@ Jangan..

Thursday, March 31, 2011

Jangan mandi berbogel walaupun seorang diri.
nanti Allah akan tarik kebahagian dan keberkatan dlm berumahtangga sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

@ Ulat oh Ulat

Pokok kat luar rumah Ibu banyak betul ulat. Tak pasti la ulat bulu ke apa (buta binatang sikit - huhu). Tapi asal pokok tu tumbuh daun baru je, habis dimakannya. Tensen Ibu.

 Nampak tak?

 Close up sikit. Bukan satu tau, berpuluh-puluh.

Ada sesiapa tahu kenapa dan macam mana nak hilangkan. Semalam Ayah baru pergi beli racun organik. Dah dua hari takde beza pun. huhu.

Racun Organik - RM14

Apa tu "Jom Singgah"?

Wednesday, March 30, 2011

Projek "Jom Singgah" akan berlangsung mulai April sehingga Ogos 2011. Projek  ni bertujuan untuk meluaskan kenalan sesama blogger dan juga pendedahan untuk produk bagi Ibu dan Baby. Terdapat dua kategori:

Jom Singgah - Blogger
Kategori untuk blogger ini akan memaparkan soal-jawab bersama blogger terpilih.

Jom Singgah - Shoppe
Kategori untuk blogshop ini akan memaparkan review mengenai produk untuk Baby dan Ibu.

Macam mana nak join? Itu Ibu akan umumkan kemudian. Masih dalam proses nak finalize syarat-syaratnya. Hanya 25 peserta yang akan dipilih untuk setiap kategori. Hadiah? Hadiahnya ialah pendedahan atau review percuma di blog BabyIbu. Tunggu ye.


@ Sehari di Genting Higlands

Last Friday kami ke Genting Highlands. Join Tok Mama punya family day kat sana. Tapi Ammar tak berapa sihat so takdelah beria naik main-main sangat. Plus kabus sangat tebal di sana.

 Sampai dah tengah hari - so terus main sambil tgg time check in.

 Budak tak berapa sihat - tapi main car ni 3 round jugala. Mula-mula Ibu tak bagi. Takut Ammar cuak dan nak keluar dari kereta. Rupa-rupanya anak Ibu ni dah besar. Rileks je. Siap lambai-lambai.

Pukul 3 petang check in. First time tidur di First World, selama ni pergi Genting balik hari je. Besar rupanya. Siap masuk Guiness World Record - bilik paling banyak - 6000 bilik kot. Tempat nak check in dah macam perhentian bas Ibu rasa.Biliknya comel je - tapi selesa. Kira ngam-ngam la. Muat la kami tidur 5 orang - siap bawa toto tau. Hehe.


Petang lepas Asar, sambung main outdoor pula. Macam malas nak turun sebab sejuk. Tapi rugi pula sebab dah bayar tiket ke park kan.


Posnig dengan Mak Su Tiqah dan Tok Mama. Ammar tidur. Nasib baik bawa stroller.

 Maksu Tiqah posing - wearing x10der denim.

 Ammar tidur jadi Ibu dan Ayah boleh posing berdua. Hehe.

 Ayah dan Maksu naik - apa ke nama benda ni tak ingat pula. Ibu? uish bagi duit pun tak mau. Huhu

 Ammar tidur kepenatan.

 Tengok pun ngeri


Lepas tu kabus dah makin tebal. Ayah dan Mak Su je terus main. Ibu dan Tok Mama balik bilik. Kesian kat Ammar takut sejuk kat luar. Untuk lunch dan dinner - kami makan di Cafe First World. Sedap juga - banyak pilihan. Gambar tak ambil sebab semua sibuk makan. Heh.

Ammar dengan Haris

Ammar pun dah pandai berkawan so lega la sikit. Ini dah kali ketiga Ibu pergi so takdelah excited sangat. Kalau first time dulu memang beriya naik semua. Tak banyak tambah pun mainan die- tambah banyak kedai souvenier adala. Tapi harga mahal. Huhu. Ibu tak beli pun sebab die tulis Malaysia bukan Genting Highlands. Heh. 

Oklah till then. Nak buat operasi kemas rumah jap. Petang-petang sikit upload pasal projek "Jom Singgah". 

@ Projek "Jom Singgah!!"

Tuesday, March 29, 2011


Ha? Apa kebenda tu? Cuba teka? Hehe..


Esok akan diumumkan..


Tunggu...

@ Punca Mak Bapak Suruh Anak Jadi Artis

Ibu just share - dapat dari email..

BAYARAN ARTIS..

DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 for a 30-minute show
* RM70,000 for a one-hour show

DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 for a 30-minute show
* RM55,000 for a one-hour show

ANUAR ZAIN
* RM25,000 for a 30-minute show
* RM55,000 for a one-hour show

JACLYN VICTOR
* RM18,000 for a 30-minute show
* RM30,000 for a one-hour show

BAYARAN PENSYARAH
* RM300 for a one-hour lecture

dahla dpt rm300/jam jer...nak dapat datuk lagi la susah.. buat susah2 je belajar tinggi2..

Komen Ibu: Tak semua artis sehebat nama-nama di atas. Ramai yang 'terbabas'. Berapa ramai je yang sampai tua dapat hidup senang lenang. Better ajar anak sekolah tinggi-tinggi. Insyallah kalau belajar tinggi-tinggi, hidup di masa depan akan mudah. Jadi artis ni banyak berdepan dengan dugaan dunia - silap-silap kita mak ayah pun tanggung dosanya. Jadi lecturer - tolong anak bangsa - sebarkan ilmu banyak pahala. Tak gitu?

@ Comot ke comel?

Monday, March 28, 2011

Ibu kalau kat rumah selalu simple saje. Seluar track atau seluar tidur dan t-shirt. Make up err memang tak pakai (kat luar pun jarang apatah lagi dalam rumah). Perfume pun takde nak sembur-sembur. Pendek kata kalau Ayah ajak keluar tiba-tiba, memang kena naik atas cuci muka sikit, letak moisturiser sikit dan tukar baju. Walaupun takdela comot tapi takdelah comel. Huhu.

Ibu selalu tengok kalau isteri comot-comot je kat rumah. Ini meliputi segenap lapisan. Dari pangkat tua sampai muda. Silap-silap kalau tengah sibuk dengan anak dan kerja rumah, orang boleh ingat orang gaji. Huhu.



Ibu ada kenal seorang kakak ni, die memang surirumah sepenuh masa. Memang kalau kat rumah die sentiasa cantik. Cantik tu means - die pakai seluar slack, baju blouse, make up (lipstick la at least) dan nampak kemas je. Pendek kata, kalau ajak jalan, just sarung tudung dan capai handbag.


Ini buatkan Ibu terfikir, kenapa kalau kat rumah kebanyakan kita tak berhias cantik-cantik. Pergi kenduri baru sibuk nak pasang badan. Padahal kita punya kewajipan adalah berhias untuk suami. Jawapan yang Ibu rasa ramai bagi - mana sempat dik oi, dengan anak, nak masak, dan kemas rumah lagi - pakai baju lawa-lawa abis la kotor dok buat kerja rumah. Hmm betul juga.

Ibu tanya Ayah - if Ibu pakai cantik-cantik dan make up masa di rumah ok ke? Ayah kata - buang tebiat ke apa - buat habis duit beli make up je - kat rumah pun nak pakai. Huhu. So kesimpulannya, just make sure kat rumah tu pakai kemas dan wangi - sedap mata suami memandang. Tak gitu?

Note: Sejak nak masuk ambang 30an ni Ibu baru sibuk sikit jaga penampilan - kang nampak Ayah lagi muda pula - huhu.

@ Ready Stock!!

Note: Baby Gap Pyjama ni semua ada di tangan Ibu. Anda order, bayar dan terus dapat. Untuk 3pc dan skirt Ibu tengah tunggu makluman dari supplier. Harap maklum.

Ready Stock Baby Gap Pyjama!!

Price:
1 set = rm25
>3 set = rm23 per set
>5 set = rm21 per set
(not include postage)

Untuk pesanan email babyibu at gmail dot com atau terus booked di FB BabyIbu Shoppe


2T
3T


2T

2T

 4T


3T

2T
3T
4T


2T
3T
4T
5T



6T



18-24M
2T
6T


4T
5T


4T


18-24M


3T


6T


4T


2T
3T


@ Nakhoda Seafood, Umbai

Sunday, March 27, 2011

Last week turun Melaka, kawan baik Ibu kahwin. Kalau dah turun Melaka, wajibla turun Umbai kan. Kali ni kami pergi ke Nakhoda Seafood, Umbai. First time ke sini, selalu ke tempat lain.


 Ammar posing dengan Ayah



 Menunya


 Erk macam biasa, gambar sebelum tak sempat amik, gambar selepas je. Hehe. Makanan die sedap - tengokla semua pinggan licin. Time ni semua dah terduduk kekenyangan.

 Ammar dengan abang Aisy

Ibu ajar kalau orang tanya umur berapa, cakap 3 years old. Siap tangan. Last2 peace pun jadi 3. Takpele Ammar belasah jelah kan sayang.

@ Chayok!!!

Friday, March 25, 2011

Perjalanan dalam menyiapkan PhD ini sangat sukar. Banyak betul onak dan duri. Bukan sahaja dari segi nak belajar, tapi juga faktor-faktor sekeliling. Semua ini mencabar mental dan fizikal. Bila dapat PhD nanti, bukan thesis tu yang yang menjadikan kita seorang yang berilmu tetapi pengalaman yang kita kutip sepanjang menyiapkan tesis itu yang lebih bernilai dan menjadikan kita lebih matang. Semoga semua yang berjuang, tabah mengharungi. Chayokkkk.

Being a graduate student is like becoming all of the Seven Dwarves. In the beginning you're Dopey and Bashful. In the middle, you are usually sick (Sneezy), tired (Sleepy), and irritable (Grumpy). But at the end, they call you Doc, and then you're Happy. (Ronald T. Azuma)

@ Genting Highland

Kami sekarang di Genting Highland. Join hari keluarga my mom. Semua entri hari ni adalah auto publish. Email akan di reply pada hari Ahad ya. Tq.

@ Model Berposing

Ramai tertanya rupa x10der ni bila pakai. So Ibu and the geng nak demo sikit. x10der ni boleh pakai dengan macam-macam jenis baju - corprate ke casual ke ranggi ke. Sila fokus pada baju dan abaikan model yang berposing tu k. :)


Model memakai x10der Cotton. Harga RM39. Sekarang ada warna hitam dan baby pink. Coming soon banyak warna lagi akan menyusul. Nak order - klik sini.


 X10der cotton grey - coming soon - boleh pre-order


x10der Cotton Baby Pink - Bunga/Button tak termasuk. Boleh mix and match. 


Model pakai Limited Edition X10der - Le Stripe - Harga RM49. Warnanya sangat comel. No restock. Nak order - klik sini.
Kain belang

Kain plain


Model memakai Limited Edition x10der Denim Blue. Harga RM59. Kain sangat sedap. No restock. Nak order - klik sini.

 Denim Blue


Model memakai Limited Edition x10der Denim Black. Harga RM59. Kain sangat sedap. No restock. Nak order - klik sini.


Nampak floral - tapi paling Ibu suka skirt die. Sangat cun bila pakai dengan jeans dan t-shirt.

Untuk pengetahuan semua saiz untuk x10der adalah seperti berikut:

S (50kg & below) (Punggung 36-38)
M (>50kg to 70kg) (Punggung 40-42)
L (>70kg to 90...kg) (Punggung 44-46 )

kalau saiz baju XS/S = saiz X10der = S
kalau saiz baju M/L = saiz X10der = M
kalau saiz baju XL/XXL = saiz X10der = L

Berminat? Klik sini ya. Jom x10der.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop