@ Serasi Bersama

Friday, February 25, 2011



Bila Ibu tengok cerita serasi bersama, teringat masa Ibu dalam perjalanan dari Jitra ke Terengganu dulu. Sebab perjalanan panjang lepas tu radio pula tiada siaran. Ibu pun borak-borak dengan Ayah tak bagi Ayah mengantuk. Dah habis idea nak borak, Ibu pun main la tanya-tanya soalan.

Ibu pun tanya Ayah soalan pasal Ibu; contohnya apa warna, makanan, perfume, jenama baju, tabiat dan semualah pasal Ibu. Dan dalam diam-diam Ayah berjaya mengejutkan Ibu. Ayah berjaya jawab 99% betul. Ibu terkejut sebab Ayah ni memang jenis tak romantik dan selalu acuh tak acuh bila Ibu cakap apa-apa. Rupanya dalam diam Ayah perhati dan faham semua tabiat Ibu. Ni makin sayang Ayah ni.

Ibu rasa, kalau Ibu pun mungkin tak boleh jawab semua. Sebab Ibu memang jenis tak alert sikit. Dulu kawan baik satu bilik punya jam atau beg pun Ibu tak cam. Huhu. Teruk kan? 

Bagi Ibu, ini satu pengajaran yang walau suami kita ni jenis rileks je dan tak romantik, tak semestinya mereka tak memahami dan mengambil berat pasal kita. Cuma mereka ambil berat dengan cara mereka tersendiri. Tak gitu Ayah?

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Liza said...

Sama lah kita. Liza pun jenis tak alert. Sampai kadang2, baru je org tu pekenalkan diri liza dah terlupa nama dia. LAgi teruk. huu..

isabelle said...

haa..tu kan..
siapa sangka hubby yg nmpk buat derk je selama ni mmg caring.

Awok's Kiter (SyaAz) said...

sayer rasa seme ppuan mcm tu n seme lelaki mcmtu kot. ppuan rasa dia dah alert about everything tp not to the remeh things. Lain ngan lelaki, even benda remeh pd diri kita pon dia tahu...

mcm hubby sayer lau gaduh2 manja ngan dia mesti kiter baru jer nak buka mulut dia nyampuk dulu n cakap ayat yg kiter nak cakap tu...oh, ruper2nyer tiap kali gaduh2 manja ngan dia, modal yang tu jer la sayer kuarkan...hehe sayer sndiri pon xperasan saya suker guna ayat tu... :)

**Yana, hadiah dah sampai...luper nak bgth hehe TQ...

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

hemm..ni nk kena test gak kt mr hubby..mmg mr hubby jenis xromantik gak...huhuhuh...

CatlinaFly said...

sehati sejiwalah tu..kadang2 org lelaki ni kalau bab expression perasaan ni, hancus...

tapi memang amat2 memahami kita secara tak sedar...kalau tak, tak temu jodoh kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop