@ Dari Kuala Lumpur ke Grenoble, France

Thursday, February 24, 2011

Kami bertolak pada pukul 9 pagi dari LCCT, Kuala Lumpur. Naik Air Asia X sebab; pertama ianya direct flight ke Orly, Paris dan kedua mestilah sebab tiketnya murah berbanding yang lain. Masa Ibu beli, tiket harganya dalam RM 2200. Oh ya Ammar pun RM 2200 juga ye. Budak atas 2 tahun dah kira adult. Huhu. (Nota penting: Silalah jalan puas-puas before anak masuk dua tahun ye).

Alhamdullilah takde masalah semasa check in dan sebagainya. Ammar pun behave - masih mengantuk agaknya. Sebenarnya, Ibu agak berdebar. First time naik flight tanpa Ayah, nasib baik ada MIL sekali. Kalau setakat sejam bolehla tahan. Ini 14 jam tau. Ibu dahla mabuk udara.

Dalam pukul 11 malam waktu Malaysia, kami pun sampai di Orly, Paris. Maafla tak banyak gambar diambil (takde gambar dah sebab memory card rosak-huhu). Sebab sibuk dengan barang dan Ammar. Memang sejuk la kat situ. Nasib baik dah pakai siap-siap baju tebal dari dalam plane.

ihsan en. google

Daripada Airport Orly kami naik train OrlyVal ke station Anthony. Dari station Anthony kena ambil train lain pula ke station Chatelet-Les Halles (guna RER A). Ala-ala naik LRT Putra kena tukar naik star la ni. Time ni skill naik LRT tu dulu sangat berguna ya. Huhu.



Station train di Chatelet-Les Halles sangat besar dan bersimpang-siur. Dengan beg berat dan juga stroller (plus Ammar ya) memang agak terkial-kial. Dahla time tu dalam pukul 5-6 petang. time orang balik office. Ramai gila manusia kat situ. Nasib baik la orang France ni baik-baik belaka. Siap ada sorang tu tunjuk jalan kat kitaorang. 

Dari situ, kami naik RER A pula ke station Gare de Lyon. Gare de Lyon ni station besar. Mana-aman depan ada Gare tu kira station besar la. Dari Gare de Lyon kami beli tiket TGV nak ke tempat Ayah - Grenoble. TGV ni kira train laju. Tiket die memang harganya telan air liur juga. Selalunya orang beli tiket TGV ni online, tapi sebab tak pasti sampai kul bape, terpaksa la beratur. Mesinnya banyak tapi hanya boleh guna kredit kad sahaja.

Masa tu dah terlepas train pukul 6.40 petang. So kena beli tiket pukul 7.40 malam (waktu Paris). Tiket second class dah habis so yang tinggal hanya tiket first class. Ibu dah cuak time tu. Harga tiket 130 euro seorang. Habisla budget Longchampku. Huhu. Rezeki kami, orang tu kata ada discount. Dapat 110 euro untuk 2 orang (sebab last minute agaknya). Nasib baik juga budak-budak atas 3 tahun je kena bayar. So Ammar terlepasla. Huhu. Nasib baik.




Train first class ni - second class ticket dah habis

Sampai di Grenoble pukul 11 malam (waktu Paris) - waktu Malaysia pukul 4 ke 5 pagi macam tu. Memang agak terketar-ketar sebab sejuk kat situ (kawasan situ kawasan gunung/ada sungai). Rasa happy bila nampak Ayah sebab rasa jauhnya perjalanan ni. Ayah bawa pusing bandar seround sambil bagitahu sikit-sikit kawasan tu. Tapi Ibu dah tak boleh nak tangkap, mata dah terbayang katil. Hehe.

 Stesen Grenoble

Sampai akhirnya

Ammar posing di hotel

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

pearl said...

train first class tuh suasananya mcm yang dalam cerita 'tourist' tuh... ahaks
kat france byk penyeluk saku terutamanya di tempat2 keretapi. depan2 mata mat2 negro seluk poket and seluk stroller, terutama bila tengah waktu sibuk, dengan anak-anak. byk jugak org melayu yang pernah kene.

Oyis said...

so far so good nmpknya.. bagus jg ramai org french yg membantu, sbb kdg2 diorg ego x nak speaking omputih ngan kita, nak suh kita ckp bahasa dia.

MamaIlhan said...

wah..bestnyer dah sampai france! sampaikan salam utk org france...(makcikku ada di sana....kerja under MIDA)...setuju ngan pearl..one of my Makcik yang pergi visit Makcik kt France tu (braper byk Makcik da..) kena ragut tas tgn dia..nasib passport kt beg lain..yg hilang IC,kad pencen and etc..haru gak masa tu sbb lagi brape ari jek nak balik M'sia..hopefully yana and family slamat disana and slamat balik... ('',)

Le Chevalier said...

kalau nk beli tiket TGV (train a grande vitesse) tu, klu nk murah kena beli online...;p

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

huhuhu...mcm2 hal la...tp jauh perjalanan luas pemandangankn...hope selamat pergi n selamat kembali la kn...

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

syoknya tgk train 1st class...huhuhuh..selesanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop