Hari nak cerita pasal tempat first kami pergi aka tempat kerja Ayah. Grenoble namanya. Terletak di bahagian selatan Perancis. Ibu letak gambar sekitar Grenoble.
Mula-mula tengok map dulu (sebenarnya Grenoble tak besar sangat - tak pakai map pun takdelah sesat, tapi banyak sangat deretan bangunan - boleh confuse - so map tetap penting). Gambar kat atas ni map kecil je - map kawasan town tepi sungai.
Kebanyakan bangunannya macam ni. Bawah kedai, dan atasnya rumah - ala apartment la. Nanti ada pintu masuk, bila masuk ada kawasan lapang - kira area apartment diorang punya ground.
Jalan raya. Pejalan kaki diutamakan. Kalau lampu pejalan kaki merah pun, kereta tetap akan berhenti kalau ada pejalan kaki nak lalu.
Hotel Kami - Citadines
Nampak saje panas. Tapi sejukkk.
Bank
Sejuk woo
Gereja lama
Grenoble ni dikelilingi gunung-ganang. Kat atas tu macam tembok or benteng or kubu. Bekas tempat perang.
Sungai
Bangunan tepi sungai
Nampak kabel car tak? Itu nak naik atas tu. Nanti Ibu cerita entri lain.
Monumen di taman
Hall- hujung minggu ada pasar
Pasar dari depan
Bangunan putih tu tempat naik kabel car
Playground
Bersih je playgroundnya
Taman ni bila ramai orang bila petang - diorang berjemur - diorang akan purposely pilih bahagian yang kena matahari - kalau kita mesti cr belah redup kan. Heh. Sana sejuk so bila matahari keluar rasa lega sangat.
Meriah kan?
Siap ada train nih. Ini gambar kebanyakan Ayah ambil. Ammar tak sempat naik train ni sebab train ni ada hujung minggu je. Hujung minggu kami, kami jalan ke tempat lain, tak lepak di Grenoble.
Menara di taman - kalau nampak menara ni maknanya nak sampai hotel la tu
Ibu dan MIL banyak jalan-jalan kat tempat shopping je. Tapi tak ambil gambar pun sebab memory hp rosak. Malas nak usung kamera satu lagi. Huhu. Oklah next entri cerita pasal naik kabel car pula ye.














6 kawan BabyIbu berkata-kata..:
Tak merasa pergi, tengok gambar pun jadi la
wow wee bestnya...merasa gak pergi kat negara lain kan
tenangnya suasana kat sana..tgok pun nyaman jer..slmt hari wanita yer..
WAH...BERSIH JE TMPT DIA KN...HEMM..PALING SUKA BILA AKAK CKP BAB PEJALAN KAI NK LINTAS KETE BERENTI...KLU SINI..MAHU DISUMPAH SERANAH DEK PEMANDU KERETA KLU KITA LINTAS XIKUT LAMPU ISYARAT KN OR LINTAS IKUT SUKA KITA...HUHUHU
wow, cantik nyer bandar dia..amat bersih kan? kalau kat sini, taman permainan tu, macam2 ader..huhu
cantek n menarik tempat tuh.
nak pegi jugak.
jom sesape yg terhingin nak gi situ jom saye belanje !
*dalam mimpi*kuang3
nk pegi sorg pun x ckop wang.lagi nak belanje org*ish , tunggu saya jadi jutawan*
Post a Comment