@ Software dan Cinta

Monday, February 7, 2011

Ada satu buku pasal pembangunan perisian (software development) mengatakan bahawa adalah lebih baik kita melabur untuk membaiki atau menaiktaraf sesuatu perisian daripada membinanya semula dari kosong (buat perisian baru). Menurut buku itu, dengan perisian lama tersebut, kita dah tau apa silapnya dan kekurangannya. Maka, pelaburan boleh dibuat untuk membaiki bahagian tersebut. 

Sekiranya, perisian baru dibina. Tidak terdapat jaminan yang perisian baru itu adalah lebih baik daripada perisian lama. Silap-silap perisian baru ini lebih teruk atau lebih banyak masalah daripada perisian lama.

Bila Ibu baca pernyataan diatas (adalah 10 tahun dulu agaknya), Ibu terus kaitkan pernyataan ini dengan kehidupan percintaan (oh time tu memang bercinta je dok pikir dalam otak agaknya - huhu). Bagi Ibu, benda ni boleh diaplikasikan dalam kisah percintaan sebab teori die sama.

Bila kita dah bercinta dengan sesorang tu dalam tempoh masa yang lama, kita dah tau baik buruk orang tu. Jadi lebih baik kita cuba sama-sama adapt atau ubah sikap yang tak berapa elok tu daripada putuskan hubungan dan bercinta dengan orang baru yang tah-tah lagi buruk perangainya. 

Ibu juga percaya, walaupun sikap susah nak diubah, tapi Insyaallah kalau ada kehendak, kita boleh ubah sikit-sikit. Contohnya, Ibu dulu suka keluar tengok wayang dan window shopping. Sejak kahwin dengan Ayah, Ibu kena la sesuaikan sebab Ayah suka duduk rumah. Mula-mula rasa tak suka, lama-lama tu kita adapt dan boleh terima so dah takde masalah. Apa kata orang, alah bisa tegal biasa.

Tapi kadang-kadang kena ingat juga, ada juga perisian yang dah memang takde harapan atau crash maka perlu juga perisian baru. Begitu juga dengan cinta (ini untuk yang belum berkahwin dan mencari jodoh sahaja). Kalau sebelum kahwin, perangai memang dah tak boleh tahan (especially kes pukul dan curang) - tinggalkan jelah. Ramai lagi lebih baik. Kena ingat yang perangai before kahwin sepatutnya nampak lebih baik daripada selepas kahwin. Kalau before pun dah macam hantu, lepas kahwin apa lagila - ada can kita jadi hantu. Huhu.

Kepada yang dah kahwin, kenala amalkan teori di atas tadi. Sama-sama berusaha memperbaiki hubungan. Mana suami tak suka, jangan buat. Mana die suka, buat2 selalu. Hehe.


I tak love software developer, I love Network Engineer - peace!!

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Fitri Senin said...

double thumbs up

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

wah...suka ngn konsep akak ckp 2...mmm..bila pk mmg betul la kan..hahaha..hemm..tp keje kot software jer..huhuh...fenin la..xsuka tp kena buat suka..hahaha

fa10 said...

yg penting dlm setiap perhubungan tu kena ada sikap saling mempercayai dan berterus terang

BIONIC WOMEN said...

betul tuh..setuju sesetujunya..
cinta itukan to compliment each other..
memperbaiki setiap kekuarangan itu mendatangkan banyak kebaikan dalam perhubungan

CatlinaFly said...

TQ for sharing...dlm perhubungan, cinta kena mekar selalu...

kadang2 masa belum kawen, kemain i lap u, u lap me, lepas kawen, takde dah madah2 chenta..echeh!!hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop