@ Krisis di Mesir

Wednesday, February 2, 2011

Ibu ni memang jenis kurang tengok berita dan baca surat khabar. Sebab tu blur skit pasal berita terkini. Baru je terbaca pasal krisis di Mesir ni. Bagi sesiapa yang blur macam Ibu, ini kronologi yang (credit to Cetusan-student).

Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.


Hosni Mubarak

Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar


Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.

Daripada apa yang Ibu baca disini dan disini akibat daripada kronologi di atas, huru hara berlaku di hampir semua tempat di Mesir - dan sekarang tengah jalani perintah berkurung. Internet dan semua saluran komunikasi disekat. Lebih daripada 11000 rakyat  Malaysia di sana dan dalam keadaan bahaya. Ini pula Ibu dapat dari blog Ariffshah.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog.
  3. Share this on Facebook.

Alhamdullilah kerajaan Malaysia tengah dalam usaha membawa balik rakyat Malaysia. Mari kita doakan mereka semua selamat.

P/s: Dikesempatan ini juga, mari kita doakan semoga ummuabdullahdanhajar sekeluarga selamat pulang ke Malaysia. Setahu Ibu, beliau sedang belajar di Universiti Al Azhar di sana. Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga. Amin.

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Adyshariz said...

tulah..kesian smua yg ada kat sana, kita doakn yg terbaik tuk mereka, memula ingat tak serius..bila dh byk blog bercerita, baru tau yg dh kritikal..harap mereka smua selamat.

Coffee Mama said...

Haih..Tak banyak laporan tentang krisis di Mesir ni dalam media massa di Msia ni, sebab tu lah ramai yang tak aware dengan situasi sebenar di sana..Msia oh msia ku...

fa10 said...

dgr2nya hr ni ada sorang pelajar kita meninggal terkena peluru sesat... al-fatihah

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

takut jer kn kt negara2 luar nun..alhamdulillah kita tinggal di negara yg aman damai ni..cm kesian jr kt student2 malaysia kt sana..smpai mkn pn kena catu..hemm..yg dh blk siap buat blog lg nk kongsi pengalamn kt semua..

CatlinaFly said...

semoga pelajar2 kita dan umat islam di sana selamat hendaknye..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop