-kial. Dahla time tu dalam pukul 5-6 petang. time orang balik office. Ramai gila manusia kat situ. Nasib baik la orang France ni baik-baik belaka. Siap ada sorang tu tunjuk jalan kat kitaorang. 

Dari situ, kami naik RER A pula ke station Gare de Lyon. Gare de Lyon ni station besar. Mana-aman depan ada Gare tu kira station besar la. Dari Gare de Lyon kami beli tiket TGV nak ke tempat Ayah - Grenoble. TGV ni kira train laju. Tiket die memang harganya telan air liur juga. Selalunya orang beli tiket TGV ni online, tapi sebab tak pasti sampai kul bape, terpaksa la beratur. Mesinnya banyak tapi hanya boleh guna kredit kad sahaja.

Masa tu dah terlepas train pukul 6.40 petang. So kena beli tiket pukul 7.40 malam (waktu Paris). Tiket second class dah habis so yang tinggal hanya tiket first class. Ibu dah cuak time tu. Harga tiket 130 euro seorang. Habisla budget Longchampku. Huhu. Rezeki kami, orang tu kata ada discount. Dapat 110 euro untuk 2 orang (sebab last minute agaknya). Nasib baik juga budak-budak atas 3 tahun je kena bayar. So Ammar terlepasla. Huhu. Nasib baik.




Train first class ni - second class ticket dah habis

Sampai di Grenoble pukul 11 malam (waktu Paris) - waktu Malaysia pukul 4 ke 5 pagi macam tu. Memang agak terketar-ketar sebab sejuk kat situ (kawasan situ kawasan gunung/ada sungai). Rasa happy bila nampak Ayah sebab rasa jauhnya perjalanan ni. Ayah bawa pusing bandar seround sambil bagitahu sikit-sikit kawasan tu. Tapi Ibu dah tak boleh nak tangkap, mata dah terbayang katil. Hehe.

 Stesen Grenoble

Sampai akhirnya

Ammar posing di hotel

@ Sedih :(

Sedih sangat hari ni sebab memory card handset Ibu rosak. Abis semua gambar hilang. Gambar dari KL ke Grenoble - huhu.  Ibu memang suka ambil gambar guna handset je. Last sekali Ammar dok guna tengok gambar. Apa la si Ammar ni tekan sampai rosak. Huhu. 


@ Personalized Notebook - Notbook-notbuk

Wednesday, February 23, 2011

Ibu memang suka personalized item. Memang agak mahal pada biasa tapi Ibu rasa puas memilikinya. Baru-baru ni Ibu jumpa satu blog personalized notebook - notbook-notbuk nama die. Lagi la Ibu suka sebab Ibu memang gila buku sikit. Pantang notebook comel or unik mesti rasa nak beli. Emm mari kita tengok apa yang ada di blog ini:


Notebook


Notebook lagi - bukan personalized


Notebook personalized. Boleh tulis nama di cover dan juga dalam. Ada banyak lagi design untuk pilihan. Nak design sendiri pun boleh.

 Planner 2011

 Sticker
 Personalized Clock



Notebook Comel

Cantik-cantikkan?. Harga pun takdelah mahal sangat. Mari tengok apa Ibu beli (sori gambarnya kabur sikit).

 Cover depan - stress2 study leh tengok gambar Ayah Ammar

 Things To Do - Special request

Planner

Semoga dengan adanya buku ini. Plan study Ibu bergerak mengikut perancangan. Aminn. Kalau berminat pergilah jengok Notbook-Notbuk ya.

@ Preview: Sehari di Geneva

Tuesday, February 22, 2011

Internet kat sini agak slow. Gambar pun tak transfer lagi. Jadi Ibu letak sikit dulu ye gambar. Ini masa pergi Geneva, Switzerland hari Sabtu lepas. Dari Grenoble ke Geneva dalam 2 jam. Nanti Ibu cerita detail entri lain. Sekarang nak pergi round bandar Grenoble pula. Till then.

 Flower Clock


Ibu dan Ammar (Nota selingan: Berjaya memakai selendang dan inner Arzu dengan jayanya - Hehe)

 Ayah dan Ammar

 Men mos di Geneva


Nanti la Ibu belek map balik apa ke nama tempat. Time ni tudung pun dah mula senget. Ammar pegang2 kepala pula time amik gambar. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop