@ Comot ke comel?

Monday, March 28, 2011

Ibu kalau kat rumah selalu simple saje. Seluar track atau seluar tidur dan t-shirt. Make up err memang tak pakai (kat luar pun jarang apatah lagi dalam rumah). Perfume pun takde nak sembur-sembur. Pendek kata kalau Ayah ajak keluar tiba-tiba, memang kena naik atas cuci muka sikit, letak moisturiser sikit dan tukar baju. Walaupun takdela comot tapi takdelah comel. Huhu.

Ibu selalu tengok kalau isteri comot-comot je kat rumah. Ini meliputi segenap lapisan. Dari pangkat tua sampai muda. Silap-silap kalau tengah sibuk dengan anak dan kerja rumah, orang boleh ingat orang gaji. Huhu.



Ibu ada kenal seorang kakak ni, die memang surirumah sepenuh masa. Memang kalau kat rumah die sentiasa cantik. Cantik tu means - die pakai seluar slack, baju blouse, make up (lipstick la at least) dan nampak kemas je. Pendek kata, kalau ajak jalan, just sarung tudung dan capai handbag.


Ini buatkan Ibu terfikir, kenapa kalau kat rumah kebanyakan kita tak berhias cantik-cantik. Pergi kenduri baru sibuk nak pasang badan. Padahal kita punya kewajipan adalah berhias untuk suami. Jawapan yang Ibu rasa ramai bagi - mana sempat dik oi, dengan anak, nak masak, dan kemas rumah lagi - pakai baju lawa-lawa abis la kotor dok buat kerja rumah. Hmm betul juga.

Ibu tanya Ayah - if Ibu pakai cantik-cantik dan make up masa di rumah ok ke? Ayah kata - buang tebiat ke apa - buat habis duit beli make up je - kat rumah pun nak pakai. Huhu. So kesimpulannya, just make sure kat rumah tu pakai kemas dan wangi - sedap mata suami memandang. Tak gitu?

Note: Sejak nak masuk ambang 30an ni Ibu baru sibuk sikit jaga penampilan - kang nampak Ayah lagi muda pula - huhu.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

nurul nabila bt medan said...

huhu.
tak dak pengalaman.
tapi yg nabila setuju tu bab yg pakai kemas2 tu jerk.
yg mekap tu tak yah larh.
membazir duit.boleh bazir masa gak sbb nk solek jerk dah 1jam.
hehe:)

Zulaikha Mohamad said...

takpe yana.. janji hati n jiwa muda.. hehe..

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

huhuh...2la..sbb kita xbiasa bersolek time duk umah..bila dh solek mesti en,suami silap paham...yela sibuk tnya nk p mana..walhal kita melawa utk dia...hehehe..so sgt setuju ngn kesimpulan akak 2...hihih..jnji sedap mata memandang si suami dh le...

Anne said...

hmm..betul tu.Isteri sepatutnya sentiasa jaga penampilan biar pun kat rumah. :)

Oyis said...

suami saya pon mcm yana. lawa2 ni nak gi mana? dia akan tanya. dia suka simple2 je. pernah mekap2 bagai dlm rumah, konon nak berhias utk suami la kan, last2 kena ketawa kan lg ada huhuh

Nadiah Azharuddin said...

haha baru je buat post pasal make-up..tula..bila dah tua ni kene la pakai make-up dah

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

huhu...make-up ni xkira muda ke tua..klu dh mmg org 2 jenis suka makeup tiap masa xde la persoalan dr en.suami..bg yg kurang bab makeup n menghias diri bagai time duk kt umah cnfirm kena gelak kt suami...hehehe

Fariross said...

sama daa... kat rumah memang comot... basuh pinggan pun hbs semua basah baju, hihi... huru hara... duk umah best pakai seluar tidur sejuk jep... :-)

Hi baby ibu salam perkelanan, sudi2 laa follow my blog yea...

FaizahMohd said...

satu lagi kak yana.. ni nak share petua arwah opah...

opah cakap, penampilan yang paling penting bagi seorang isteri buat suami dia adalah: RAMBUT

cos rambut mencerminkan kekemasan seseorang wanita tu :)

hezrina83 said...

hikhik kelakarlah tang mcm org gaji tuh..aahlah nurulpun simplejer takdepun pakai rincu..takutgak kan kalau comot sangat laki lari tapi btullah cukuplah kemas n wangi=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop